Sunday, 15 April 2012

Soren Aabye Kierkegaard




Pendahuluan
Nama penuh beliau ialah Soren Aabye Kierkegaard. Beliau lahir di Copenhagen, Denmark pada 5 Mei 1813. Kierkegaard telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 November 1855. Aliran dan tradisiyang dibawa oleh Kierkegaard antaranya ialah Falsafah  Eropah, Zaman keemasan tradisi sastera dan seni, pendahulu dari Eksistensialisme, Pasca-modenisme, Pasca-strukturalisme, Psikologi eksistensial, Neo ortodoksi dan banyak lagi.
Kierkegaard juga yang merupakan tokoh falasafah yang terkenal pada abad ke-19 dan dikenali sebagai bapa eksistensialisme lebih cenderung dan berminat ke arah bidang agama, metafizik, epistemologi, estetika, etika dan psikologi. Kebanyakan idea beliau dipengaruhi oleh tokoh-tokoh sperti Hegel, Abraham, Luther, Kant, Hamann, Lessing dan juga Socrates(melalui Plato, Xenophon, Aristophane).
Karyanya lebih banyak membahaskan masalah agama dan setiap karya yang terhasil neliau menggunakan pelbagai nama pena. Beliau juga kerap mengkritik hasil karyanya yang sudah terhasil menggunakan nama pena yang lain. Kierkegaard juga banyak mempengaruhi tokoh-tokoh lain menerusi kritikan beliau antaranya ialah Jasper, Wittgenstien, Heidegger dan ramai lagi.
Namanya Soren Kierkegaard Aabye  ("o" ditulis  dengan  slash  "/" melaluinya) dianggap bapa pergerakan falsafah yang dipanggil eksistensialisme.  Beliau dianggap seorang yang sangat kejam dan tegas melalui kritikan-kritikan beliau. Beliau sanagt berpegang kepada falsafah beliau yang manusia bebas memilih tindakan mereka sendiri. Namun begitu beliau seorang yang sangat di senangi oleh ahli keluarga beliau yang lain dan seorang yang penyayang walaupun hidupnya di pengaruhi oleh pelbagai masalah.
           
Latar Belakang

Soren Aabye Kierkegaard telah lahir pada tarikh 5 Mei 1813 di Copenhagen, Denmark. Ayah Kierkegaard berperanan besar dalam perkembangan dirinya saat masih kanak-kanak dan membantu mengembangkan imaginasinya Ayahnya sering mengundang beberapa teman untuk makan malam dan berbincang tentang falsafah. Sewaktu masih kanak-kanak, masa Kierkegaard yang dihabiskan,digunakan untuk bersendirian. Kierkegaard menjadi bahan ejekan teman-temannya di sekolah kerana dia selalu kelihatan paling aneh dan kerana fizikalnya yang lemah. Pada tahun 1830, ketika berusia 17 tahun,beliau diterima di Universiti Copenhagen. Beliau berusaha keras, khususnya pada tahun pertama kuliah, mendalami pelbagai idea dan banyak membaca. Beliau kelihatan bahagia dan sangat menikmati kehidupan di universiti, menyukai filem, dan perbincangan. Kierkegaard menjadi popular, walaupun ramai orang kurang menyukainya kerana pemikirannya yang kadang-kadang kejam.
Kierkegaard mempertahankan tesisnya iaitu, "Mengenai Konsep Ironi", pada bulan September 1841. Selama kehidupannya, Kierkegaard hidup menyendiri, dengan seorang pembantu, tidak mempunyai teman dekat, dan mengabdikan dirinya untuk menulis. Beliau selesa bersiar-siar di jalan-jalan Copenhagen dan berbual dengan orang-orang yang beliau temui. Beliau juga selesa berkumpul dengan ahli keluarganya yang masih muda dan bagi mereka beliau adalah seorang individu yang menyenangkan dan kunjungan beliau sangat mereka nantikan.

Tahun-tahun awal kehidupan Kierkegaard(1813-1841)

Soren Kierkegaard dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya di Copenhagen, ibu kota   Denmark. Ayahnya, Michael Pedersen Kierkegaard, adalah seseorang yang sangat kuat agama. Ayahnya  yakin bahawa dia telah disumpah oleh Tuhannya. Oleh sebab itu, dia percaya bahawa tiada seorang  pun dari anak-anaknya akan mencapai umur melebihi usia Isa Al-Masih, iaitu 33  tahun. Ayahnya juga  percaya bahawa dosa-dosa peribadinya,seperti misalnya menyumpah nama  Allah di masa mudanya dan juga berkemungkinan kerana menyebabkan ibu Kierkegaard hamil di luar nikah, menyebabkan dia layak menerima hukuman ini. Walaupun separuh dari  ketujuh  anaknya meninggal dalam usia muda, ramalannya tidak terbukti ketika dua daripada mereka  melewati usia ini. Pengetahuan dengan pemahaman tentang dosa di masa mudanya, dan hubungannya dari ayah dan anak meletakkan asas bagi banyak karya Kierkegaard (khususnya  Takut dan Gentar). Ibu Kierkegaard, Anne Sorensdatter  Lund Kierkegaard,walaupun tidak secara langsung dirujuk dalam buku-bukunya, tetapi ibunya juga mempengaruhi tulisan-tulisannya di kemudian hari. Walaupun sifat ayahnya yang terlampau merasa murung dari segi keagamaan, Kierkegaard  mempunyai hubungan yang rapat dengan ayahnya. Beliau  belajar untuk memanfaatkan akal imaginasinya melalui pelbagai  latihan dan permainan yang mereka lakukan bersama.
Ayah Kierkegaard meninggal dunia pada 9 Ogos 1838 pada usia 82 tahun. Sebelum meninggal dunia, ia meminta Soren agar menjadi pendeta. Soren sangat terpengaruh oleh pengalaman  keagamaan dan kehidupan ayahnya dan merasa terbeban untuk memenuhi kehendaknya. Selepas beberapa tahun, beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang teologi di Universiti  Copenhagen, ketika berada di sana beliau semakin tertarik akan falsafah dan kesusasteraan. Di universiti,  Kierkegaard  menulis tesisnya,“Mengenai Konsep Ironi”  dengan  rujukan terus-menerus kepada Socrates, yang dianggap oleh panel universiti sebagai karya yang penting dan difikirkan dengan baik, namun agak terlalu berbunga-bunga dan  bersifat Sastrawi  untuk menjadi sebuah tesis falsafah. Kierkegaard lulus pada 20 Oktober  1841 dengan gelaran Magistri Artium, yang kini setara dengan Ph.D. Dengan warisan keluarganya, Kierkegaard  boleh membiayai  pendidikannya, kos hidupnya dan beberapa penerbitan karyanya.
Regine Olsen(1837-1841)
Sebuah aspek penting dari kehidupan  Kierkegaard (biasanya dianggap mempunyai  pengaruh besar dalam karyanya) adalah pertunangannya yang putus dengan Regine Olsen  (1822 - 1904). Kierkegaard berjumpa dengan Regine  pada  8 Mei 1837 dan akan tertarik kepadanya. Begitu juga dengan Regine. Dalam jurnal-jurnalnya, Kierkegaard menulis tentang cintanya kepada Regine.
Pada September 1840, beliau telah bertunang dan akan berkahwin dengan Regine Olsen,  yang ketika itu berumur tujuh belas tahun dan seorang anak perempuan ahli parlimen Denmark.  Namun, Kierkegaard merasa kecewa dan murung tentang perkahwinan. Kurang dari setahun selepas perkahwinannya, mereka telah bercerai pada 11 Ogos 1841. Dalam jurnal-jurnalnya, Kierkegaard menyebutkan keyakinannya bahawa sifat "murungnya" nya membuatnya tidak sesuai untuk berkahwin, tetapi motif sebenarnya untuk memutuskan  perkahwinanya itu  tetap tidak jelas. Secara umumnya, adalah diketahui bahawa kedua-duanya sangat saling mencintai, tetapi setelah Regine berkahwin dengan Johan Frederik Schlegel (1817-1896),  seorang pegawai negeri yang terkenal. Pada mulanya  hubungan mereka terhad pada pertemuan-pertemuan kebetulan di jalan-jalan di Copenhagen. Namun begitu, beberapa tahun kemudian, Kierkegaard sanggup meminta izin suami Regine untuk bercakap dengan  Regine,namun Schlegel tidak setuju.
Tidak lama selepas itu, pasangan itu berangkat meninggalkan Denmark, kerana Schlegel telah dilantik sebagai gabenor di Hindia Barat Denmark. Pada saat Regine kembali ke Denmark, Kierkegaard telah meninggal dunia. Regine hidup sehingga tahun 1904 dan pada saat kematiannya, Regine dikuburkan berhampiran kubur Kierkegaard di pemakaman Assistens di Copenhogen. Kierkegaard meninggal pada tarikh 11 November 1855, sambil bersyukur kepada Tuhan, menatap keabadian, dan dalam kedamaian.
Karya Soren Aabye Kierkegaard
Kebanyakan karya Kierkegaard membahaskan masalah-masalah agama seperti contohnya hakikat keimanan,lembaga gereja kristian,etika dan teologi kristian dan emosi serta perasaan ketika berhadapan dengan pilihan-pilihan yang eksistensial. Oleh itu,karya beliau juga digambarkan sebagai eksistensialisme kristian dan psikologi eksistensial. Hal ini kerana, kebanyakan hasil karya awal Kierkegaard dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis nama samaran yang seringkali memberi komen serta mengkritik karya-karya lain yang telah dihasilkan yang menggunakan nama samaran yang lain. Justeru itu, sukar untuk dibezakan antara perkara yang diyakini oleh beliau dan perkara yang telah dikemukakan oleh beliau sebagai hujah daripada pihak pengarang. Ludwig Wittgenstein berpendapat bahawa Kierkegaard “setakat ini adalah pemikir yang paling mendalam abad ke -19”.
Walaupun kadang kala dilihat beliau berada di teater, beliau sering kali menyendiri di biliknya dan menghabiskan masa untuk meneruskan tulisan-tulisannya sehingga larut malam. Antara tahun 1842 sampai 1845 beliau telah menghasilkan sejumlah karya penting dengan nama pena - "Either / Or, Repetition" dan "Fear and Trembling" (1843), "Philosophica", "Fragments" dan "The Concept of Anxiety" (1844), dan "Concluding Unscientific Postscript" dan "Stages on Life 's Way" (1845). Namun begitu, pada masa yang sama beliau juga menulis beberapa bahagian dari karya besarnya, "Edifying Discourses" iaitu khutbah-khutbah yang dibuatnya untuk dibaca secara tegas. Pada bulan Disember 1845, beliau terlibat dalam perdebatan awam yang sangat sengit dengan Corsair,iaitu sebuah surat khabar yang menentang sensor yang ketat pada masa itu dan menjual berita mengenai orang-orang kaya.
Kierkegaard tetap meneruskan tulisannya, tetapi mengubah gaya dan pendekatan yang dilakukannya. Buku-bukunya cenderung menjadi bertema agama. Dia menerbitkan "Works of Love" dan "Edifying Discourses" pada tahun 1847, "Christian Discourses" pada tahun 1848, "The Lilies of the Field and the Birds of the Air", dan "Three Discourses on Communion on Fridays" pada tahun 1849 . dan juga "Sickness unto Death" dengan nama pena Anti-climacus, yang membincangkan kembali masalah-masalah yang telah dibahas beliau dalam beberapa tulisan sebelumnya. Seterusnya, pada tahun 1850 beliau juga menerbitkan "Training in Christianity". Pada tahun 1849 pula,beliau juga menulis "Point of View on My Life as an Author", walaupun karya ini baru diterbitkan selepas kematiannya. Buku ini cuba menjelaskan kehidupannya sebagai penulis dan perkara yang telah dilakukannya. Selama tempoh tersebut, beliau pergi ke gereja secara rutin dan menulis pelbagai khutbah. Kierkegaard bahkan mempertimbangkan kemungkinan untuk menjadi pendeta.
Pada tahun 1854-1855, beberapa waktu sebelum kematiannya, beliau mengeluarkan sejumlah kecaman keras secara langsung pada pihak Gereja Denmark yang dianggapnya tidak setia dengan ajaran Kristian dalam siri artikel. Artikel-artikel ini dikumpulkan dalam sebuah buku yang diberi judul "Serangan atas Dunia Kristian". Beliau juga berhenti pergi ke gereja dan menjelang kematiannya, beliau menolak menerima pandangan dari seorang pastor yang dianggapnya lebih sebagai pegawai kerajaan berbanding sebagai hamba Kristus. Beliau juga ingin memperolehi pandangan dari seorang awam tetapi perkara itu tidak mungkin akan berjaya.

Antara nama samaran Kierkegaard yang paling penting dalam susunan kronologi, adalah:

Victor Eremita, editor of Either/Or
A writer of many articles in Either/Or
Judge William, author of rebuttals to A in Either/Or
Johannes de silentio, author of Fear and Trembling
Constantin Constantius, author of the first half of Repetition
Young Man, author of the second half of Repetition
Vigilius Haufniensis, author of The Concept of Anxiety
Nicolaus Notabene, author of Prefaces
Hilarius Bookbinder, editor of Stages on Life's Way
Johannes Climacus, author of Philosophical Fragments and Concluding Unscientific Postscript
Anti-Climacus, author of The Sickness Unto Death and Practice in Christianity
Antara bibiliografi hasil karya Soren Aabye Kierkegaard:
(1841) On the Concept of Irony with Continual Reference to Socrates (Om Begrebet Ironi med stadigt Hensyn til Socrates)
(1843) Either/Or (Enten-Eller)
(1843) Two Upbuilding Discourses, 1843 (To opbyggelige Taler)
(1843) Fear and Trembling (Frygt og Bæven)
(1843) Three Upbuilding Discourses, 1843 (Tre opbyggelige Taler)
(1843) Repetition (Gjentagelsen)
(1843) Four Upbuilding Discourses, 1843 (Fire opbyggelige Taler)
(1844) Two Upbuilding Discourses, 1844 (To opbyggelige Taler)
(1844) Three Upbuilding Discourses, 1844 (Tre opbyggelige Taler)
(1844) Philosophical Fragments (Philosophiske Smuler)
(1844) The Concept of Anxiety (Begrebet Angest)
(1844) Four Upbuilding Discourses, 1844 (Fire opbyggelige Taler)
(1845) Stages on Life's Way (Stadier paa Livets Vei)
(1846) Concluding Unscientific Postscript to Philosophical Fragments (Afsluttende uvidenskabelig Efterskrift)
(1847) Edifying Discourses in Diverse Spirits (Opbyggelige Taler i forskjellig Aand), which included Purity of Heart is to Will One Thing
(1847) Works of Love (Kjerlighedens Gjerninger)
(1848) Christian Discourses (Christelige Taler)
(1848, published 1859) The Point of View of My Work as an Author "as good as finished" (IX A 293) ((Synspunktet for min Forfatter-Virksomhed. En ligefrem Meddelelse, Rapport til Historien))
(1849) The Sickness Unto Death (Sygdommen til Døden)
(1849) Three Discourses at the Communion on Fridays (("Ypperstepræsten" – "Tolderen" – "Synderinden", tre Taler ved Altergangen om Fredagen))
(1850) Practice in Christianity (Indøvelse i Christendom)

Pemikiran

Pemikiran Kierkegaard,sebagai kritikan terhadap Hegel,  menekankan  pada  aspek   subjektivisme. Mengingat seluruhnya pada dasarnya adalah manifestasi daripada apa yang disebut Hegel sebagai fenomenologi roh maka individu manusia  di kurangkan  menjadi   kumpulan. Hal ini akan melenyapkan individu dari tanggungjawab peribadinya secara beretika tetapi juga melenyapkan kewujudan individu dalam sebuah kumpulan. Penekanan pada   kewujudan individu inilah yang menjadikan Kierkegaard dianggap sebagai seorang bapa eksistensialisme yang dipopularkan oleh Sartre kelak.
Pemikiran lain yang menarik adalah sebuah  dialektik eksistensialis yang telah  menggambarkan perkembangan agama manusia dari apa yang disebutnya tahap estetik(menarik), tahap beretika, hingga tahap agama. Tahap pertama adalah tahap estetik iaitu ketika manusia wujud berdasarkan prinsip kesenangan pancaindera, sebagaimana erti kata estetik yang bermakna mengerti atau merasa. Tokoh dalam tamadun barat yang menjadi contoh adalah Don Juan yang memburu kesenangan. Tahap kedua dicapai dengan satu  lompatan menuju tahap dimana manusia bereksistensi dengan pertimbangan moral universal dalam rangka betul dan salah. Tokoh yang boleh dijadikan contoh adalah Socrates yang mengorbankan dirinya demi prinsip moral universal.
Tahap terakhir adalah tahap keimanan puncak yang tidak dapat dinilai dengan penilaian moral universal namun  menemui sifat paradoks(bercanggah) keimanan. Tokoh yang dijadikan teladan adalah Ibrahim(Abraham) dalam kisah penyembelihan anaknya  (Ishak dalam agama Kristian dan Ismail dalam agama Islam) yang tindakannya tersebut,  sebagai manifestasi dari keimanannya, tidak boleh dinilai dengan penilaian moral universal.  Sebuah tindakan yang mengandungi dasar paradoks kerana di satu sisi Ibrahim menyerahkan diri sepenuhnya, dan kehilangan segala-galanya, dengan gerakan imannya dan di sisi lain,  secara serentak, dia mendapatkan segalanya dengan cara yang baru. Sebuah kegilaan  tuhan sesuatu yang tidak dikutuk tetapi sebaliknya diketengahkan oleh Kierkegaard, yang akan dilihat  tidak masuk akal apabila dimasukkan ke dalam kategori moral universal.

Pengaruh dan Penerimaan Idea Kierkegaard

Karya-karya Kierkegaard baru telah tersebar secara  meluas beberapa dekad selepas kematiannya. Pada tahun-tahun awal  selepas Kierkegaard  meninggal, Gereja Negara Denmark, sebuah institusi penting di Denmark pada saat itu, menjauhi karya-karyanya dan menggalakkan warga Denmark lain untuk melakukan perkara yang sama. Selain itu, kurang  difahaminya bahasa Denmark, berbanding dengan bahasa Jerman, Perancis, dan Inggeris, membuatkan hampir tidak mungkin bagi Kierkegaard untuk mendapatkan pembaca-pembaca yang bukan berbahasa Denmark.
Ahli akademik yang pertama mengalihkan perhatiannya  kepada Kierkegaard adalah sesama orang iaitu Denmark Georg Brandes, yang telah menerbitkan karya Kierkegaard dalam bahasa Bahasa Jerman dan Denmark. Brandes telah menyampaikan kuliah rasminya yang pertama tentang Kierkegaard dan membantu memperkenalkan Kierkegaard ke seluruh Eropah. Pada 1877, Brandes juga menerbitkan buku pertama tentang falsafah dan kehidupan Kierkegaard. Selepas itu,secara tidak langsung  Henrik Ibsen telah  tertarik terhadap kehidupan Kierkegaard dan memperkenalkan karyanya ke seluruh Scandinavian. Sementara itu, terjemahan-terjemahan karya Kierkegaard yang bebas dalam bahasa Bahasa Jerman dari beberapa karyanya mula muncul pada 1870-an,terjemahan-terjemahan akademik dalam bahasa Bahasa Jerman dari seluruh karya Kierkegaard terpaksa ditunggu sehingga tahun  1910-an. Terjemahan-terjemahan ini adalah mungkin disebabkan oleh pengaruh Kierkegaard  terhadap para pemikir dan penulis Jerman, Perancis, dan Inggeris abad ke-20 mula terasa.
Pada 1930-an,  penterjemahan akademik pertama untuk karya Kierkegaard dalam bahasa Inggeris, pula oleh Iskandar   Dru, David F. Swenson,  Douglas V. Steere, dan Walter Lowrie muncul, di bawah usaha pengarang dari editor Oxford University Press, Charles Williams. Penterjemahan karya akademik beliau yang kedua dalam bahasa Inggeris dan yang terdapat di dalamnya meluas diterbitkan oleh Princeton University Press pada 1970-an, 1980-an,1990-an, berada di bawah kawalan Howard V. Hong dan Edna H. Hong. Penterjemahan rasmi ketiga, berada di bawah kawalan Pusat Penyelidikan Søren Kierkegaard,  mencecah 55 jilid dan   dijangka akan selesai selepas tahun 2009.
Banyak ahli falsafah abad ke-20, sama ada yang teistik atau yang ateistik, meminjam banyak konsep dari Kierkegaard, termasuklah pemahaman mengenai angst (kecemasan), rasa putus asa, dan kepentingan individu. Sebagai seorang ahli falsafah, beliau menjadi sangat terkenal pada tahun 1930-an, sebahagian besar disebabkan pergerakan eksistensialis yang menunjukkan kepadanya sebagai seorang pendahulu,  walaupun kini beliau sendiri dipandang sebagai seorang pemikir yang sangat penting dan berpengaruh. Para ahli falsafah dan teologi yang dipengaruhi oleh Kierkegaard termasuklah Karl Barth, Simone de Beauvoir, Martin Buber, Rudolf Bultmann, Albert Camus, Martin Heidegger, Abraham Joshua Heschel, Karl Jaspers, Gabriel Marcel, Maurice Merleau-Ponty, Franzrosenzweig, Jean-Paul Sartre, Joseph Soloveitchik, Paul Tillich, Miguel de Unamuno, Hans Urs von Balthasar.
Fahaman anarki saintifik Paul Feyerabend diilhamkan oleh idea Kierkegaard  tentang subjektiviti sebagai kebenaran. Ludwig Wittgenstein sangat dipengaruhi dan harus mengakui kecemerlangan Kierkegaard,  dan mengaku bahawa "Betapapun juga,  Kierkegaard jauh terlalu besar kepada saya”. Karl Popper merujuk kepada  Kierkegaard  sebagai “pembaharu besar dalam etika Kristian, yang memaparkan nilai moral Kristian yang rasmi pada zamannya sebagai perasaan munafik yang anti-Kristian dan anti-kemanusiaan ".
Para ahli falsafah kontemporari seperti Emmanuel Levinas, Hans-Georg Gadamer, Jacques Derrida, Jürgen Habermas, Alasdair MacIntyre, dan Richard Rorty, walaupun kadang-kala terlampau kritis pemikiran mereka, mereka juga telah  mengadaptasi beberapa pemikiran  Kierkegaard. Kierkegaard banyak mempengaruhi kesusasteraan abad ke-20.Tokoh-tokoh yang sangat dipengaruhi oleh karya-karyanya termasuklah Walker Percy, WH Auden, Franz Kafka,  David Lodge dan John Updike.
Kierkegaard juga sangat berpengaruh terhadap psikologi dan beliau telah dianggap sebagai pengasas psikologi Kristian dan psikologi serta terapi eksistensial. Para ahli psikologi dan terapi eksistensialis  (seringkali disebut "humanistik") termasuklah Ludwig Binswanger, Victor Frankl, Erich Fromm, Carl Rogers dan Rollo May.  May mengasaskan bukunya “The Meaning of Anxiety” (Makna Kecemasan) kepada karya Kierkegaard iaitu “Konsep Mengenai Kecemasan”.   Karya sosiologi Kierkegaard “Dua Zaman:Zaman Revolusi dan Masa Kini”  memberikan kritikan yang menarik kepada kemodenan. Kierkegaard juga dilihat sebagai pendahulu yang penting dalam pasca-modenisme.

Bagi Kierkegaard, kepercayaan agama Kristian bukan  merupakan suatu perkara yang meluahkan ajaran agama di gereja. Ia adalah suatu perkara yang merupakan minat yang subjektif seseorang individu, yang tidak boleh diperantara oleh paderi atau melalui artifak manusia. Iman adalah tugasan yang paling penting yang perlu dicapai oleh manusia, kerana hanya atas dasar iman seorang individu mempunyai peluang untuk menjadi diri yang sebenarnya. Diri ini adalah kehidupan-kerja yang Tuhan hakim untuk selama-lamanya. Namun begitu, Kierkegaard juga telah meramalkan selepas kematian beliau, karya-karya beliau akan terkenal dan namanya juga akan menjadi sebutan serta mempengaruhi orang lain.
Pandangan Mengenai Soren Aabye Kierkegaard
Pada pandangan saya, Kierkegaard adalah seorang tokoh falsafah yang sangat hebat. Walaupun pada mulanya pemikiran beliau di pengaruhi oleh ayahnya serta kehidupannya ketika kecil, namun selepas berada di Universiti, beliau berubah menjadi lebih tegas. Namun kebanyakan hasil karya beliau berunsur agama. Hal ini mungkin kerana, permintaan ayahnya yang mahu Kierkegaard menjadi seorang pendeta.
Kierkegaard juga memilih untuk tidak mengikuti jalan lain dalam kehidupan yang seolah-olah diarahkan beliau memutuskan bahawa beliau tidak akan meletakkan dirinya ke  hadapan untuk penyelarasan sebagai menteri Lutheran. Fakta juga manyatakan bahawa dia telah ditinggalkan dengan adil dan melalui warisan ayahnya  membolehkan beliau untuk mengabdikan diri kepada falsafah dan untuk menulis.
Karya hasil tulisan beliau sewaktu beliau masih hidup tidak begitu diterima kerana mereka menganggap Kierkegaard seorang yang kejam melalui kritikan-kritikan beliau. Hasil-hasil karya beliau sendiri juga beliau kritik melalui penulisan beliau denagan menggunakan nama pena yang berbeza. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan keraguan terhadap apa yang beliau percaya. Namun selepas beberapa  tahun kematian beliau, terdapat beberapa ahli falasafah yang berminat dengan hasili-hasil karya Kierkrgaard dan memperkenalkan ke peringkat universal.
Kierkegaard menghasilkan  karya bersifat anti-kristian dan hal ini menyebabkan buku-buku serta jurnal tulisan beliau tidak diterima pakai oleh pihak gereja di Denmark, dan pihak gerja telah mempengaruhi orang ramai untuk menjauhi karya-karya beliau. Saya kagum dengan semangat yang ada pada diri Kierkegaard yang masih tidak putus asa walaupun disaat kematianya, beliau masih yakin hasil karya beliau akan terkenal suatu hari nanti. Ramalan beliau terbukti benar kerana banyak hasil karya beliau digunakan dan turut mempengaruhi sebilangan tokoh-tokoh falasafah yang lain.
Saya juga turut bersetuju dengan gelaran terhadap beliau iaitu bapa eksistensialisme kerana beliau percaya             dengan mengatakan manusia berhak memilih tindakan mereka sendiri. Beliau yang terkenal dengan kata-kata “saya jadi sebagaimana saya percaya” telah membuktikan beliau seorang tokoh yang sangat tegas dan berhak mendapat gelaran sebegitu kerana beliau begitu yakin dengan apa yang beliau percaya.
Perasaan kasih sayang yang ditunjukkan oleh beliau juga dapat dilihat ketika beliau sudah bercerai dengan isterinya,Regine. Walaupun Regine sudah berkahwin dengan orang lain, namun kebanyakan hasil karya beliau dipengaruhi oleh perasaan cinta beliau terhadap Regine. Beliau hanya merasakan diri beliau tidak layak untuk berkahwin kerana terlampau terpengaruh dengan apa yang berlaku kepada ayah beliau. Karya yang dipengaruhi oleh Regine bersifat romantis dan sastera. Walaupun bekas isterinya telah berkahwin dengan orang lain, namun perasaan kasih sayang yang di tunjukkan oleh Kierkegaard tidak membataskannya untuk menghasilkan karya untuk wanita yang dicintainya.
Namun begitu, saya masih tidak begitu jelas sebab beliau menggunakan nama pena yang berbeza-beza untuk setiap karya yang dihasilkan. Pada pendapat saya, beliau berkemungkinan tidak mahu hasil karyanya menjadi bahan kritikan orang lain atau mungkin beliau mahu menilai sendiri setiap karyanya dari sudut yang berbeza-beza. Gaya pemikiran beliau terlampau kompleks sehinggakan beliau berani menggunakan pelbagai jenis nama pena dan mengkritik hasil kerja beliau sendiri.

Rujukan
www.kirjasto.sci.fi/kierkega.htm

No comments:

Post a Comment