Tuesday 14 May 2013

lenovo


              Lenovo adalah salah sebuah jenama pembekal pekakasan komputer yang berjaya hampir di seluruh dunia. Lenovo mereka dan membina sebuah kejuruteraan teknologi dan lebih daripada sebuah syarikat berasaskan teknologi. Dibentuk daripada perolehan IBM Personal Computing Division oleh kumpulan Lenovo, Lenovo telah membina kedudukan yang lebih kukuh di China. Justeru itu, Lenovo telah menjadi salah sebuah syarikat yang membekalkan peralatan komputer dan mengeluarkan produk mereka yang tersendiri di pasaran. Produk yang dikeluarkan oleh mereka juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna seluruh dunia.

            Seterusnya, Lenovo juga telah mencipta satu model perniagaan yang seimbang dan strategi yang menghasilkan suatu keuntungan maksimum dan pelaburan di seluruh perniagaan mereka. Hasilnya ialah prestasi yang seimbang dan pertumbuhan pasaran saham di seluruh semua kawasan, segmen pelanggan, produk dan model perniagaan. Misi mereka juga adalah untuk menjadi salah sebuah syarikat berasaskan teknolgi yang berjaya di dunia. Lenovo menggunakan tiga kunci utama untuk mencapai matlamat yang telah mereka tetapkan:
·         Komputer Peribadi: Menjadi pendahulu dalam industri perkomputeran dan dihormati untuk inovasi dan kualiti produk kami.
·         Penyatuan: Menjadi pendahulu dalam industri dengan peranti ekosistem, perkhidmatan, aplikasi dan kandungan bagi orang-orang untuk berhubung dengan lancar.
·         Budaya: Diiktiraf sebagai salah satu yang terbaik, yang paling dipercayai dan syarikat yang paling dihormati untuk bekerja dan menjalankan perniagaan.
Jenama Lenovo telah mula dipasarkan oleh IBM pada tahun 2003. Perkataan “Le” berasal daripada perkataan legend dan “novo” berasal daripada perkataan Latin bermaksud baru. Nama syarikat tersebut secara rasminya telah ditukarkan daripada Legend kepada Lenovo setahun kemudian. Lenovo juga melancarkan produknya pada tahun 2007 iaitu Ideapad dan tidak lagi menggunakan jenama dan logo IBM. Pada tahun 2008 Lenovo secara rasminya telah masuk ke pasaran dengan melancarkan produk yang terbaru iaitu ThinkServer yang direka untuk pelanggan yang menjalankan perniagaan bersaiz sederhana dan kecil.


Antara produk yang dikeluarkan oleh Lenovo ialah:
·         Dekstop & All-In-Ones
                                                        i.            Thinkcentre
                                                      ii.            Ideacentre
·         Laptop & Ultrabooks
                                                        i.            Thinkpad
                                                      ii.            Ideapad
·         Workstations
                                                        i.            Thinkstation
·         Accesssories & Upgrades
Lenovo juga terhasil daripada penyatuan dua syarikat besar dalam bidang perniagaan dan teknologi iaitu Legend Holdings di China dan IBM’s Personal Computing Division di United States. Hasilnya, Lenovo adalah hasil cantuman pasaran yang unik dalam menggabungkan kedua-dua perniagaan yang terbaik di timur dan barat. Kekuatan pasaran Lenovo bukan sahaja merangkumi kawasan timur dan barat tersebut, namun telah menguasai pasaran dan pengguna seluruh dunia. Pada masa kini, Lenovo adalah salah sebuah syarikat global yang mempunyai operasi di enam benua dan operasi di lebih daripada 60 buah negara dan menjual produk sebanyak 160 jenis. Keseluruhan kakitangan Lenovo berbangga dalam keupayaan Lenovo untuk mencari bakat terbaik untuk menjadi pekerja mereka daripada pelbagai latar belakang dan dari seluruh dunia.
Secara kesimpulannya, Lenovo adalah salah sebuah pengeluar perkakasan komputer yang berjaya di dunia. Setiap pencapaian syarikat mereka adalah yang terbaik. Setiap produk yang dikeluarkan juga amat berkualiti dan menepati citarasa pengguna masa kini. Mereka juga berusaha untuk membuat pembezaan dan kepelbagaian berbanding dengan produk lain dan sentiasa memenuhi kehendak serta keperluan pengguna mengikut peredaran masa.

No comments:

Post a Comment