Pendahuluan
Majlis
Perundingan Negara ditubuhkan secara perundangan dengan fungsi dan kuasanya
diperuntukan dalam seksyen 4. Kuasa yang diperuntukkan adalah lebih kurang sama
seperti yang diperuntukkan dalam akta-akta lain apabila parlimen menubuhkan
sesuatu majlis.
Gaji
boleh didefinisikan seperti yang dinyatakan dibawah seksyen 2 Akta Kerja 1955,
Ordinan Buruh Sabah atau Ordinan Buruh Sarawak. Dalam seksyen 2 akta kerja
1955, gaji bermaksud gaji asas dan segala bayaran tunai yang harus dibayar
kepada pekerja kerana kerja yang dilakukan berkaitan dengan kontrak
perkhidmatan, namun gaji itu tidak termasuk nilai atau sumbangan lain seperti
rumah kediaman, sumbangan kumpulan wang simpanan, elaun perjalanan, bonus dan
sebagainya.
“Gaji minimum” ertinya gaji pokok yang akan
ditetapkan atau sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 23. Gaji minimum
merujuk kepada perundangan yang menetapkan kadar terendah yang majikan
boleh bayar kepada pekerja. Jika undang-undang menetapkan gaji minimum
adalah RM 600 sebulan, maka majikan tidak boleh mengajikan pekerja di bawah RM
600 biarpun tugasnya cuma menyapu lantai pejabat sahaja setiap hari selama 4
hari seminggu.
Majlis Perundingan Negara
Suatu
majlis dengan nama “Majlis Perundingan Gaji Negara”ditubuhkan. Fungsi dan kuasa
Majlis ini adalah untuk menasihati Kerajaan tentang semua perkara yang berhubungan
dengan gaji minimum termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa. Selain
itu juga fungsi majlis ini adalah membuat syor kepada Kerajaan tentang kadar
dan liputan gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah,
dan perkara-perkara lain yang berhubungan dengan gaji minimum dan gaji. membuat
rundingan dengan orang awam tentang kadar dan liputan gaji minimum, Mengumpul
dan menganalisis data dan maklumat dan
menjalankan kajian tentang gaji dan petunjuk sosioekonomi, menyelaraskan dan
menyelia, dan menilai impak, pelaksanaan gaji minimum, mengkaji semula perintah
gaji minimum, menimbang teliti tentang semua perkara yang berhubungan dengan
gaji minimum, menyebarkan maklumat dan analisis tentang gaji; dan menjalankan
apa-apa fungsi lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan
fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai
manfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
“gaji
minimum” ertinya gaji pokok yang akan ditetapkan atau sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen
23. Gaji minimum merujuk kepada perundangan yang menetapkan kadar terendah yang
majikan boleh bayar kepada pekerja. Jika undang-undang menetapkan gaji minimum
adalah RM 600 sebulan, maka majikan tidak boleh mengajikan pekerja di bawah RM
600 biarpun tugasnya cuma menyapu lantai pejabat sahaja setiap hari selama 4
hari seminggu.
Gaji
Minimum merupakan bukan sesuatu peruntukkan yang tidak baik. Mana-mana pekerja
yang makan gaji pastinya akan bergembira
terutamanya mereka yang bakal menikmati faedah dari implementasi peruntukkan
ini. Oleh itu, buat permulaan, apa kata kita sokong dulu kewujudan “Gaji Minimum”
ini.
Agak
penting untuk ambil perhatian bahawa undang-undang berkaitan dengan gaji
minimum memang telah sedia ada sejak lama lagi dan telah diguna pakai di banyak
buah negara di dunia. Malahan lebih 90% buah negara di dunia ada mempunyai
undang-undang berkaitan dengan gaji minimum. Negara-negara itu termasuklah
China, Kanada, Australia, Perancis, Spain dan lain-lain lagi. Cara implementasi
mereka adalah berbeza-beza dan hasil yang dicapai juga berbeza-beza. Di
Malaysia, kita ada Wages Council Act 1947(
akta majlis penetapan gaji) yang masih terpakai hingga ke hari ini . Cuma ia
agak “outdated” dan peruntukannya
banyak yang tidak relevan dan sesuai bagi maksud gaji minimum yang kita
perbincangkan ini. Pindaan diperlukan, namun kerajaan sudah pun mengumumkan satu
Akta yang baru akan diluluskan bagi memberi garis panduan terbaru gaji minimum
di Malaysia.
Dalam
menguatkuasakan undang-undang berkaitan gaji minimum, objektif yang mahu di
capai biasanya adalah sama iaitu
pembasmi kemiskinan. Dalam kata lain “Gaji Minimum” digunakan sebagai
satu alat (tool) untuk mengurangkan kemiskinan dengan memberikan lebih
“purchasing power” pada orang-orang miskin atau bergaji rendah. Jika bersetuju
bahawa gaji minimum adalah satu alat yang perlu dalam masyarakat kita hari ini
untuk membasmi kemiskinan, maka kita perlu ada mekanisma untuk melaksanakannya
dan yang penting sekali kata sepakat Apakah gaji minima yang sesuai bagi rakyat
Malaysia.
Yang
baik mengenai gaji minimum ialah ia akan meyemarakkan ramai insan-insan yang
sering memilih kerja untuk menaip “resume” dan mula mencari pekerjaan semula.
Selain dari itu, organisasi juga akan cuba menjadi lebih effisyen dalam
menangani kos yang meningkat naik. Dan tentu sekali, golongan berpendapatan
rendah akan dapat upah yang lebih baik dan setimpal dengan penat lelah mereka.
Seperti
di Sabah, masih terdapat ramai pekerja yang masih terima gaji di sekitar RM 300
hingga RM 400 sebulan. Malah yang di bawah RM 300 pun masih ada. Saya pasti
ramai majikan yang sedar betapa rendahnya amaun tersebut kerana ramai yang cuba
“compensate” dengan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat tinggal, air
dan elektrik serta makanan. Ada juga yang diberikan komisyen bagi tugas-tugas
spesifik seperti mendapatkan pelanggan kepada majikan mereka. Dalam kata lain
juga, majikan tahu gaji adalah rendah akan tetapi untuk menaikkan gaji adalah
tidak sama sekali. Maka untuk menarik sumber manusia, kemudahan, faedah dan
bonus di tawarkan kepada mereka.
Lonjakan
dari sekitar RM 300 kepada RM 900 yang dicadangkan oleh MTUC adalah satu
lonjakan yang amat besar sekali. Bagi mereka yang bergaji RM 900 ke bawah,
pastinya tersenyum lebar, namun bagi yang bergaji RM 900 ke atas pula
bagaimana? Bayangkan jika anda bergaji RM 900 dan menjadi “supervisor” di
tempat anda, bagaimana anda rasa bila tiba-tiba kakak yang mencuci tandas di
sana yang sebelum ini bergaji RM 300 tiba-tiba sama gajinya dengan anda?
Paling
teruk buat anda (yang gaji melebihi RM 900) adalah akibat kenaikan gaji
pekerja-pekerja ini, inflasi akan berlaku dan barangan akan banyak naik harga
sedangkan anda masih di takuk lama. Ingat undang-undang ini berkaitan dengan
gaji minimum dan bukannya gaji rendah. Kerajaan boleh letakkan tahap minimum
pada gaji menerusi perundangan sebegini, tetapi ia tidak boleh campur tangan
dalam pemberian upah/gaji pekerja-pekerja dalam sesuatu organisasi/perniagaan.
Gaji anda mungkin akan kekal begitu sahaja dan kemungkinan akan naik mungkin
lebih lambat akibat kenaikkan kos yang majikan anda terpaksa tanggung dari segi
sumber manusia dan barang-barang di pasaran.
Niat
untuk mengadakan gaji minima memanglah baik, namun implementasinya perlulah
dilaksanakan dengan baik juga. Salah
satu perkara yang ditakuti adalah ia akan mewujudkan juga apa yang dikenali
sebagai “involuntary unemployment” yang mana majikan akan mengurangkan tenaga
buruh bagi mengelakkan kos sumber manusia yang tinggi. Gaji minimum
mengakibatkan pekerja menjadi lebih mahal untuk digaji. Maka apabila majikan
mahu mengecilkan saiz jumlah pekerjanya, sudah pasti ia akan membuang pekerja
yang lemah. Yang lemah adalah mereka yang berpendidikan rendah yang sudah tentu
juga miskin. Akhirnya, orang miskin sendiri menghadapi diskriminasi di tempat
kerja. Sedangkan matlamat asal gaji minimum adalah untuk membantu orang miskin.
Terdapat
juga “arguement” yang mengatakan bahawa perlaksanaan gaji minimum boleh
disifatkan sebagai diskriminasi kaum. Ini majikan yang akan menghadapi
kesulitan nanti adalah mereka-mereka yang dalam SME (small-medium industries)
terutamanya kedai-kedai makan, kedai runcit, kedai sayur dan sebagainya.
AKTA MAJLIS PENETAPAN GAJI 1947
Akta
ini memperuntukan bagi penubuhan sabuah Majlis Penetapan Gaji dan memberi kuasa
kepada Majlis tersebut membuat perintah gaji minimum bagi kategori-kategori pekerja di sektor-sektor
pekerjaan tertentu yang difikirkan perlu untuk dilindungi. Pada masa sekarang
terdapat perintah peraturan gaji minimum seperti berikut:
1.
Perintah Peraturan Gaji (Pembantu-Pembantu Kedai) 1981
•
Peraturan mengenai gaji minimum dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pembantu
kedai. Kadar gaji minimum ditetapkan mengikut kawasan.
•
Perintah ini terpakai di semua Majlis Daerah, Majlis Bandaran,Majlis
Perbandaran dan Dewan Bandaraya.
•
Perniagaan yang tertakluk kepada perintah ini adalah seperti yang menjalankan
jualan
runcit,
pajak gadai, tukang gunting, kedai dobi, jurugaya dan apa-apa perniagaan yang
berdampingan dengan premis di mana jualan runcit dijalanakan
2.
Perintah Peraturan Gaji (Perhidangan Dan Hotel)
•
Mengenai kadar upah dan syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja perhidangan
dan hotel. Kadar yang ditetapkan adalah mengikut umur pekerja.
•
Perintah ini terpakai di semua Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya
•
Meliputi perniagaan membekalkan makanan, minuman kepada orang ramai di premis
termasuk kedai kopi, kedai makan, hotel, rumah penginapan, restoran dan premis
yang digunakan untuk menjual minuman keras.
3.
Perintah Peraturan Gaji (Pekerja-Pekerja Wayang Gambar) 1981.
•
Mengenai kadar gaji minimum dan syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja wayang
gambar yang ditetapkan mengikut kategori-kategori tertentu.
•
Perintah ini terpakai di semua tempat di Semenanjung Malaysia.
•
Pekerja yang diliputi: penjual tiket, operator, mekanik, juruteknik dan penulis
poster.
4.
Perintah Peraturan Gaji (Pemunggahan Dan Pengendalian Kargo) Pelabuhan Pulau
Pinang.
•
Mengenai kadar upah , syarat perkhidmatan dan waktu kerja bagi pekerja
pemunggah dan pengendali kargo di Pelabuhan Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment