1. Why
do workers join trade unions?
Menurut seksyen 2 akta kesatuan sekerja 1959, kesatuan
sekerja ialah apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan
dimana tempat pekerjaan mereka adalah di Malaysia Barat, Sabah dan Serawak.
-
Pekerja
menyertai kesatuan sekerja kerana ianya dapat menjaga kebajikan anggota atau
pekerja. selain itu,dapat mewujudkan perhubungan yang baik antara majikan
dengan pekerja, dapat mengadakan perjanjian bersama majikan, mewakili pekerja
dalam tuntutan atau dakwaan di mahkamah, mengatur dan mengadakan aktiviti
sosial antara anggota kesatuan, dan dapat menganjurkan tindakan perusahaan
melalui peruntukan undang-undang seperti mogok.
-
Oleh
itu secara kesimpulannya adalah kesatuan sekerja amat penting terutamanya dalam
usaha pekerja-pekerja menuntut hak dan kebajikan mereka secara bersama. Dengan
wujudnya kesatuan hak pekerja lebih terbela. Hal ini kerana tuntutan yang
dibuat oleh seorang pekerja terhadap majikan tidak akan dilayan atau perhatian
berbanding sekumpulan pekerja. Dengan mewujudkan kesatuan sekerja adalah cara
terbaik supaya suara perkerja dapat didengar oleh majikan. Menurut Maimunah,
terdapat tiga sebab utama mengapa pekerja membentuk kesatuan sekerja, iaitu
kerana tuntutan ekonomi, hak dan sosial.
2. Is registration of trade union by
Director-General of trade union automatik.
Tidak, Pendaftaran kesatuan sekerja
bukannya berlaku secara automatik dipersetujui oleh Ketua Pengarah Kesatuan
Sekerja. Ini kerana terdapat prosedur yang harus diambil. Menurut seksyen 8
Akta Kesatuan Sekerja 1959, setiap kesatuan mesti didaftarkan mengikut
undang-undang dalam tempoh satu bulan ia ditubuhkan. Permohonan ini, mestilah
dikemukakan kepada KP yang akan memutuskan sama ada kesatuan tersebut boleh
didaftar atau sebaliknya. Walaubagaimanapun KP berhak melanjutkan tempoh
pendaftaran tidak melebihi 6 bulan sekiranya perlu.
Antara salah satu prosedur sebelum membuat
pendaftaran pihak tersebut perlu mendapatkan tandatangan sekurang-kurangnya 7
orang anggota kesatuan. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama yuran
yang ditetapkan dengan satu salinan bercetak berkenaan dengan keadah atau
peraturan kesatuan yang ditandatangani oleh anggota kesatuan yang membuat
permohonan tersebut. Selain itu, maklumat lain juga perlu disertakan seperti
nama jawatan dan alamat ahli yang membuat permohonan, nama dan alamat ibu
pejabat kesatuan serta nama kesatuan serta nama, umur, alamat dan jawatan
pegawai kesatuan. Selepas itu, sekiranya kesatuan sekerja telah didaftarkan
dengan sempurna barulah Ketua Pengarah akan mengeluarkan pengakuan atau sijil
pendaftaran kesatuan. Walaubagaimanapun Ketua Pengarah berhak menolak
pendaftaran kesatuan seperti yang termaktub seksyen 12 (3) Akta Kesatuan
Sekerja 1959 iaitu:
1. Kesatuan
sekerja itu digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang atau bertentangan
dengan tujuan penubuhannya.
2. Kesatuan
sekerja gagal mematuhi akta dan peraturan.
3. Tujuan,
keadah dan keanggotaan kesatuan sekerja bercanggah dengan peruntukan akta dan
peraturan.
4. Nama
kesatuan sekerja itu sama atau hampir sama dengan nama kesatuan sekerja yang
lain,
Atau
Pada pendapat Ketua Pengarah nama itu tidak
diingini, melainkan nama itu dapat diubah dan diterima oleh ketua pengarah.
3. Why do employers join unions?
Menurut seksyen 2 akta perhubungan
perindustrian 1967, majikan ditafsirkan sebagai mana-mana orang atau kumpulan
smaada yang diperbadankan atau tidak diperbadankan yang mengambil pekerja
dibawah satu kontrak pekerjaan, termasuklah kerajaan dan mana-mana pihak
berkuasa berkanun melainkan apabila diperuntukkan secara nyata selainnya dalam
akta ini. Manakala akta kerja 1955, majikan pula adalah mana-mana orang yang
membuat kontrak perhidmatan supaya mengambil berkerja mana-man orang lain
sebagai pekerja dan termasuklah ejen, pengurus atau faktor yang berkaitam
dengan mengambil berkerja.
Majikan-majikan menyertai kesatuan majikan
untuk memastikan hak-hak dan kepentingan majikan dilindungi dan terpelihara.
Kesatuan membolehkan majikan-majikan menubuhkan forum untuk khidmat nasihat serta
perbincangan antara ahli-ahli mengenai perkara-perkara yang saling berkaitan
seperti pertukaran maklumat kajian dan latihan. Kesatuan membekalkan ahli-ahlinya dengan nasihat,
panduan dan bantuan di dalam semua aspek berkaitan dengan undang-undang buruh
dan perhubungan perusahaan seperti terma-terma pekerjaan, masalah disiplin
pekerja, pemberhentian pekerjaan, jam bekerja dan kerja lebih masa, pengiktirafan kesatuan, tuntutan kesatuan
terhadap terma dan syarat pekerjaan.
4. What
is the role and function of bodies like the Malaysian Trades Union Congress
(MTUC) and Malaysian Employers Federation (MEF)
Fungsi utama
kesatuan sekerja adalah untuk bersuara bagi pihak anggota mereka dan cuba
mendapatkan terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja dalam
organisasi. Setiap kesatuan berikan keutamaan kepada keperluan anggota mereka
sendiri. Walau bagaimanapun, banyak kesatuan pula adalah anggota Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Badan ini melaksanakan beberapa fungsi
termasuk:
1. Menyelidik mengenai perkara yang berkaitan dengan
pekerjaan
2. Melatih pemimpin-pemimpin kesatuan
3. Mewakili semua pekerja di seluruh negara, termasuk
mereka yang tidak menjadi anggota kesatuan.
Fungsi ketiga di
atas selalu menyebabkan MTUC dilaporkan dalam berita. MTUC bukan merupakan
kesatuan sekerja (ia didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966) dan oleh
itu tidak boleh menjalankan perundingan bersama, piket atau mengaturkan mogok.
Walaubagaimanapun, hanya anggotanya sahaja, iaitu kesatuan sekerja yang
mempunyai hak undang-undang, boleh lakukan aktiviti tersebut.
Persekutuan
Majikan-Majikan Malaysia (MEF) adalah organisasi utama majikan sektor swasta di
Malaysia diiktiraf di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
Ditubuhkan pada tahun 1959, MEF menggalakkan dan perlindungan hak-hak dan
kepentingan majikan. MEF menyediakan satu forum untuk perundingan dan
perbincangan di kalangan ahli-ahli mengenai perkara-perkara kepentingan
bersama, dan berusaha untuk menerima pakai prinsip-prinsip dan amalan sumber
dan perindustrian hubungan manusia melalui maklumat, nasihat, penyelidikan dan
maklumat, latihan dan aktiviti-aktiviti lain.
MEF memberikan
khidmat nasihat kepada majikan, bimbingan dan bantuan dalam semua aspek
undang-undang buruh dan hal-hal perhubungan industri seperti keadaan kerja,
masalah disiplin, pemberhentian kerja, jam kerja dan kerja lebih masa,
pengiktirafan kesatuan dan tuntutan kesatuan atas terma-terma dan
syarat-syarat. MEF juga mengkaji cadangan yang dikemukakan kepada ahli-ahli
kesatuan sebelum memulakan tawar-menawar kolektif. Nasihat diberi tentang
bagaimana untuk berurusan dengan tuntutan itu dan bagaimana untuk menyediakan
cadangan balas dan bantuan disediakan dalam rundingan Perjanjian Kolektif.
5.
State
and discuss the Union in Malaysia.
a) Kesatuan
Kakitangan Am International Islamic University Malaysia (KURNIA)
-Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan
majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan
daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan
gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan
keselamatan pekerjaan.
-Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli
atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan
Kesatuan atau pegawai Kesatuan atau antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan
menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan
cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara
-Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi
sosial, kebendaan dan pendidikan menurut undang-undang.
b) Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi,
Semananjung Malaysia
- Mencapai
matlamat supaya semua pekerja yang menjadi anggota kesatuan memajukan
kepentingan ahli-ahlinya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan
perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan pendidikan.
-Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan
majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik dengan mengambilkira
‘Code of Conduct for Industrial Harmony.’
-Meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta
mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat
pekerjaan yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan.
c) Kesatuan
sekerja perguruan.
-Pembela
kaum guru dan profesion keguruan
-Sentiasa
prihatin terhadap perkhidmatan para guru
-Meningkatkan
kebajikan ahli-ahli dari segi social dan material
-Membantu
kaum guru memahami perananya dalam mengisi hasrat Falsafah Pendidikan Negara
-Meningkatkan
imej dan martabat professionalisme guru
d) Kesatuan
Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perladangan (NUPW)
-Mewakili buruh-buruh dan pekerja-pekerja separuh
mahir bagi seluruh semananjung Malaysia
e) Kongres
Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan (CUEPACS).
-Menangani isu-isu wanita.
-Membantu menetapkan gaji minimum.
-Membantu menangani kegawatan ekonomi.
-Mempercepatkan penyelesaian dalam sebarang masalah
pertelingkahan.
6.
What
is the different between unilateral and bilateral decision making?
Pembuatan keputusan
unilateral adalah satu bentuk pembuatan keputusan yang hanya melibatkan satu
pihak sahaja semasa proses pembuatan tersebut dijalankan. Pembuatan keputusan
sebegini lazimnya di laksanakan oleh pihak pengurusan atau majikan secara
sendiri tanpa melibatkan mana-mana individu atau pihak-pihak lain. Pembuatan
keputusan mengenai perkara-perkara seperti di dalam prerogatif majikan sering
memerlukan pembuatan keputusan sebegini. Contohnya pembuatan keputusan majikan
terhadap perlantikan jawatan baru.
Pembuatan
keputusan bilateral pula merupakan
proses yang melibatkan beberapa pihak yang lain. Kebiasannya pembuatan
keputusan ini melibatkan perbincangan antara pihak-pihak seperti majikan,
kesatuan sekerja dan kerajaan (apabila perlu). Proses ini sering berlaku
apabila terdapat percangahan atau pertikaian antara majikan dan pekerja
mengenai terma-terma dalam kontrak pekerjaan. Hasil dari perbincangan ini ialah
perjanjian kolektif.
7. Decribe the preparation prior
in collective bargaining?
Seksyen 2 akta perhubungan perindustrian 1967
mentafsirkan perundingan kolektif sebagai perundingan dengan tujuan mencapai
perjanjian kolektif. Perundingan kolektif diadakan diantara pihak kesatuan
sekerja dan majikan atau kesatuan majikan. Majikan yang mengiktiraf sebuah
kesatuan sekerja dalam organisasi sebenarnya memberi hak bersuara kepada
perwakilan itu khususnya dalam perundingan kolektif.
Walaubagaimanapun seksyen 13(1) memberi hak kepada
kesatuan sekerja memulakan perlawaan bagi satu perundingan kolektif. Namum begitu
terdapat beberapa perkara yang dilarang dimasukan dalam draf atau cadangan
kepada perjanjian kolektif itu iaitu:
a)
Kenaikan
pangkat oleh majikan terhadap mana-mana pekerja daripada kategori atau gred
lebih rendah kepada kategori atau gred yang lebih tinggi.
b)
Pertukaran
pekerja oleh majikan dalam profession, perdagangan atau kerja, dengan syarat
apa-apa pertukaran itu tidak menyebabkan perubahan yang merugikan pekerja
berhubungan dengan terma-terma pekerjaan.
c)
Pelantikan
mama-mana pekerja oleh majikan sekiranya ada kekosongan dalam organisasi.
d)
Penamatan
perkhidmatan pekerja oleh majikan atas sebab lebihan pekerja atau penyusunan
semual profession, perdagangan atau kerja majikan atau sebab-sebab bagi
penamatan tersebut
e)
Pemecatan
dan pengambilan semuala seseorang pekerja oleh majikan.
f)
Menyerah
hak atau peruntukan tugas-tugas atau tugas khas kepada pekerja oleh majikan
yang selaras atau sesuai dengan terma-terma pekerjaan.
Secara ringkasnya langkah-langkah bagi mengadakan
perundingan kolektif adalah seperti berikut:
a)
Kesatuan
sekerja pekerja yang sudah diberi pengiktirafan atau kesatuan sekerja majikan
atau majikan boleh mempelawa antara satu sama lain bagi memulakan perundingan
kolektif. Biasanya satu draf secara bertulis beserta dengan cadangan-cadangan
kepada perjanjian kolektif akan disertakan bersama-sama dengan perlawaan
tersebut.
b)
Pihak-pihak
tersebut hendaklah menyatakan persetujuan secara bertulis bagi mengadakan
perundingan kolektif dalam masa 14 hari dari tarikh perlawaan tersebut.
c)
Jika
pihak-pihak itu sudah menyatakan persetujuan kepada perlawaan, tarikh
perundingan yang pertama hendaklah di tetapkan dalam masa 30 hari daripada
tarikh perlawaan dibuat.
d)
Apabila
satu tarikh perundingan sudah ditetapkan dan perundingan berkenaan
syarat-syarat perjanjian kolektif di persetujui tanpa sebarang pertelingkahan,
boleh dikatakan satu perjanjian kolektif sudah tercapai antara pihak tersebut.
e)
Perjanjian
kolektif tersebut hendaklah ditandatangani dan diserahklan kepada pendaftar
mahkamah yang dilantik dibawah akta perhubungan perindustrian 1967 untuk
mendapat perakuan atau pengiktirafan daripada mahkamah.
f)
Sekiranya
perlawaan ditolak atau tiada perundingan dimulakan dalam tempoh 30 hari,
pihak-pihak yang membuat perlawaan hendaklah memberitahu Ketua pengarah secara
bertulis dan ketua pengfarah hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu
sebagaimana yang perlu bertujuan membawa pihak-pihak berkenaan memulakan
perundingan kolektif.
g)
Jika
pihak-pihak tersebut enggan memulakan perundingan kolektif selepas
langkah-langkah tertentu diambil, suatu pertikaian perdagangan adalah
disifatkan sudah wujud terhadap perkara-perkara yang disebut dalam perlawaan
itu.
8) Describe the
contents commonly found in collective agreement?
Menurut seksyen 2 Akta Perhubungan
Perindustrian 1967 perjanjian kolektif ialah suati perjanjian bertulis yang
dicapai antara majikan atau kesatuan sekerja
majikan-majikan di satu pihak dengan kesatuan sekerja pekerja-pekerja di
satu pihak yang lain berhubung dengan syarat dan peraturan pekerjaan dan kerja pekerjan-pekerja
atau berhubung dengan hubungan antara pihak-pihak tersebut. Antara perkara-perkara yang disebut di dalam
perjanjian kolektif ialah Bahagian I,
pihak-pihak yang terlibat dalam mencapai persetujuan bersama tersebut,
tarikh kuat kuasa dan tempoh perjanjian tersebut, pengubahsuaian perjanjian
serta penamatan perjanjian, dan tafsiran berkenaan perjanjian tersebut dan
pertikaian. Bahagian II dua pula berkenaan dengan persetujuan kedua-dua belah
pihak berkenaan dengan pengiktirafan persatuan, pengiktirafan syarikat,
pekerja-pekerja bukan ahli serta potongan yuran ahli. Manakala Bahagian pula
terdapat beberapa perkara berkenaan dengan pekerja percubaan, kenaikan pangkat,
tangga gaji atau upah, bonus tahunan atau elaun, masa bekerja, cuti sakit, rawatan
hospital, masa bekerja, berkenaan dengan hari cuti, aktiviti kesatuan sekerja
dan beberapa lagi yang berkenaan selagi tidak melanggar prerogatif pihak
pengurusan. Berikut terdapat contoh perjanjian kolektif yang boleh dijadikan
rujukan.
No comments:
Post a Comment