What will organization
have to do to adapt to the influx of needed Generation Y individuals?
Pengetahuan, kemahiran
dan keupayaan seseorang pekerja adalah menjadi keperluan dalam
setiap organisasi agar mereka tidak ketinggalan dalam arus teknologi moden
serta dapat mengelak daripada wujudnya pertembungan budaya di dalam organisasi
tersebut. Selain itu, kesesuaian aliran masuk terhadap individu-individu
pekerja khususnya kepada Generasi Y dilihat amat penting pada masa kini. Hal
ini memberi cabaran yang hebat kepada organisasi dalam menyediakan bentuk kerja
yang berkesan dan sesuai dengan keperluan teknologi serta selari dengan mentaliti
individu-individu generasi Y.
Antara
langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak organisasi untuk kesesuaian
aliran masuk bagi individu-individu generasi Y ialah mengambil masa untuk
mengenali individu-individu generasi Y yang masing-masing masih di peringkat
penyesuaian dalam sesebuah organisasi. Selain itu, pihak
majikan haruslah mendengar pendapat mereka serta
menunjukkan kepada mereka bahawa anda sebagai majikan benar-benar menjaga
tentang kejayaanmereka dalam organisasi dan sentiasa menjaga kebajikan mereka
sebagai seorang pekerja. Hal ini akan dapat menggalakkan pekerja yang terdiri
daripada generasiY ini sentiasa mengikut arahan. Selain itu, dengan cara
majikan yang sentiasa mendengar pendapat-pendapat daripada individu-individu
generasi Y ini, mereka sebagai pekerja akan dapat mengurangkan tekanan sewaktu
menjalankan tugas. Hal ini kerana pekerja tidak akan terlalu terikat sepenuh
masa dengan arahan yang diberikan kerana mereka bebas untuk menyuarakan
pendapat mereka terhadap organisasi.
Mewujudkan satu hubungan
kejurulatihan dengan individu-individu generasi Y. Pihak organisasi akan mencari jurulatih atau pengurus-pengurus yang dapat
membantu mereka berkembang dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam
menjalankan tugas. Sejak mereka di berikan peluang untuk berada didalam
sesebuah organisasi, pihak pengurusan adalah bertanggungjawab dalam memberikan
pengetahuan serta pengajian dalam memantapkan kemahiran diri generasi Y ini. Dengan menyediakan segala sumber-sumber bagi pengajianmereka, ianya dapat mewujudkan kesesuaian antara pekerja generasi Y ini
majikan khususnya kepada organisasi itu sendiri. Kesesuaian antara pekerja
dengan organisasi merupakan salah satu perkara yang perlu diambil kira. Hal ini
kerana tanpa adanya kesesuaian antara pekerja dan organisasi, ia akan menurunkan
produktiviti dalam melaksanakan sesuatu kerja dan sekaligus akan menggalakkan
pertembungan budaya berlaku dalam organisasi.
Selain hubungan antara pekerja
dan majikan, pihak organisasi perlu mengaggap pekerja
generasi Y sebagai teman, bukan sebagai orang asing ataupun orang luar.
Sebagai majikan mereka haruslah mudah untuk didekati apabila individu-individu generasi Y ini memerlukan tunjuk ajar ataupun bantuan. Ini akan
mewujudkan serta menggalakkan hubungan sosial di tempat kerja. Seperti
yang kita tahu, hubungan sosial di antara majikan dan pekerja adalah sangat
penting bagi keharmonian interaksi antara mereka. Dengan wujudnya hubungan
sepertiini, ia dapat mengeratkan dan meningkatkan kerjasama dalam perlaksanaan
tugas serta dapat mengelak wujudnya pertembungan budaya.
2. Is Generation Y
really that different than previous generations that entered the work force in
large numbers? Explain.
Ketua pegawai eksekutif
Institusi Kewangan Asia menyatakan, individu generasi Y di Malaysia mempunyai
sikap yang sama dengan generasi Y di negara-negara lain yang semakin
bercita-cita tinggi serta menginginkan cabaran-cabaran yang lebih besar, kerana
Malaysia sedang bergerak ke arah menjadi sebuah negara yang maju sepenuhnya
menjelang 2020. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa individu dari generasi Y
adalah berbeza berbanding generasi lain yang memasuki tenaga kerja dengan
jumlah yang besar.
Individu generasi Y
adalah berbeza jika dibandingkan dengan generasi lain. Hal ini kerana bagi
generasi Y kehidupan mereka berteraskan wang, keselesaan dan kepuasan. Elemen
kesetiaan sejati tiada dalam kamus hidup mereka, oleh itu bertukar kerja
dua atau tiga kali setahun adalah perkara biasa berbanding individu dari
generasi X yang lebih setia dalam pekerjaan. Mereka adalah individu yang tidak
mahu dikongkong atau diarah-arah dan mudah memberontak jika berasa tidak
puas hati terhadap sesuatu perkara. Walaupun terdapat perbezaan atau jurang
antara ciri-ciri bagi setiap generasi, namun senario ini tidak menjadi halangan
untuk mencapai kesepaduan antara generasi demi mengecapi kejayaan bersama-sama.
Selain itu,
Generasi Y lebih cenderung untuk mudah menerima perubahan, karena
mereka lebih berfikiran terbuka dan berkeinginan tinggi
untuk belajar segala perkara baru. Mereka juga lebih percaya diri
untuk tampil di depan forum dan mengemukakan pendapatnya. Hal ini kerana, dalam
kes ini turut menyatakan bahawa individu dari generasi Y lebih berani untuk
meluahkan pendapat mereka. Sebagai contoh, mereka akan memberi pendapat jika
terdapat penyelesaian yang lebih baik kepada orang lain tanpa mengira pangkat
ataupun umur individu tersebut.
Namum begitu, remaja
Generasi Y lebih dekat pada keluarganya, berbanding remaja generasi baby
boomers. Hal ini dapat dilihat dalam kes ini dimana ibu bapa pekerja dari
generasi Y tersebut campur tangan dalam urusan pekerjaan anaknya. Generasi Y
cenderung untuk dekat, bahkan masih manjadengan orang tua mereka
berbanding individu daripada generasi X yang lebih suka menjauhkan diri
daripada keluarga mereka. Terdapat kajian yang menyatakan jika dahulu, disiplin
diajar dan diperkukuhkan menggunakan tangan ataupun rotan namun begitu pada
masa kini, jarang sekali kita lihat anak didisiplinkan begitu.
Ramai ibu bapa lebih gemar menggunakan perbincangan atau leteran dan sering kali berhujah dengan anak-anak mereka serta memberi mereka pilihan untuk membuat keputusan.
Ramai ibu bapa lebih gemar menggunakan perbincangan atau leteran dan sering kali berhujah dengan anak-anak mereka serta memberi mereka pilihan untuk membuat keputusan.
Secara kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa Generasi Y begitu berbeza daripada
generasi sebelumnya dari pelbagai aspek termasuklah untuk masuk ke
dalam alam pekerjaan.
3. Will Generation Y
individuals have to make adjustments in their style, preferences, and interests
to be successful in their careers?
Generasi ini dikatakan cenderung tidak mempunyai
kesabaran, keinginan yang tinggi, serta cara berkomunikasi yang teruk sesama
mereka, namun harus diberi pujian kerana sikap mereka yang mempunyai semangat
yang tinggi dan luar biasa. Oleh itu, untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya
mereka, mereka perlu membuat perubahan dalam gaya hidup mereka, kesukaan serta
kecenderungan dalam diri mereka. Perubahan ini akan membantu mereka
menyesuaikan diri dengan individu dari generasi lain supaya tidak berlaku
pertembungan budaya ketika melakukan sesuatu tugasan.
Perubahan ini perlu
dimulakan dengan sikap individu generasi Y yang mempunyai pelbagai sikap
negatif. Sikap yang paling utama yang perlu diubah ialah dari segi kesetiaan.
Untuk membina kerjaya yang baik mereka perlu lebih setia kerana jika mereka
sering bertukar pekerjaan persepsi majikan terhadap mereka akan semakin menurun
walaupun mereka mempunyai banyak pengalaman. Majikan akan lebih cenderung untuk
memberi jawatan yang rendah kerana bimbang pekara yang sama akan berlaku jika
pekerja tersebut memegang jawatan penting dalam organisasi. Oleh itu, individu
generasi Y perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk
bertukar-tukar pekerjaan bagi membina kerjaya yang lebih stabil dan lebih baik
pada masa hadapan.
Sikap generasi Y yang
tidak boleh menerima arahan orang lain merupakan sikap yang perlu dibuang.
Ini kerana sikap ini akan menyebabkan mereka akan menerima akibat yang
negatif terhadap diri mereka sendiri. Semua perkara memerlukan
pandangan orang lain kerana tidak semua perkara yang kita rasa betul boleh
diterima oleh semua pihak. Contohnya sebagai pekerja bawahan kita perlu
menerima arahan daripada pihak atasan walaupun kita rasa arahan tersebut
merupakan sesuatu yng tidak penting tetapi berdasarkan kehendak perkhidmatan
kita perlu mengikut apa yang diarahkan.
Seterusnya, sikap manja
yang ada pada individu generasi Y juga perlu diubah untuk mencapai kejayaan
dalam kerjaya yang dikehendaki. Mereka
perlu menjadi individu yang lebih berdikari tanpa mengharapkan bantuan individu
lain termasuklah ibu bapa mereka. Mereka tidak boleh memandang ringan untuk
setiap perkara berkaitan pekerjaan. Sebagai contoh, sikap kurang berusaha untuk
melaksanakan sesuatu tugasan tidak seperti generasi X yang boleh mencari
penyelesaian untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Sikap generasi Y yang malas
untuk mencari penyelesaian dan mengharapkan orang lain perlu diubah supaya kerjaya
mereka boleh dibina melalui sikap berdikari ini.
Secara keseluruhannya
perubahan sikap adalah teras utama yang boleh dilakukan oleh individu generasi
y untuk memperoleh kerjaya yang lebih baik dalam kehidupan mereka.
No comments:
Post a Comment