Saturday, 24 May 2014

Apabila minyak habis...


Ceritanya begini,
Kalau kau sedang bawa kereta dan tiba-tiba bar meter minyak berkelip-kelip atau keluar lampu pam minyak atau jarum tunjuk takah E, tolong rileks. Dalam kejuruteraan automotif, E di sini bukanlah membawa maksud 'Empty', tetapi 'Enough-for-60km'.

Dalam erti kata lain, kereta kau boleh dipandu sejauh 60 kilometer dengan kelajuan di bawah 80kmj. Lagi perlahan dibawa lagi jauh kereta kau boleh pergi, dan kalau laju lagi sekejap minyak habis. Di sini, logik yang suruh kau bawa kereta perlahan bila meter minyak berkelip memang munasabah, bukan mitos.



Hukum 'Enough-for-60km' ini tertakluk kepada kereta standard kilang, bukan ubah suai taruk rim besar, enjin besar, spoiler besar, bamper besar atau segala mak nenek besar yang lain.

Amacam?

p/s : Jarum E tu tak bermaksud habis terus sebab dalam tangki minyak ada pelampung yang berfungsi macam pelampung dalam tangki flush tandas.

##C&P

No comments:

Post a Comment