Saturday, 24 May 2014
PROTON VS PERODUA VS RAKYAT MALAYSIA
Perodua tidak lama lagi akan melancarkan 1 lagi kereta compact bersaiz kecil yang diambil dari model Daihatsu Ayla. Namun, ini bukanlah kali pertama Perodua menggunakan strategi rebadge engineering dalam mengeluarkan model baru. Kereta pertama Perodua, iaitu Kancil dan juga Viva merupakan rebadge dari model Daihatsu Mira di Jepun, manakala Perodua MyVi pula merupakan rebadge dari Toyota Passo di Jepun. Kereta-kereta compact seperti ini sememangnya popular di Jepun kerana fuel consumptionnya yang elok dan maintenance yang rendah.
Hampir kesemua model kereta keluaran Perodua (Kelisa, Kenari, Rusa, Kembara dan lain2 lagi) merupakan rebadge dari kereta compact dan 'keisya' (kereta ringan) keluaran Daihatsu dan Toyota. Ini bukanlah perkara yang pelik kerana 25% dari saham Perodua dimiliki oleh Daihatsu Motor Groups yang beribu pejabat di Ikeda, Osaka Jepun.
Pada 11 Disember 2013, Proton memperkenalkan model Perdana Generasi Ke-2, yang merupakan rebadge engineering kepada model Honda Accord Generasi Ke-8. Sejurus selepas Proton memperkenalkan kereta ini, muncullah suara-suara sumbang yang seperti biasa akan menghentam Proton sepuas hati. Kadangkala hentaman itu lebih menjurus kepada politik dan sudah tentu kerajaan yang akan dipersalahkan. Formula wajib bagi segelintir rakyat Malaysia.
Kita perlu sedar bahawa dengan rebadge ini bermakna, rakyat Malaysia boleh mendapat kereta yang direka dengan teknologi Jepun, dengan specifications yang tidak jauh beza, dengan harga yang jauh lebih murah tanpa dikenakan cukai eksais, import dan sebagainya. Di samping itu, kita memperoleh 'blueprint', lukisan kejuruteraan lengkap, segala senarai materials dan bahan serta berbagai-bagai lagi teknologi dari pembuat kereta Jepun yang sememangnya diakui kualitinya oleh seluruh dunia.
Sekiranya kita dapat belajar dari teknologi yang diberikan ini, saya percaya Proton dan Perodua akan pergi lebih jauh. Proses untuk membuat sebuah model kereta bukanlah mudah. Dari lukisan asas, penentuan spesifikasi enjin, rekaan acuan untuk interior dan exterior parts kereta, rekaan keseluruhan kereta, production, assembly dan berbagai2 lagi proses itu cukup rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
Proton sudah membuktikan yang anak Malaysia juga mampu menghasilkan kereta sendiri from scratch. Saya akui memang benar banyak kelemahan Proton, namun sekiranya saudara ketahui betapa rumitnya proses pembuatan kereta, saudara akan berasa sedikit bangga kerana bangsa Malaysia khususnya Melayu yang sebelum ni dilabel sebagai 'bangsa yang buat jarum pun tak reti' mampu membina banyak model kereta sendiri.
Proton dibina bukanlah semata-mata untuk menghasilkan kereta sahaja. Proton diperkenalkan oleh Tun Mahathir untuk membina industri pembuatan itu sendiri. Dengan lahirnya Proton, naiklah industri2 besi, kilang2 plastic molding, dan pelbagai lagi perusahaan yang menjadi vendor dan pembekal kepada Proton, yang menyediakan ratusan ribu pekerjaan untuk anak Malaysia. Sedarilah hakikat ini kerana sekiranya kamu sedap sangat menggasak dan memboikot keluaran Proton, mungkin keluarga atau kenalan kamu akan kehilangan mata pencarian sekiranya syarikat ini gulung tikar.
Kita perlu menyokong kedua-dua Proton dan Perodua, kerana kedua-dua syarikat ini lahir di Malaysia dan untung kedua-dua syarikat ini bermakna untunglah negara Malaysia, dari segi kutipan cukai dan juga branding jenama keluaran Malaysia itu. Tak perlu memberi cemuhan kepada kedua-dua syarikat ini kerana sekiranya syarikat ini rugi, kurang pulangan kepada negara secara tidak langsung, maka kuranglah dana yang diperoleh kerajaan dan oleh sebab itulah kamu semua kena bayar GST dan lain-lain. Fahamilah kaitan semua ini. Dan sudah tentu perkara yang sama juga diguna pakai dalam semua syarikat Malaysia yang lain (contoh : MAS dan AIR ASIA). Jika ingin membangunkan ekonomi Malaysia, sokonglah produk negara kita.
Jadilah rakyat dan pengguna yang bijak. Sekiranya penjagaan asas dan maintenance kereta dijaga dengan baik, jangka hayat kereta boleh dipanjangkan. Janganlah jaga kereta pun macam jaga lori balak, langsung tak diselenggara dan bila rosak, salahkan Proton, salahkan kerajaan. Sekiranya ada kritikan, salurkan dengan betul. Ada beza yang besar antara kritikan membina dengan kritikan yang menjatuhkan syarikat.
. Sebahagian daripada kamu mungkin tidak mahu melihat syarikat keluaran anak tempatan kita maju. Tapi tolong jangan halang orang lain daripada ingin membeli produk syarikat tersebut dan menyumbang kepada kemajuan negara
#CP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment