Falsafah dan pemikiran merupakan dua tugas penting yang dilaksanakan oleh aktiviti otak manusia. Falsafah berada pada tahap teratas dalam ilmu kemanusiaan yang utama sementara pemikiran tertakluk kepadanya. Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud 'cinta dan suka' manakala sophia pula bermaksud 'hikmah (wisdom)'. Gabungan dua perkataan ini, falsafah membawa maksud 'sukakan hikmah/cintakan hikmah'. Oleh itu philosophia ialah cintakan kebijaksanaan atau cintakan hikmah. Manakala ahli falsafah pula bermaksud 'orang yang menyintai hikmah'. Perkataan cinta melibatkan kesungguhan, kedalaman perasaan, sentuhan hati, jiwa dan raga. Ia juga melibatkan tindakan yang bersungguh terhadap objek yang dicintai. Perkataan hikmah pula membawa konotasi yang berhubung dengan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup dan keupayaan membezakan nilai.
Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang jelas.Dari makna etimologi diatas, terdapat dua perkara yang menarik perhatian. Pertama, kemungkinan menyintai sesuatu walaupun tidak memilikinya. Cinta yang cuba dihuraikan disini bermaksud keinginan atau ingin memiliki. Ia tidak menjadi syarat bahawa seseorang itu mesti memilikinya. Dengan kata lain, seorang ahli falsafah merupakan individu yang mengejar dan mencari hikmah (wisdom) walaupun tidak berjaya memilikinya. Kedua, hikmah digunakan dalam konteks aktiviti intelektual dalam apa jua bidang ilmu, pemahaman, pengamalan moral, percambahan sudut pandangan dan sikap yang membawa kebahagiaan. Maksudnya disini, hikmah itu merupakan suatu perkara yang membantu seseorang itu memahami ilmu dengan lebih mendalam sehingga ia benar-benar merasakan ketenangan.
Falsafah pula perkataan yang berasal dari terjemahan bahasa arab iaitu dari perkataan falasifah, falsafah dan failasuf. Dari sudut istilah pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini
dapat di lihat dari beberapa pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada dari kalangan failasuf Islam mahupun Barat. Selain dari itu, tidak terdapat makna yang sepakat dari kalangan ahli falsafah tentang makna falsafah itu sendiri, makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan waktu bagi para ahli falsafah.
Apa yang boleh saya simpulkan di sini, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting dan tidak semua manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal ini kerana, ia memerlukan satu persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini boleh dikatakan sebagai satu bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di dunia ini. Ia meliputi segala ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini. Sejarah dan falsafah merupakan dua perkara yang sukar dan payah untuk di ungkapkan dengan makna kata yang sebenar. Hal ini kerana, falsafah dan sejarah mempunyai bidang dan perbahasan yang tersendiri dan rumit untuk di huraikan. Hanya insan yang mempunyai minat dan tahap pemikiran yang tertentu sahaja mampu untuk menghuraikannya dengan mudah dan memahaminya dengan baik.
untuk memahami falsafah, maka sejarah harus dipelajari juga. Hal ini kerana, dengan memahami sejarah, seseorang itu akan dapat memahami apa, bagaimana, bila, siapa, mengapa dan sebagainya sesuatu pemikiran falsafah itu boleh lahir dan muncul dalam peradaban pemikiran manusia. Dengan sejarah juga, manusia boleh mengetahuai asal-usul sesuatu pemikiran falsafah itu muncul. Perbahasan dalam falsafah sejarah ini selalunya berkait rapat dengan persoalan sejarah itu sendiri. Ini kerana, perbahasan yang dibincangkan oleh sejarah, termasuk dalam perbahasan falsafah sejarah juga juga. Dengan kata lain, falsafah sejarah ini cuba membahaskan intipati atau tujuan sejarah itu sendiri. Ianya bertujuan unutk menyimpulkan atau menyebut sesuatu yang berguna daripada sejarah. Maksudnya untuk mendapatkan dan mencari sesuatu yang bermakna daripada sejarah. Lantaran itu, falsafah sejarah bolehlah dikatakan sebagai suatu percubaan sejarawan untuk memahami dan menerangkan apakah sejarah itu.
Pada awalnya, falsafah sejarah merupakan falsafah kehidupan itu sendiri. Kata mudahnya, para sejarawan cuba membentuk satu kesimpulan tentang kehidupan iaitu untuk melihat dan mengetahui bagaimanakah sejarah itu, yang menggambarkan perjalanan kehidupan, dapat disimpulkan atau 'dibentuk' sehingga ia menjadi natijah-natijah yang boleh dijadikan pengajaran, panduan dan iktibar. Kemudian ia berkembang lebih luas lagi. Ia melihat falsafah sejarah dari sesuatu peradaban dan juga perkembangan peradaban tersebut. Setiap beradaban itu mempunyai natijah-natijahnya yang tersendiri berdasarkan kepada falsafah kehidupan masyarakatnya. Pada peringkat ini, ia menampakkan perkembangan dan juga perluasan skop falsafah sejarah itu sendiri, akan tetapi, ia juga menimbulkan perbagai kerumitan dan persoalan yang sukar dijawab.
Oleh yang demikian, falsafah sejarah pada zaman silam kerap dianggap sebagai satu bentuk spekulasi terhadap sejarah. Maksudnya, spekulasi itulah yang menjadi dasar dalam menghuraikan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku dalam sejarah. Kemudian, ia berkembang sebagai jawapan kepada persoalan apakah sejarah itu sendiri.
No comments:
Post a Comment