Friday, 25 November 2011

Konflik perkauman mudah berlaku dalam masyarakat plura(majmuk) di malaysia seperti dalam Peristiwa 13 mei 1969, Peristiwa Kampung Medan (2001)dan sebagainya. Bincangkan punca dan kesan konflik-konflik tersebut dan bagaimana kita boleh mengelak daripada berlaku rusuhan etnik pada masa hadapan?



Seindah bicara..
Bismillahirahmanirrahim….
Assalamualaikum.wbt…..
Segala puji bagi Allah,tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,tuhan yang maha pemurah, lagi maha pengasih. Tuhan yang menguasai hari pembalasan. KepadaMu lah sahaja kami menyembah dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-prang yang engkau murkai,dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan berkumpulan yang di amanahkan kepada kami. Tugasan yang diberikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Ismail iaitu pensyarah matapelajaran Hubungan Etnik SADN1043. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat,rakan-rakan yang banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek kami “Hubungan Etnik SADN1043” kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Jasa beliau akan kami kenang hingga ke akhir hayat.
Sekian dari kami…
Anak cina menimbang madat,
Dari makasar langsung ke deli,
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak berjual  beli.

 Pengenalan.

Malaysia negara yang mempunyai pelbagai etnik atau masyarakat majmuk.Wujud hasil sejarah beratus-ratus tahun dahulu. Berdepan dengan persoalan hubungan etnik dan cabarannya.Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlaku ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya,persoalan sejarah melampau ataupun latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembawaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, dan etnik. Persoalan hubungan etnik perpaduan dan intergrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian etnik. Namun krisis yang berlaku pada tahun 1969(peristiwa 13 mei) mencerminkan rakyat malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat negara ini dalam mewujudkan perlembagaan sebagai  undang-undang tertinggi negara.

Punca-Punca Berlakunya Rusuhan Etnik.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

       Disebabkan oleh dasar  “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum. contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan  kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja  sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

            British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu padu, British menyedari bahawa sekiranya tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi mereka akan terjejas. Masyarakat  melayu  terdiri  dari  petani  dan  nelayan  di  kampung, masyarakat  cina  pula  telah  mewarisi  perniagaan  secara  turun  temurun dan  tinggal  di  bandar  manakala  masyarakat  india  bekerja  sebagai penoreh getah  dan  tinggal  di  estet. Dasar  ini  telah  berjaya  direalisasikan  bagi mewujudkan  kelompok-kelompok  etnik  yang  berdasarkan  kegiatan ekonomi  yang  tinggal  dalam  kelompok  masing-masing.  Kesannya, interaksi  antara  kaum  hanya  terbatas  di  pasar  sahaja.  Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

         Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau komunikasi antara kaum di Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu. Bagi penjajah British keadaan seperti ini juga sudah memadai bagi mengukuhkan kedudukan serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.

            Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.

Latar belakang pendidikan yang berbeza

            Semasa dasar penjajahan British, Tanah Melayu tidak mempunyai sistem pendidikan yang jelas, penjajah British tidak mengambil peduli tentang dasar pendidikan yang lahir di Tanah Melayu, mereka hanya mengambil berat dan memajukan sekolah aliran Inggeris dengan pelbagai kemudahan prasarana yang serba sempurna. Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada sifat perkauman diantara ketiga-tiga etnik ini semakin menebal. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara kaum. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, sukatan pelajaran serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar dan sebilangan orang melayu yang terdiri daripada pembesar atau kerabat diraja.

             Ketiadaan sistem pendidikan yang seragam ini menyukarkan semangat perpaduan sukar dicapai. Pelajar langsung tidak berpeluang untuk bergaul dengan pelajar atau etnik lain ini menyulitkan pembentukan persefahaman antara etnik. Disebabkan sukatan pelajaran kaum cina dan india berasal dari negara asal maka pemikiran anak-anak muda mereka berpaksikan kepada cara atau gaya hidup tempat asal leluhur meraka. Melalui pendidikan ini juga pengaruh daripada kehidupan dan adat resam serta merasakan kaum mereka lebih cemerlang wujud, sistem pendidikan yang tidak seragam juga boleh mewujudkan perasaan prasangka dan streotaip antara kaum. Keadaan ini menyebabkan sesetengah masyarakat dalam kaum yang berbeza ini memandang rendah terhadap kaum lain.

          Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan



Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

            PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah .     Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

             Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.


Perbezaan agama dan budaya

        Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha,  Lao-Tza,  Taoisme,  Conficius  manakala  kaum  india  beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga  mempunyai  kebudayaan  yang  tersendiri.  Masalah  perpaduan  ini bukannya  bermula  disebabkan  agama  lain  tetapi  akibat  dari  sikap  jahil terhadap  agama-agama  lain  hingga  banyak  perkara  yang  dilakukan secara  tidak  sengaja  telah  menyinggung  emosi  penganut  agama  lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

Masalah Ekonomi

       Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara  kaum  dan  menimbulkan  rasa  tidak  puas  hati  dan  persaingan ekonomi  secara  tidak  sihat.  Ketidakseimbangan  ini  menyebabkan  setiap kaum  saling  mencemburui  satu  sama  lain.  Orang  melayu  mencemburui kemewahan  dan  kejayaan  orang  cina  manakala  orang  cina dan  india mencemburui  kelebihan  orang  melayu  yang  mendapat  peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.


Persatuan-persatuan etnik

         Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan  politik,  sosial  dan  ekonomi  yang  memperjuangkan  kaum masing-masing  tanpa  menghiraukan  kaum-kaum  yang  lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.


Kesan peristiwa 13 Mei 1969 dalam aspek ekonomi

Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.

Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971-1990. Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971 1990Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Membasmi KemiskinanSesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan . Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak mengancam kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa. Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat. Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semula kepada 54.6 peratus (1983).

Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi telah turun daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada 54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan kos pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan racun menyebabkan peratusnya meningkat semula.





Kesan-kesan Tercetusnya Rusuhan Etnik.
Kesan Sosial
Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.
Kesan Ekonomi
Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum , kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.   
Kesan kepada Integriti dan Imej Negara
Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik Negara dimana ia akan jelas menunjukkan Negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.









Peristiwa Kampung Medan 2001
Berlaku pergaduhan setempat antara orang-orang Melayu dengan orang-orang India di Kampung Medan yang tercetus pada 8 Mac 2001 berlarutan sehingga 12 Mac 2001. Terdapat beberapa faktor utama yang mencetuskan tragedi di Kampung Medan iaitu:
1)       Masalah sosio-ekonomi seperti perumahan, kekurangan kemudahan awam masyarakat miskin bandar (Melayu dan India) yang dipinggirkan daripada projek-projek pembangunan. Keadaan ini mewujudkan kesan psikologi yang tinggi.
2)      Isu-isu yang berkaitan dengan polarisasi perkauman di kawasan tersebut yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak berwajib.
3)      Perbuatan anasir luar yang ingin menganggu ketenteraman di kawasan tersebut dan mewujudkan ketidakstabilan politik.
4)      Masyarakat Melayu di kawasan tersebut telah hilang sabar terhadap sikap anti sosial sekumpulan remaja India dan mereka ingin memberi suatu pengajaran.
5)      Pengaruh parti politik yang sengaja memperbesarkan perkara-perkara kecil.
6)       Ketidakmampuan Kerajaan Negeri dan Tempatan untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan infrastruktur dalam masa yang singkat.






CARA-CARA MENGATASI
Persepakatan diantara Kaum
Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan melebihi 28.25 juta penduduk .Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera Melayu meliputi 50.4%, Cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah kaum-kaum bumiputera bukan Melayu dan lain-lain. Sejak mengecapi kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana negara menyaksikan rusuhan kaum yang dahsyat sehingga negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan diantara kaum bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali” .Perpaduan antara semakin menyerlah dari semasa ke semasa sejak dari peristiwa berdarah tersebut sehingga kini.





1.Bahasa dan Cara Berkomunikasi
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan ataupun bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu, bahasa rasmi tersebut berperanan sebagai satu pipe saluran yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan lancar. Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain. Tanpa disedari, amalan yang sedang dilakukan ini sedang menuju ke arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat membimbangkan. Realiti yang melanda Yugoslavia hendaklah dijadikan sebesar-besar pengajaran. (Yugoslavia adalah negara dimana terdapat pelbagai kumpulan etnik yang saling membenci antara satu sama lain.) Jika kita kurang teliti dan jika kita tidak berhati-hati, berkemungkinan warga kita akan berpecah-belah dan mewujudkan fahaman agama yang ekstrim.
2.Saranan dan pengaruh daripada ibubapa
Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di Malaysia, maka mereka akan memberi fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa yang lain di Malaysia. Hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dicapai.
3.Program dan polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan
Setiap warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir program dan polisi nasional yang dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana dan bertanggungjawab. Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia sejati, berpegang kepada prinsip menjunjung langit di tempat bumi dipijak. Program pendidikan sebagai contohnya yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin masa hadapan warga muda dan warga muka dan tidak harus sama sekali dipolitikkan, program pendidikan dan polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak dan memporak-perandakan negara.

CARA MENGATASI 1
          Perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan melalui perancangan beberapa program yang mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri.  Program yang dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan perpaduan.  Program seperti “Program 1 Malaysia”, program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm yang lain perlu diperbanyakkan.  Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara.  Program-program seperti ini diperlukan kerana, ini dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan menghormati adat-resam kaum lain.  Hal ini akan menjalinkan hubungan yang erat antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.  Semangat patriotisme yang akan dipupuk ini perlu dimulakan dari kecil lagi bah kata pepatah melayu, “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”.  Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik.  Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain.  Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh memecahbelahkan kesepakatan.  Ia perlu diberi perhatian kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk bermain dengan api sentimen perkauman dan agama.  Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa.  Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam mahupun luar.  Justeru itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum supaya mengelak sikap mementingkan diri.

CARA MENGATASI 2
Untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi ini, pertama sekali sebagai bangsa Malaysia, bahasa dan cara berkomunikasi kita seharusnya menguasai dengan baik agar jurang antara kaum tidak akan berlaku disebabkan oleh ketidaksefahaman dan prasangka. Seterusnya saranan dan pengaruh daripada ibu bapa amat penting terhadap anak-anak mereka. Hal ini kerana anak-anak tersebut merupakan pemimpin hari esok dan perpaduan antara satu sama lain amat diperlukan agar negara menjadi maju dan kuat. Di samping itu, program dan polisi perpaduan kaum tidak harus sama sekali dipolitikkan kerana perbuatan tersebut adalah paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak yang bersih dan tidak berdosa. Sebagai contoh, program 1Malaysia dimana adalah tuntutan sama dan peluang yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia. Untuk konsep tersebut berjaya, kami rasa kerajaan harus berhenti dengan bangsa politik kerana ini benar-benar melelahkan. Kami membesar dan mengikuti dengan borang aplikasi meminta kami untuk menanda bangsa kami. Kita seharusnya berhenti memberi tanggapan negatif terhadap bangsa lain dan berhenti berfikir tentang ‘kaum kami’, ‘etnik kami’ tetapi sebaliknya kita harus tumpukan bahawa kita tiada kaum melayu, tiada kaum cina, tiada kaum india kerana kita cuma terdapat bangsa Malaysia, bangsa Malaysia yang mempunyai kebebasan memilih agama dan kepercayaan yang sesuai dan disukainya. Untuk merdeka yang akan menjelang ini, kami berharap sebagai seorang Malaysian, kita dapat lebih memiliki hak bersuara, dapat dihormati dan dapat didengar. Kami berharap bahawa kerajaan benar-benar melaksanakan dan menjalankan demokrasi berparlimen dan saya berharap masyarakat Malaysia tidak lagi takut dan berasa mendiskriminasi terhadap satu sama lain, kerana kita  adalah satu dan kita adalah  sama  sah dari sisi undang undang.













PENUTUP
Sebagai penutup, topik yang dibincangkan iaitu “Malaysia: Persepakatan diantara kaum”, kita dapat lihat dimana banyak masalah akan timbul ekoran tidak wujudnya persepakatan padu di antara kaum. Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun lalu, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan 2001 haruslah diambil sebagai pengajaran dalam mewujudkan persepakatan diantara kaum. Semua masyarakat haruslah berganding bahu dalam membantu mewujudkan Negara yang harmoni. “Malaysia truly Asia”
            Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan       kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelelsaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik.







Sumber.
1.      http://c4-bmpengurusan.blogspot.com/
2.      http:wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhan-malaysia/konflik-etnik-dan-ras/
3.      http://www.slideshare.net/jass388/peristiwa-13-mei
4.      http://www.angelfire.com/on2/ulchelah/MASALAH13MEI.html
5.      http://www.scribd.com/doc/21216903/Pengajian-Malaysia
6.      http://yazidothman.com/content/view/87/12/
7.      http://www.scribd.com/doc/36207764/Hubungan-Etnik-Integrasi-Dan-Menangani-Cabaran.
8.      http://seratah.blogspot.com/2010/05/sejarah-hitam-negara-peristiwa-13-mei.html
9.      http://news.faisunan.com/search/karangan-langkah-mengatasi-rusuhan-kaum/
10.  Buku teks: “Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia:” Nafisah Kamariah bt. Hj. Ismail, Mohamad Khadafi b. Hj. Rofie, Nor Hanani bt. Ismail & Ghafirah b.t Idris.






2 comments: