Wednesday, 30 November 2011

george Wilhelm Friedrich Hegel



 Pendahuluan

Falsafah dan pemikiran merupakan dua tugas penting yang dilaksanakan oleh aktiviti otak manusia. Falsafah berada pada tahap teratas dalam ilmu kemanusiaan yang utama sementara pemikiran tertakluk kepadanya. Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud 'cinta dan suka' manakala sophia pula bermaksud 'hikmah  (wisdom)'. Gabungan dua perkataan ini, falsafah membawa maksud 'sukakan hikmah/cintakan hikmah'. Oleh itu philosophia ialah cintakan kebijaksanaan atau cintakan hikmah.  Manakala ahli falsafah pula bermaksud 'orang yang menyintai hikmah'.  Perkataan cinta melibatkan kesungguhan, kedalaman perasaan, sentuhan hati, jiwa dan raga. Ia juga melibatkan tindakan yang bersungguh terhadap objek yang dicintai. Perkataan hikmah pula membawa konotasi yang berhubung dengan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup dan keupayaan membezakan nilai.
 Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang jelas.Dari makna etimologi diatas, terdapat dua perkara yang menarik perhatian. Pertama, kemungkinan menyintai sesuatu walaupun tidak memilikinya. Cinta yang cuba dihuraikan disini bermaksud keinginan atau ingin memiliki. Ia tidak menjadi syarat bahawa seseorang itu mesti memilikinya. Dengan kata lain, seorang ahli falsafah merupakan individu yang mengejar dan mencari hikmah (wisdom) walaupun tidak berjaya memilikinya. Kedua, hikmah digunakan dalam konteks aktiviti intelektual dalam apa jua bidang ilmu, pemahaman, pengamalan moral, percambahan sudut pandangan dan sikap yang membawa kebahagiaan. Maksudnya disini, hikmah itu merupakan suatu perkara yang membantu seseorang itu memahami ilmu dengan lebih mendalam sehingga ia benar-benar merasakan ketenangan.
Falsafah pula perkataan yang berasal dari terjemahan bahasa arab iaitu dari perkataan falasifah, falsafah dan failasuf. Dari sudut istilah pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini
dapat di lihat dari beberapa pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada dari kalangan failasuf Islam mahupun Barat. Selain dari itu, tidak terdapat makna yang sepakat dari kalangan ahli falsafah tentang makna falsafah itu sendiri, makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan waktu bagi para ahli falsafah.
Apa yang boleh saya simpulkan di sini, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting dan tidak semua manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal ini kerana, ia memerlukan satu persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini boleh dikatakan sebagai satu bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di dunia ini. Ia meliputi segala ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini. Sejarah dan falsafah merupakan dua perkara yang sukar dan payah untuk di ungkapkan dengan makna kata yang sebenar. Hal ini kerana, falsafah mempunyai bidang dan perbahasan yang tersendiri dan rumit untuk di huraikan. Hanya insan yang mempunyai minat dan tahap pemikiran yang tertentu sahaja mampu untuk menghuraikannya dengan mudah dan memahaminya dengan baik.
Dalam kita membincangkan maksud atau difinisi falsafah seperti diatas, pada abad ke 18 seorang tokoh falsafah yang cukup hebat  telah wujud iaitu George Wilhelm Friedrich Hegel. Beliau merupakan seorang tokoh esensialisme iaitu satu aliran yang menekankan kearah pendidikan. Menurut beliau juga, pendidikan seharusnya berpijak pada landasan atau nilai-nilai yang  betul dan mempunyai tujuan yang pasti.

Riwayat hidup  george Wilhelm Friedrich Hegel
George Wilhelm Friedrich Hegel merupakan ahli falsafah jerman, dilahirkan pada 27 Ogos 1770 di Stuttgart. Hagel meninggal dunia pada 14 November 1831 ketika umur 61 tahun.  Bapanya merupakan seorang pegawai hasil dengan perkhidmatan awam. Ibu Hegel, Maria Magdalena Louisa,merupakan anak perempuan kepada seorang peguam di Mahkamah Tinggi Hakim di Wurttemberg. Dia meninggal dunia disebabkan demam yang berkaitan dengan hempedu (Gallenfieber) ketika Hegel berumur sebelas tahun. Hagel juga menerima  asuhan Protestan semejak kecil lagi. Hegel juga mempunyai seorang kakak, Christiane Luise dan hubungan mereka berdua sangat rapat hingga akhir hayatnya.
Ketika berusia tiga tahun, Hegel mula belajar di Sekolah Jerman di Stuttgart dan pada usia lima tahun, beliau  berpindah ke Sekolah Latin, namun sebelum beliau bersekolah, beliau sudah memahami deklinasi dalam Bahasa Jerman, kerana telah diajarkan dengan baik oleh ibunya. Pada usia 8 tahun, beliau tahu  membaca tulisan latin dan dapat menerjemahkannya ke bahasa Jerman. Ketika belajar di Gymnasium Illustre pada tahun 1776, Hegel sangat berminat  membaca karya dari Klopstock, serta penulisan-penulisan pada zaman Aufklärung, seperti Christian Garve dan Gotthold Ephraim Lessing. Beliau merupakan seorang siswa yang rajin dan suka bekerja keras.
Pada usia 18 tahun, Hegel masuk Tübinger Stift, iaitu sekolah tinggi teologi di bawah naungan Universiti Tübingen. Di sinilah ia bertemu dengan sahabatnya, iaitu Friedrich Hölderlin dan Friedrich Wilhelm Joseph Schelling. Selepas  dua tahun, Hegel  lulus dari sekolah ini dan mendapat prestasi yang tinggi di bidang filsafat, sehingga pada ijazahnya tertulis: "Philosophiae multam operam impendit”. Setelah mendapat pengiktirafan  dalam bidang teologi dari Tübinger Stift, Hegel menjadi pengajar persendirian untuk anak-anak bangsawan di Bern.
Tahun 1797, Hegel mendapat tawaran dari Hölderlin untuk mengajar di Frankfurt. Di sini, ia tertarik untuk mendalami ekonomi dan sistem negara, disebabkan itu beliau banyak membaca surat kabar, serta membuat catatan dari informasi tentang apa yang dibacanya. Hal ini juga yang menyebabkan Hegel tertarik untuk menulis esai mengenai situasi politik di tempat kelahirannya, iaitu Württemberg. Dalam esainya ini, Hegel menginginkan sebuah perubahan yang radikal seperti Revolusi Perancis, kerana Jerman bukan lagi sebuah negara feudal. Tahun 1801, sebagai sahabat Hegel dan juga sebagai guru besar Universiti Jena, Schelling mendorong Hegel untuk pindah ke sana.Tidak lama kemudian, Hegel dengan serta-merta menjadi pensyarah Privatdozent atau kehormat selepas membuat kajian tentang orbit planet (berjudul De orbitis planetarum).


Tahun 1816, Hegel mendapatkan tawaran mengajar di Universiti Erlangen, Berlin, serta Heidelberg dan ia memilih untuk mengajar di Heidelberg. Pada tahun 1817, beliau menerbitkan bukunya yang berjudul Enzyklopädie der philosophischen Wissenschaften yang merupakan kumpulan dari bahan ajar filsafatnya selama di Heidelberg. Tahun 1818, ia mendapat tawaran lagi dari Universiti Berlin dan pada tahun 1830, ia menjadi presiden di universiti tersebut, ketika  beliau berusia 60 tahun. Namun, setahun setelah itu, ia pindah ke Kreuzberg karena di Berlin ada menghidap epidemi penyakit kolera.Ia kemudian meninggal di Kreuzberg akibat infeksi saluran cerna. Dengan kepergiannya itu, maka sudah berakhir juga puncak spekulasi filosofis dalam sejarah filsafat barat.

Tokoh Esensialisme
Georg Wilhelm Friedrich Hegel (1770 – 1831).  Friedrich Hegel mengemukakan adanya sintesis antara ilmu pengetahuan dan agama menjadi suatu pemahaman yang menggunakan landasan spiritual. Sebuah penerapan yang dapat dijadikan contoh mengenai sintesis ini adalah pada teori sejarah. Hegel mengatakan bahawa setiap tingkat kelanjutan, yang dikuasai oleh hukum-hukum yang sejenis. Hegel mengemukakan pula bahawa sejarah adalah manifestasi dari berfikirnya Tuhan. Tuhan berfikir dan mengadakan ungkapan mengenai pengaturan yang dinamik mengenai dunia dan semuanya nyata dalam erti spiritual.
Pengenaalan kepada esensialisme
Esensialisme adalah pendidikan yang di dasarkan kepada nilai-nilai kebudayaan yang telah ada sejak awal peradaban umat manusia. Esensialisme muncul pada zaman Renaissance dengan ciri-ciri utama yang berbeza dengan progresivisme. Perbezaannya yang utama ialah dalam memberikan dasar berpijak pada pendidikan yang penuh fleksibiliti, di mana serta terbuka untuk perubahan, toleransi dan tidak berkaitan dengan doktrin tertentu. Esensialisme memandang bahawa pendidikan harus berpijak pada nilai-nilai yang jelas dan tahan lama yang memberikan kestabilan dan nilai-nilai terpilih yang mempunyai tujuan yang pasti. Idealisme dan realisme adalah aliran falsafah yang membentuk corak esensialisme. Dua aliran ini bertemu sebagai pendukung esensialisme, akan tetapi tidak lebur menjadi satu dan tidak melepaskan sifatnya yang utama pada dirinya masing-masing.
 Dengan demikian Renaissance adalah pangkal sejarah timbulnya konsep-konsep pemikir yang disebut esensialisme. Esensialisme adalah konsep meletakkan sebahagian ciri alam fikiran modern. Esensialisme pertama muncul dan merupakan reaksi terhadap simbolisme mutlak dan dogmatik abad pertengahan. Dengan itu, disusun konsep yang sistematis dan menyeluruh mengenai manusia dan alam semesta, yang memenuhi tuntutan zaman.
Realisme moden, yang menjadi salah satu eksponen essensialisme, titik berat tinjauannya adalah mengenai alam dan dunia fizikal, sedangkan idealisme moden sebagai eksponen yang lain, pandangan-pandangannya bersifat spiritual.
Kualiti dari pengalaman terletak pada dunia fizik. Dan disana terdapat sesuatu yang menghasilkan deria rasa dan persepsi-persepsi yang tidak semata-mata bersifat mental. Dengan demikian  jiwa dapat diumpamakan sebagai cermin yang menerima gambaran-gambaran yang berasal dari dunia fizik, maka anggapan mengenai adanya kenyataan itu tidak dapat hanya sebagai hasil tinjauan yang menyebelah, bererti bukan hanya dari subjek atau objek semata-mata, melainkan pertemuan keduanya. Idealisme moden mempunyai pandangan bahawa realiti adalah sama dengan bahan gagasan-gagasan (idea-idea). Disebalik dunia fenomenal ini, ada jiwa yang tidak terbatas iaitu Tuhan, yang merupakan pencipta adanya alam semesta.
 Manusia sebagai makhluk yang berfikir berada dalam lingkungan kekuasaan Tuhan. Menurut pandangan ini bahawa idealisme moden merupakan suatu idea-idea atau gagasan-gagasan manusia sebagai makhluk yang berfikir, dan semua idea yang dihasilkan diuji dengan sumber yang ada pada Tuhan yang menciptakan segala yang ada di bumi dan dilangit, serta segala isinya. Dengan menguji dan menyelidiki semua idea serta gagasannya maka manusia akan mencapai suatu kebenaran yang berdasarkan kepada sumber yang ada pada Allah SWT.
Tempat Asal Aliran Esensialisme Dikembangkan
Esensialisme adalah pendidikan yang di dasarkan kepada nilai-nilai kebudayaan yang telah ada sejak awal peradaban umat manusia. Esensialisme muncul pada zaman Renaissance dengan ciri-ciri utama yang berbeza dengan progresivisme. Perbezaannya yang utama ialah dalam memberikan dasar berpijak pada pendidikan yang penuh fleksibiliti, di mana serta terbuka untuk perubahan, toleransi dan tidak berkaitan dengan doktrin tertentu. Esensialisme memandang bahawa pendidikan harus berpijak pada nilai-nilai yang memiliki penjelasan dan tahan lama yang memberikan kestabilan dan nilai-nilai terpilih yang mempunyai sistem yang jelas. Idealisme dan realisme adalah aliran falsafah yang membentuk corak esensialisme.
Dua aliran ini bertemu sebagai pendukung esensialisme, akan tetapi tidak lebur menjadi satu dan tidak melepaskan sifatnya yang utama pada dirinya masing-masing. Dengan demikian Renaissance adalah permulaan sejarah timbulnya konsep-konsep berfikir yang disebut esensialisme.  Pada zaman itu, esensialisme adalah konsep meletakkan sebagian ciri alam berfikir secara moden. Esensialisme pertama muncul dan merupakan reaksi terhadap simbolisme mutlak dan dogmatik abad pertengahan. Oleh itu penyusunan konsep yang sistematik dan menyeluruh  mengenai manusia dan alam semesta, yang memenuhi tuntutan zaman.
Pandangan Esensialisme dan Penerapannya di Bidang Pendidikan.
 Pandangan Essensialisme mengenai belajar sebagai falsafah hidup iaitu dimulakan dengan tinjauannya mengenai peribadi individu dengan menitik beratkan pada diri sendiri. Menurut idealisme, bila seorang itu belajar pada taraf permulaan adalah untuk memahami diri sendiri, terus bergerak keluar untuk memahami dunia objektif. Dari mikrokosmos menuju ke makrokosmos.
Pandangan Immanuel Kant, bahawa segala pengetahuan yang dicapai oleh manusia melalui indera memerlukan unsur prasangka, yang tidak didahului oleh pengalaman terlebih dahulu. Bila seseorang berhadapan dengan benda-benda, tidak bererti bahawa mereka itu sudah mempunyai bentuk, ruang dan ikatan waktu. Bentuk, ruang dan waktu sudah ada pada fikiran manusia sebelum ada pengalaman atau pengamatan. Jadi, prasangka yang terarah bukanlah fikiran kepada benda, tetapi benda-benda itu yang terarah kepada berfikir. Fikiran  membentuk, mengatur dalam ruang dan waktu. Dengan mengambil landasan berfikir tersebut, belajar dapat didefinisikan sebagai jiwa yang berkembang pada sendirinya sebagai bahan spiritual.
Jiwa membina dan menciptakan diri sendiri. Seorang ahli falsafah dan ahli sosiologi yang bernama Roose L. Finney menerangkan tentang hakikat sosial dari hidup mental. Dikatakan bahawa mental adalah keadaan rohani yang pasif, yang bermaksud manusia pada umumnya menerima apa saja yang telah diatur oleh alam, melalui itu manusia mula berfikir. Jadi belajar adalah menerima dan mengenal secara sungguh-sungguh nilai  baru yang timbul untuk ditambah dan dikurangi dan di teruskan kepada apa yang berikutnya. Dengan demikian pandangan-pandangan realisme mencerminkan adanya dua jenis penentuan iaitu penentuan mutlak dan penentuan terbatas.
1. Penentuan mutlak, menunjukkan bahawa belajar adalah mengalami hal-hal yang tidak dapat dihalang untuk bersama-sama membentuk dunia ini. Pengenalan ini perlu diikuti oleh penyesuaian supaya dapat tercipta suasana hidup yang harmoni.
2. Penentuan terbatas, memberikan gambaran kurangnya sifat pasif mengenai belajar. Meskipun pengenalan terhadap hal-hal yang kausatif (penyebab) di dunia ini bererti tidak mungkin adanya penguasaan terhadap mereka, namun kemampuan akan menyelia apa yang diperlukan.
Pandangan Essensialisme Mengenai Kurikulum
 Beberapa tokoh idealisme memandang bahawa kurikulum itu hendaklah berpangkal pada landasan hak-hak yang sesuai dan organisasi yang kuat. Herman Harrel Horne dalam bukunya mengatakan bahawa hendaknya kurikulum itu bersendikan alas fundamen tunggal, iaitu watak manusia yang ideal dan ciri-ciri masyarakat yang ideal. Kegiatan dalam pendidikan perlu disesuaikan dan ditujukan kepada nilai yang baik. Atas ketentuan ini kegiatan atau keaktifan pelajar tidak dibelenggu, asalkan sejalan dengan fundamentalisme (pengasas) yang telah ditentukan. Bogoslousky, mengutarakan di samping menegaskan supaya kurikulum dapat terhindar dari adanya pemisahan mata pelajaran yang satu dengan yang lain, kurikulum dapat diumpamakan sebagai sebuah rumah yang mempunyai empat bagian:
1. Menyeluruh : Pengetahuan merupakan latar belakang adanya kekuatan segala manifestasi hidup manusia. Di antaranya adalah adanya kekuatan-kekuatan alam, asal usul sistem suria dan lain-Iainnya.  Asas  pengetahuan ini adalah ilmu pengetahuan sifat alam yang luas.
2. Ketamadunan: Karya yang dihasilkan manusia sebagai akibat hidup masyarakat. Dengan tamadun manusia mampu mengadakan pengawasan tcrhadap lingkungannya, mengejar keperluan, dan hidup aman dan sejahtera .
3. Kebudayaan: Kebudayaan memaparkan karya manusia yang berkaitan di antaranya filsafat, kesenian, kesusasteraan, agama, penafsiran dan penilaian mengenai lingkungan.
4. Kepribadian: Bahagian yang bertujuan pembentukan kepribadian dalam erti nyata yang tidak bertentangan dengan kepribadian yang ideal. Dalam kurikulum hendaklah diusahakan agar faktor-faktor fizikal, fisiologi, emosional dan intelektual sebagai keseluruhan, dapat berkembang harmoni dan organik, sesuai dengan sifat  kemanusiaan.
Sedangkan Demihkevich menghendaki agar kurikulum bersifat moraliti yang tinggi . Realisme mengumpamakan kurikulum sebagai alur yang disusun dengan teratur satu sama lain iaitu disusun dari paling sederhana sampai kepada yang paling kompleks. Susunan ini dapat di ibarat sebagai susunan dari alam, yang sederhana merupakan fundamentalisme atau dasar dari susunannya yang paling kompleks. Jadi bila kurikulum disusun atas dasar pemikiran yang demikian akan bersifat harmoni.
1. Pandangan secara Ontologi
Sifat yang menonjol dari ontologi esensialisme adalah suatu konsep bahawa dunia ini dikuasai oleh sistem yang tidak ada cacat celanya.  Pendapat ini bererti bahawa bagaimana bentuk, sifat, kehendak dan cita-cita manusia haruslah disesuaikan dengan sistem alam yang ada. Tujuan umum aliran esensialisme adalah membentuk peribadi bahagia di dunia dan akhirat. Isi pendidikannya mencakupi ilmu pengetahuan, kesenian dan segala hal yang mampu menggerakkan kehendak manusia. Kurikulum sekolah bagi esenisalisme boleh dijadikan sebagai ukuran kenyataan, kebenaran dan keagungan. Dengan itu sejarah perkembangannya, kurikulum esensialisme menerapkan pelbagai pola idealisme, realisme dan sebagainya.
Huraian mengenai realisme dan idealisme ialah:
1. Realisme yang mendukung esensialisme yang disebut realisme objektif kerana mempunyai pandangan yang sistematik mengenai alam serta tcmpat manusia di dalamnya. Ilmu pengetahuan yang mempengaruhi aliran realisme dapat dilihat dari fzikal dan ilmu-ilmu lain yang sejenis dapat dipelajari bahawa setiap aspek dari alam fizikal dapat difahami berdasarkan adanya sistem yang  jelas . Dengan demikian, bererti bahawa suatu kejadian yang paling sederhana mampu ditafsirkan menurut hukum alam.
2. ldealisme objektif mempunyai pandangan alam semesta yang lebih optimis dibandingkan dengan realisme objektif. Maksudnya adalah bahawa pandangan-pandangannya bersifat menyeluruh yang boleh dikatakan meliputi segala sesuatu. Dengan landasan fikiran bahawa keseluruhan dalam alam semesta ini pada hakikatnya adalah jiwa atau spirit, idealisme menetapkan suatu pendirian bahawa segala sesuatu yang ada ini adalah nyata.
Hegel mengemukakan adanya sintesis antara ilmu pengetahuan dan agama menjadi suatu pemahaman yang menggunakan landasan spiritual. Sebuah penerapan yang dapat dijadikan contoh mengenai sintesis ini adalah pada teori sejarah. Hegel mengatakan bahawa tiap tingkat kelanjutan, yang dikuasai oleh hukum-hukum yang sejenis. Hegel juga berhujah bahawa sejarah adalah satu manifestasi pemikiran Tuhan. Tuhan berfikir dan mengadakan ekspresi mengenai pengaturan yang dinamik mengenai dunia dan semuanya nyata dalam erti spiritual. Ciri lain mengenai penafsiran idealisme tentang sistem dunia tersimpul dalam pengertian-pengertian makrokosmos dan mikrokosmos. Mikrokosmos menunjuk kepada keseluruhan alam semesta dalam erti susunan dan kesatuan alam semesta. Pengertian mengenai makrokosmos dan mikrokosmos merupakan dasar pengertian mengenai hubungan antara Tuhan dan manusia.
2. Pandangan secara Epistemologi
Teori keperibadian manusia sebagai pandangan Tuhan adalah jalan untuk menjelaskan epistemologi esensialisme. Hal ini disebabkan jika manusia mampu menyedari realiti scbagai mikrokosmos dan makrokosmos, maka manusia pasti mengetahui dalam tingkat atau kualiti apa rasionalnya mampu memikirkan kesemestiannya. Berdasarkan kualiti inilah ia mempengaruhi secara tepat pengetahuannya dalam benda-benda, ilmu alam, biologi, sosial, dan agama.
1.      Pandangan Kontraversi Jasmaniah dan Rohaniah
 Perbezaan idealisme dan realisme adalah kerana yang pertama menganggap bahawa rohani adalah kunci kesadaran tentang realiti. Manusia mengetahui sesuatu hanya di dalam dan melalui idea, rohaniah.
 Sebaliknya realist berpendapat bahawa kita hanya mengctahui sesuatu realiti di dalam melalui jasmani. Bagi sebagian penganut realisme, fikiran itu adalah jasmaniah sifatnya yang tunduk kepada hukum-hukum fizik. Akibatnya  kedua-dua unsur rohani dan jasmani adalah realiti keperibadian manusia. Untuk mengerti manusia, baik falsafah mahupun ilmiah haruslah melalui hal tersebut dan pendekatan yang sesuai dalam pelaksanaan pendidikan.


2.      Pendekatan (Approach)
ldealisme pada pengetahuan kita hanya memahami rohani kita sendiri, tetapi pengertian ini memberi kesedaran untuk memahami realiti yang lain. Sebab kesedaran kita, rasional manusia adalah bahagian daripada rasional Tuhan yang Maha Sempurna. Menurut T.H Green, pendekatan (approach) personalisme itu hanya melalui jiwa. Padahal manusia tidak mungkin mengetahui sesuatu hanya dengan kesadaran jiwa tanpa adanya pengamatan. Kerana itu setiap pengalaman mental pasti melalui refleksi antara pelbagai pengamalan.
3.      Menurut Teori Koneksionisme
Teori ini menyatakan semua makhluk, termasuk manusia terbentuk (tingkah lakunya) oleh pola-pola “connections between” (hubungan-hubungan antara) stimulus dan respon. Dan manusia dalam hidupnya selalu membentuk sistem jawapan dengan jalan memperkuat atau memperlemah hubungan antara stimulus(rangsangan) dan respon. Dengan demikian terjadi gabungan-gabungan hubungan stimulus dan respon, yang selalu menunjukkan kualiti yang tinggi dan rendah atau kuat dan lemah. Di samping hubungan dapat meletakkan pandangan yang lebih meningkat dari assosianisme dan gelagat juga menunjukkan bahawa dalam hal belajar perasaan yang dimiliki oleh manusia mempunyai peranan terhadap tidakan belajar yang dilakukan.
3. Pandangan secara Aksiologi
Pandangan ontologi dan epistemologi sangat mempengaruhi pandangan aksiologi. Bagi aliran ini, nilai-nilai berasal pada pandangan-pandangan idealisme dan realisme sebab essensialisme terbina disebabkan dua syarat tersebut.
A)    Teori Nilai Menurut Idealisme
Penganut idealisme berpegang bahawa hukum-hukum etika adalah hukum kosmos, kerana itu seseorang dikatakan baik jika banyak interaktif berada di dalam dan melaksanakan hukum-hukum itu. Menurut idealism sikap, tingkah laku dan ekspresi perasaan juga mempunyai hubungan dengan kualiti baik dan buruk. Orang yang berpakaian serba formal seperti dalam upacara atau peristiwa lain yang memerlukan suasana tenang, haruslah bersikap formal dan teratur.
Untuk ini, ekspresi perasaan yang mencerminkan adanya serba kesungguhan dan kesenangan terhadap pakaian rasmi yang dikenakan dapat menunjukkan keindahan baik pakaian dan suasana kesungguhan tersebut. George Santayana menggabungkan antara aliran idealisme dan aliran realisme dalam suatu sintesis dengan mengatakan bahawa nilai itu tidak dapat ditandai dengan suatu konsep tunggal, kerana minat, perhatian dan pengalaman seseorang turut menentukan adanya kualiti tertentu.
Walaupun idealisme menjunjung asas otoritarian atau nilai-nilai, namun juga tetap mengakui bahawa peribadi secara aktif bersifat menentukan nilai-nilai itu atas dirinya sendiri (memilih, melaksanakan).
B)    Teori Nilai Menurut Realisme
Prinsip sederhana realisme tentang etika ialah melalui asas ontologi bahawa semua sumber pengetahuan manusia terletak pada keteraturan lingkungan hidupnya. Dapat dikatakan bahawa mengenai masalah baik-buruk khususnya dan keadaan manusia pada umumnya, realisme bersandarkan atas keilumuan dan lingkungan. Perbuatan seseorang adalah hasil perpaduan yang timbul sebagai akibat adanya saling hubungan antara pembawa-pembawa fisiologi dan pengaruh-pengaruh dari Iingkungan.


Karya-karya hagel
Selama masa hidupnya, Georg Wilhelm Friedrich Hegel menghasilkan lima buah karya besar, yang mana kelima-limanya itu sangat berpengaruh terhadap perkembangan ilmu filsafat. Karya-karyanya iaitu:

Phänomenologie des Geistes (1807)
Dalam bukunya ini, Hegel menggambarkan tentang bentuk yang paling sempurna dari idea sebagai sesuatu “yang mutlak”, yang selanjutnya menjadi idea absolut. Ide absolut adalah pemikiran murni, yang ertinya adalah bahawa idea absolut merupakan kesempurnaan fikiran atau jiwa.

Wissenschaft der Logik (1812-1816)
Dalam buku ini, Hegel menjelaskan, bahawa dengan adanya sesuatu yang terbatas, maka yang lain pun menjadi terbatas, iaitu dibatasi oleh yang  batas yang pertama itu. Dengan demikian, sesuatu yang terbatas dengan sendirinya menghasilkan sesuatu lainnya yang juga terbatas. Sesuatu yang kedua ini juga, kerana terbatas, maka ia juga akan menghasilkan sesuatu ke tiga yang juga terbatas, demikian seterusnya. Hegel menyebut proses ini sebagai Ketidakterbatasan yang buruk atau Negatif (Die schlechte oder negative Unendlichkeit).
Objektiver Geist/Grundlinien der Philosophie des Rechts (1820)
Hegel memahami roh objektif sebagai roh yang merealisasikan diri dalam dunia social politik konkrit dalam bentuk abstrak, moraliti, dan sosial.
Enzyklopädie der philosophischen Wissenschaften (1817)
Karya ini dibagi menjadi beberapa bahagian, iaitu: Philosophie der Logik, Philosophie der Natur, dan Geist. Ketiganya ditulis ketika Hegel masih mengajar filsafat di Universiti Heidelberg pada tahun 1817 dan terus diwarisi sejak 1827 sehingga 1830.
Menurut Hegel, ilmu pengetahuan merupakan sebuah sistem yang memiliki tiga unsur, iaitu Logik, Natur, dan Geist. Untuk menuju ilmu pengetahuan, ketiga unsur tersebut tidak dapat dipisahkan satu sama lain agar tidak terpesong.




Philosophie der Geschichte (1830)
Karya ini dihasilkan ketika beliau mengajarnya di Universiti Berlin tahun 1830. Dalam buku ini, Hegel mengatakan bahawa esensi dari roh adalah kebebasan, maka kebebasan adalah tujuan dari sejarah. Sejarah baginya merupakan gerak ke arah rasionaliti dan kebebasan yang semakin besar.
Karya-karya lainnya, iaitu:
o   Frühe Schriften (Jugendschriften)
o   Jenaer kritische Schriften
o   Jenaer Systementwürfe
o   Tagespolitische Schriften
o   Philosophie der Kunst
o   Religionsphilosophie
o   Philosophie und Geschichte der Philosophie


Pandangan saya terhadap Hagel.
Hagel merupakan seorang tokoh yang sangat saya kagumi. Hal ini kerana dalam perjalanan hidup beliau, beliau banyak berusaha untuk mencapai sesuatu. Untuk menjadi seorang tokoh falsafah yang berpengaruh amat sukar bagi seseorang itu. Hagel dari kecil lagi sudah mempunyai minat dalam pelajaran. Hal ini dapat kita lihat dalam perjalanan hidup beliau itu sendiri. Ketika beliau berusia tiga tahun, beliau sudah mula bersekolah dan mendapat pendidikan awal dari asuhan ibunya. Ketika beliau berusia lapan tahun, beliau sudah tahu membaca bahasa latin dan dapat menterjemahkan dalam bahasa Jerman. Apa yang membanggakan saya disini ialah, sikap yang positif Hagel terhadap pendidikan sudah wujud dalam diri beliau sejak kecil lagi.
Pemikiran dan karya-karya beliau banyak menyumbangkan kepada pemikiran yang logik dan dapat diguna pakai. Bagi saya setiap apa yang dihasilkan oleh beliau amat berguna. Hal ini bukan bermakna apa yang buruk turut saya terima, tetapi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran seharusnya menilai apa yang sepatutnya yang boleh kita ambil pakai dan tidak. Ini  bermakna mungkin dari karya-karya yang dihasilkan beliau ada yang boleh diterima pakai dalam kehidupan kita seharian.

Kesimpulan.

Belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktivi berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik. Setiap perbuatan serta perlakuan manusia itu menggambarkan apa yang di fikirkan oleh seseorang dalam akalnya, di mana apa yang di lakukannya adalah apa yang di fikirkan. Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat. Ini kerana, akhlak yang di cerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya.
Ramai manusia tidak menggemari falsafah kerana ia di katakan satu ilmu yang susah dan merumitkan. Sebenarnya, falsafah itu sudah ada pada diri mansuia itu sendiri. Falsafah yang di maksudkan disini adalah corak serta aktiviti berfikir. Seseorang manusia akan berfikir apa yang hendak di lakukannya sepanjang seharian dia bekerja. Ini bertujuan agar segala kerja dan tanggungjawab yang di pikulnya berjalan lancar. Cabang ilmu falsafah secara dasarnya mempunyai tiga cabang utama iaitu Kosmologi, Antropologi dan Teologi. Secara umumnya kosmologi adalah satu bidang ilmu falsafah yang mempelajari mengenai pengetahuan ahli falsafah (failasuf) mengenai peraturan-peraturan alam ini.
Manakala bidang antropolgi pula adalah satu ilmu yang membicarakan mengenai manusia. Perkara yang di bincangkan adalah mengenai hakikat manusia itu sendiri bukannya tubuh badan manusia seperti dalam bidang perubatan. Soal manusia ini sentiasa menjadi pertanyaan dalam sejarah falsafah. Ini kerana, falsafah itu melibatkan mengenai aktiviti akal fikiran manusia secara langsung yang mana akal itu hanya di miliki oleh manusia sahaja. Pertanyaan mengenai hakikat ini jugalah yang cuba di huraikan oleh akal manusia untuk mencari kebenarnnya.
Bidang teologi pula merupakan sebuah bidang yang membincangkan mengenai pemikiran failasuf mengenai ketuhanan. Dengan kata mudahnya, teologi ini adalah bidang yang cuba membahas mengenai hal-hal yang berkait dengan Tuhan. Failasuf cuba memahami sifat-sifat Tuhan dengan menggunakan pelbagai cara dalam usaha mereka memahami mengenai Tuhan.  
 Oleh yang demikian, secara ringkasnya, cabang ilmu falsafah itu ada tiga yang utama seperti yang dihuraikan diatas. Tidak dinafikan bahawa, cabang ilmu falsafah ada banyak antaranya etika, politik, ekonomi dan lain-lain. Maka dengan itu, pelajaran falsafah ini akan dapat membantu manusia untuk berfikir dengan lebih terstur dan sistematik dalam usaha untuk mencari kebenaran dan ilmu.

Rujukan:
4)      http://eprints.ui.ac.id/27706/1/73667-T%2012043-Pemikiran%20politik.pdf 



Nota kaki:
Ontologi- merupakan satu entiti, sifat atau komponen sesuatu benda.Ontologi merupakan idea tentang sesuatu realiti sosial(situasidalam masyarakat). Sesuatu idea itu sama ada boleh di lihat atau tidak.Contohnya keganasan rumah tangga,ontologinya ialah sepak,pukul dan terajang.Tidak dapat di lihat(apakah bagi menjadikan manusia itu manusia)
Epistemologi- merujuk kepada idea perkara yang boleh dikira sebagai ilmu,perkara yang boleh diketahui, dan kriteria ilmu yang mesti dipenuhi untuk dinamakan ilmu dan bukan kepercayaan.
Aksiologi -adalah ilmu yang membicarakan tentang tujuan ilmu pengetahuan itu sendiri. Jadi Aksiologi merupakan ilmu yang mempelajari hakikat dan manfaat yang sebenarnya dari pengetahuan, dan sebenarnya ilmu pengetahuan itu tidak ada yang sia-sia kalau kita bisa memanfaatkannya dan tentunya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan di jalan yang baik pula.
Dogmatis,maksudnya bersifat benar dan bukan pertimbangan akal, krn berasal dr pokok ajaran agama(nasrani) yg hrs diterima dan diyakini kebenarannya.
Idealisme, kadang-kadang digunakan istilah mentalisme atau imaterialisme iaitu keyakinan bahawa hanya Roh, Jiwa, fikiran dan isinya yang ada


No comments:

Post a Comment