1.0 Pengenalan
1.1 Latar
belakang organisasi
Dahulunya Apple Inc dikenali sebagai Apple Computer Inc.
Organisasi ini merupakan sebuah syarikat multinasional yang mencipta alat
elektronik, perisian komputer dan berkaitan dengan perkomputeran sama ada
kegunaan untuk peribadi atau perniagaan. Apple Inc telah ditubuhkan oleh Steve Jobs dan
Steve Wozniak pada 1 April 1976 dan didaftarkan pada tahun 1977. Apple
Inc berpusat di Cupertino, California. Pada
mulanya Apple Inc berpusat di dalam sebuah garaj dan hanya menjual papan litar
untuk memegang salah satu komponen dalaman komputer. Modal permulaan perniagaan
Apple Inc adalah sebanyak AS$1,300 (RM3,963) iaitu hasil daripada penjualan
microbus oleh Steve Jobs salah satu komponen komputer dan penjualan kalkulator
oleh Wozniak. Namun perniagaannya berkembang dengan baik selepas menjual komputer
pertama Apple I yang bernilai AS$666 (RM2026). Produk utama Apple Inc adalah iPhone, alat pemain
muzik iPod dan pelbagai jenis komputer Macintosh.
Perubahan
yang dibuat di Apple Inc adalah berasaskan ‘Developmental
change’. Hal ini kerana Apple Inc ingin mengembangkan lagi perniagaan
mereka dengan membuat pembaharuan lebih besar dengan mencipta telefon pintar,
MP3 dan sebagainya selain daripada produk komputer. Selepas Steve Jobs
mengambil alih pengurusan Apple inc, keuntungan Apple Inc telah meningkat
setelah hampir muflis pada tahun 1996. Kesan daripada kepimpinan Steve Jobs, produk
yang dipasarkan oleh Apple Inc telah mendahului pesaing lain.
1.2 Visi,
misi dan strategi perniagaan
Visi Apple Inc adalah “An Apple at every desk”. Misi Apple Inc pula adalah reka bentuk Apple Mac adalah komputer peribadi
terbaik didunia bersama- sama dengan OS X, iLife, iWork dan perisian profesional.
Apple membawa revolusi
muzik digital dengan
iPod dan iTunes kedai dalam talian. Apple berjaya mencipta telefon bimbit dengan revolusi iPhone dan App Store
dan menentukan masa depan media mudah alih dan peranti pengkomputeran dengan iPad.Strategi perniagaan Apple
inc adalah memanfaatkan keupayaan melalui reka bentuk dan pembangunan sistem
operasi, perkakasan, aplikasi perisian dan teknologi untuk membawa pelanggan di
seluruh dunia kepada produk menarik dan penyelesaian dengan mudah alih yang
unggul, lancar berintegrasi serta reka bentuk inovatif.
Menurut Mazlan
Mohamad (2011), matlamat akhir Apple Inc bukan membuat keuntungan sahaja, namun
untuk meletakkan dengan jelas matlamat utamanya iaitu untuk merekabentuk,
membangunkan dan membawa produk ke pasaran produk yang lebih bagus. Hal ini
kerana Apple Inc percaya bahawa orang ramai akan menyukai dan ingin memiliki
produk tersebut. Oleh itu, Apple Inc akan memastikan mereka tidak hanya
menghasilkan produk baru yang berbeza dengan produk pesaing, namun memastikan
produk yang dihasilkan adalah lebih bagus dan mempunyai kualiti yang tinggi.
Penekanan terhadap aspek ‘lebih bagus’ pada produk Apple, mencerminkan pendirian
Apple untuk tidak terus beroperasi tanpa memikirkan kesan jangka panjang
terhadap organisasi. Apple berpendapat bahawa pembaziran akan berlaku sekiranya
sesebuah organisasi menggunakan sumbernya hanya untuk mengeluarkan produk tanpa
memberi nilai baru kepada pembeli.
Hubungan
antara perubahan dan visi boleh dilihat melalui matlamat akhir selepas Steve
Jobs menerajui Apple Inc. Perubahan Apple lebih berfokuskan kepada reka bentuk,
pembangunan dan membawa produk ke pasaran yang lebih bagus. Jika dikaitkan
dengan visi Apple Inc iaitu ‘An Apple at
every desk’, hal ini bermakna bahawa produk yang dikeluarkan Apple pasti
akan dipilih oleh pengguna kerana inovasi yang ditonjolkan menerusi produk
Apple. Menurut Usahawan.com, kebanyakan daripada pengguna Apple akan mengingati
pengalaman mereka semasa membuka kotak produk Apple untuk berkongsi keterujaan
mereka selepas memiliki produk Apple. Hal ini kerana, pengguna lebih
mementingkan aplikasi dan penggunaan yang mudah dan akan memilih produk Apple
kerana ciri-ciri yang menarik dan suatu produk yang boleh digayakan. Menurut
Mazlan Mohamad (2011), produk keluaran Apple seperti iPod, iPhone dan iPad
menjadi rebutan di pasaran. Hal ini dapat dibuktikan menerusi pembelian produk
ini di Sydney, beribu pembeli sanggup berkhemah di luar kedai dua hari
sebelum iPhone4 dilancarkan.
2.0
Analisis
2.1
Faktor perubahan
Socio-technical Systems adalah model perubahan yang boleh dikaitkan
dengan Apple Inc. Socio-technical System
merupakan dua elemen penting yang bebas tetapi saling berhubung kait iaitu di antara
sosial dan teknikal. Sosial adalah bermaksud pekerja dan teknikal pula adalah
penggunaan teknologi. Menurut York
Universite University bahawa Socio-technical
Systems adalah subsistem teknikal terdiri daripada
alat dan teknik yang diperlukan untuk mengubah input kepada output
dengan cara meningkatkan prestasi ekonomi organisasi. Sistem sosial terdiri
daripada pekerja semua peringkat jawatan yang melibatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap, nilai dan
keperlua nmereka membawa kepada persekitaran kerja serta sistem ganjaran dan
struktur kuasa yang wujud dalam organisasi. Apple Inc lebih mementingkan
inovasi dalam organisasi tersebut iaitu lebih menekankan pekerja yang
berkemahiran dan mempunyai keupayaan untuk berinovasi. Contohnya, jurutera dan
pereka produk yang berpengetahuan luas tentang produk akan dilantik oleh Steve
Jobs.
Faktor perubahan yang
utama terhadap Apple Inc adalah teknologi. Hal ini dapat dilihat melalui
perkembangan terhadap produk yang dihasilkan oleh Apple. Pada peringkat
permulaan, Apple hanya mengeluarkan produk yang berkaitan dengan komputer
tetapi Apple mula menyedari tentang kemajuan dan kelebihan teknologi pada masa
kini. Justeru, Apple Inc telah mencipta telefon mudah alih, jualan perkakasan,
sistem operasi, dan perisian untuk komputer dan pemain MP3. Akibat daripada
peredaran zaman yang semakin canggih pada masa kini, Apple telah mengungguli
segmen telefon mudah alih di Amerika Syarikat yang mengatasi pesaingnya iaitu
Samsung dengan menguasai 34 peratus saham bagi suku keempat pada 2012(mynewshub).
Selain itu, faktor
perubahan Apple Inc adalah persekitaran budaya. Umumnya, pada masa kini,
masyarakat lebih gemar untuk mengikuti peredaran semasa. Hal ini menyebabkan
Apple Inc mengambil peluang untuk membuat perubahan terhadap produk yang
dihasilkan untuk lebih berdaya saing. Hal ini boleh dilihat melalui perubahan
setiap produk, Apple Inc telah menaik taraf produk yang dihasilkan oleh
syarikat tersebut seperti iPhone.
Faktor dalaman perubahan
Apple Inc adalah tekanan penyatuan dan penggabungan. Menurut Palmer.I, Dunford.
R dan Akin. G. (2009), tekanan penyatuan dan penggabungan adalah beberapa perubahan telah dibuat untuk mengintegrasikan organisasi
adalah lebih baik atau mewujudkan skala ekonomi di seluruh unit perniagaan yang
berbeza. Apple Inc telah membeli Next ekoran
daripada kejatuhan jualan Apple sekitar 1990-an. Apabila Steve Jobs kembali
menerajui Apple, beliau telah mengetengahkan falsafah untuk melahirkan produk
yang dikenali dan rekaan yang mudah. Kesan daripada penerajuan Steve Jobs,
teknologi dan kesenian telah diterapkan di Apple Inc. Pada tahun 2001, iPod telah melonjakkan nama Apple Inc
sebagai pengeluar alat elektronik pengguna yang teratas. Justeru, nama Apple
telah ditukarkan daripada Apple Computer Inc kepada Apple Inc.
2.2 Agen perubahan dan Penerimaan perubahan
Agen perubahan Apple Inc adalah pemimpin dalam syarikat
tersebut iaitu Steve Jobs yang
memberikan gambaran sebagai pengarah (director)
yang mengawal segala urusan dalam organisasi. Berbeza daripada syarikat teknologi yang lain, di
Apple Steve Jobs ialah raja. Menurut Rahim Aziz (2010), keputusan selalunya
diputuskan oleh kumpulan yang kecil dan yang menjadi titik penentu adalah di
tangan Steve Jobs. Dengan kumpulan yang kecil ini Apple mengeluarkan satu atau
dua produk setahun tetapi produk tersebut ternyata mendapat sambutan. Pendekatan
Apple ini ternyata berjaya kerana Steve Jobs dan kumpulannya mengetahui apa-apa
yang mereka mahukan dan keadaan ini membuat mereka lebih fokus tetapi yang
lebih penting Steve Jobs ialah raja. Steve
Jobs juga menunjukkan gaya kepimpinan yang luar biasa sehingga beliau digelar
sebagai manusia yang paling genius pada era yang baru. Kepimpinan transaksi
yang dilaksanakan oleh Steve jobs telah membolehkan syarikat Apple menjadi
sebuah syarikat terkemuka dan berjaya mengatasi syarikat yang lebih besar dalam
masa yang singkat. Steve Jobs telah membuat perubahan terhadap produk selain
daripada budaya organisasi.
Penerima perubahan yang dilakukan oleh Apple Inc ialah
pekerja dan pengguna. Pekerja Apple Inc menyokong perubahan yang dilakukan. Hal
ini kerana Apple akan memberikan insentif kepada individu atau pekerja yang
berani mengambil risiko dan mempunyai kreativiti yang tinggi. Justeru, pekerja
digalakkan untuk meningkatkan prestasi mereka sebagai faedah untuk mengejar
kecemerlangan dalam usaha mereka.Steve Job juga akan berbincang dengan pekerjanya
jika mereka tidak sependapat dan boleh mengubah keputusan beliau di saat-saat
akhir. Oleh itu, penerimaan pekerja terhadap situasi tersebut akan membuatkan
mereka terdorong untuk mengubah sikap mereka. Hal ini kerana Apple lebih
menekankan pekerja yang mempunyai kemahiran dan keupayaan dalam teknologi.
Menurut Peter Barron Stark (2011), Apple Inc akan memberi ganjaran
kepada idea-idea inovatif yang dilahirkan oleh pekerja. Setiap tahun Steve Jobs
akan memilih Top 100 pekerja menemaninya
ke sesi strategi tiga hari. Ini Top 100 tidak dipilih berdasarkan pangkat,
tetapi atas sumbangan individu dan ia dianggap satu keistimewaan untuk hadir.
Penerimaan
perubahan oleh pengguna adalah mempercayai bahawa perubahan yang tidak sesuai.
Hal ini jelas apabila setiap kali berita mengenai pengeluaran produk oleh Inc,
ramai yang akan mengkritik secara terang-terangan ataupun tidak. Hal ini
berlaku semasa Steve Jobs melakukan pengumuman Apple akan mengeluarkan iPad
iaitu produk yang lebih kurang sama dengan iPhone (Usahawan.com). Walaupun teknologi merupakan satu aset penting
dalam strategi Steve Jobs untuk Apple, nilai sebenar yang dijana daripada
keupayaan adalah faktor keberansangan bahawa pengguna berasa sesuatu yang baru
tentang produk Apple. Di mata seorang pengguna, reka bentuk produk Apple adalah
teknologi moden yang canggih dan gaya yang berbeza dengan syarikat-syarikat
lain. Dalam industri Apple, kelebihan teknologi yang berakar umbi dalam satu
proses menyeluruh yang bermula dari luar ke dalam (Ahmad Al-Rubaie, 2011).
Menurut Mazlan Mohamad (2011), menerusi pembelian produk ini di Sydney,
beribu pembeli sanggup berkhemah di luar kedai dua hari sebelum iPhone4
dilancarkan.
2.3 Perubahan yang
dilaksanakan
Selepas kembali menyertai Apple pada tahun 1997, banyak
perubahan ketara yang telah diperkenalkan oleh Steve Jobs terutamanya dari segi
produk. Produk iPod, iPhone dan iPad telah menjadi fenomena serata dunia
seterusnya menjadi satu ikutan kepada syarikat-syarikat lain mengeluarkan
produk yang hampir sama. Penampilan Apple sebagai sebuah industri gergasi telah
berkembang dengan konsisten dan dinamik dengan teknologi serta gaya tersendiri
lain daripada variasi pengeluaran komputer dan telefon pintar. Apple pada
mulanya hanya mengeluarkan komputer, perkakasan serta perisiannya dan pemain
mp3 sejak penubuhannya sehingga tahun 2007. Selepas tahun 2007 sehingga kini
Apple mula menghasilkan telefon pintar. Setiap keluaran produk telefon pintar
Apple mendapat sambutan hangat sejak iPhone diperkenalkan. Pada tahun 2008,
Apple Inc telah mencipta App Store.
Pada tahun 2010 pula, penciptaan iPad telah dilakukan
oleh Apple Inc. Menurut Mazlan Mohamad (2011), Apple Inc juga melakukan
pendekatan terhadap rangkaian produk yang terhad. Dengan menggunakan segala
sumber yang dimiliki oleh Apple,organisasi tersebut telah menghasilkan beberapa
jenis produk. Apple Inc berpendapat bahawa sekiranya syarikat menggunakan
sumber yang ada untuk mengeluarkan rangkaian atau jenis produk yang banyak,
kualiti dan fungsi produk itu akan menurun. Hal ini disebabkan sumber setiap
penghasilan produk akan berkurangan kerana jumlah rangkaian dan jenis produk
yang banyak dihasilkan. Sekiranya produk yang mempunyai kualiti dan fungsi yang
rendah maka ianya tidak akan mampu untuk berjaya di pasaran.
Menurut Mazlan Mohamad (2011), dalam setiap usaha inovasi
Apple dipandang dengan begitu serius dimana mereka bersungguh-sungguh
memberikan fokus terhadap segala sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu
produk. Bagi Apple Inc setiap usaha penghasilan produk inovasi harus dibuat
dengan bersungguh-sungguh kerana apabila produk berjaya, kejayaan yang dicapai
adalah besar dan mengatasi kegagalan produk-produk yang terdahulu. Menurut Ma
Huimin dan Jose Antonio Hernandez (2010), dengan pengeluaran iPhone, Apple
berubah ke arah strategi "Best of
The Best" iaitu strategi harga pada peranti baru. Syarikat Apple
sentiasa mempamerkan model iPhone baru dan lebih baik yang bercirikan 5S dengan
menyediakan pemprosesan cepat, kamera yang lebih baik dan teknologi keselamatan
James Bond fingerprint. Strategi
penetapan harga yang “Best of The Best”
adalah langkah terbaik dan wajar bagi Apple untuk beberapa sebab utama iaitu
memberikan pelanggan lebih banyak pilihan bagi menjana pertumbuhan.
Melalui pengurusan, Steve Jobs telah berjaya mengubah
budaya organisasi. Menurut Ann Aborb (2011), Steve Jobs telah merantau ke
tempat-tempat yang mempunyai pelbagai situasi budaya kerja dan cuba untuk
beradaptasi dengan budaya kerja yang berbeza. Bagi Steve jobs budaya organisasi
adalah memberi maksud dan gambaran yang sukar. Melalui perubahan budaya
organisasi, organisasi tertumpu kepada pelanggan, pesaing, dan sumber kewangan.
Menurut Steve Jobs mengabaikan budaya organisasi adalah suatu kecuaian kerana
pemimpin bertanggungjawab untuk banyak tuntutan mengenai pemahaman tentang
budaya organisasi yang berpotensi untuk membolehkan penciptaan satu strategi
positif yang penting.Steve Jobs juga menyelaraskan budaya Apple dan strategi
dengan membina budaya yang didorong oleh wawasan untuk membuat produk yang
hebat. Inovasi merupakan nilai dominan budaya Apple. Pekerja akan diberikan
ganjaran untuk mencuba mengambil risiko dan kreativiti yang tinggi. Dalam
budaya Apple, Steve Jobs telah mencipta budaya di mana kakitangan digalakkan
untuk meningkatkan hasil kerja sebagai faedah untuk mengejar kecemerlangan
dalam usaha mereka.
Perubahan dari aspek kepemimpinan pula, terdapat beberapa
tahap perubahan dalam kepemimpinan Apple Inc. Pemimpin pertama Apple Inc ialah
John Sculley merupakan presiden PepsiCo sebelum menjadi pegawai eksekutif
Apple. Semasa pentadbiran beliau, Steve Jobs telah meninggalkan Apple kerana
perebutan kuasa dalam syarikat. Pemimpin yang kedua dan ketiga ialah Michael
Spindler pada tahun 1993 hingga 1996 manakala pemimpin yang ketiga ialah Gil
Amelio pada tahun 1996 hingga 1997. Pada tahun 1997, Steve Jobs menerajui Apple
selepas Apple Inc mengalami kemerosotan dan hampir muflis. Selepas Steve Jobs
mengumumkan persaraan beliau pada tahun 2011, Tim Cook merupakan pegawai
eksekutif yang menggantikan beliau sehingga sekarang.
2.4 Peranan pemimpin dalam
proses perubahan
Dari
segi kepimpinan pula, terdapat beberapa perubahan pemimpin dalam Apple Inc.
Pemimpin yang telah membuat perubahan besar dalam Apple Inc adalah Steve Jobs.
Steve Jobs adalah pengganti kepada Gil Amelio iaitu CEO Apple 1996 hingga 1997.
Steve Jobs adalah pemimpin yang telah membawa banyak perubahan dalam Apple Inc.
Steve Jobs adalah seorang yang sentiasa berfikiran jauh dan sering memantau
hala tuju syarikat. Menurut Graham dan Sacha (2009) bahawa Steve Jobs sentiasa
melihat ke hadapan dan mengambil berat mengenai hala tuju syarikat ke arah yang
betul dan mencapai matlamat yang telah dirancang sendiri oleh beliau. Steve
jobs sering memberi panduan dan mendorong pekerja ke arah matlamat yang mantap.
Seluruh struktur organisasi sentiasa dipantau oleh beliau bagi memastikan syarikat
sentiasa berjalan seiring dengan pelan yang telah ditetapkan.
Steve Jobs juga berperanan
sebagai sumber inspirasi terhadap pekerja Apple. Menurut Ahmad Al-Rubaie (2011),
kepimpinan transformasi juga ditunjukkan oleh Steve Jobs dengan memberi
inspirasi kepada pengikut untuk mengatasi sendiri kepentingan diri mereka mampu
untuk memberikan kesan yang mendalam dan transformasi yang luar biasa kepada
pengikutnya. Sejak Steve Jobs kembali ke syarikat Apple, keupayaan organisasi
telah berkembang kepada inovatif dan mudah dengan menggunakan komputer untuk kepelbagaian
produk sebagai gaya hidup digital. Keupayaan teras ini dimanfaatkan melalui
rantaian nilai Apple Inc termasuk pembangunan dan jualan perkakasan, sistem
operasi, dan perisian untuk komputer, telefon bimbit dan pemain MP3.
Steve Jobs adalah seorang
yang tidak mempunyai ciri-ciri pemimpin idaman seorang pekerja. Menurut Mazlan
Mohamad (2011), beliau terkenal dengan gaya kepimpinan autokratik dan sukar
untuk sesiapa bekerja di bawahnya. Mereka yang pernah bekerja dengannya
mengatakan beliau bukan sahaja boleh mengubah keputusan yang telah dibuatnya
dalam sekelip mata malah adakalanya beliau akan memalukan mereka yang tidak
sependapat dengan pandangannya. Steve Jobs juga seorang yang mempunyai visi
yang idealistik. Menurut Mazlan Mohamad (2011), Steve Jobs adalah pemimpin yang
bijak dan mempunyai visi idealistik iaitu menghasilkan komputer sebagai satu
alat untuk mengubah dunia. Hal ini ramai yang tertarik untuk bekerja dengan
beliau walaupun beliau adalah seorang pemimpin tegas dan keras mengikut caranya
sendiri.
Beliau
akan meletakkan tanda aras yang tinggi untuk inovasi dalam memastikan
produk-produk Apple sempurna dalam setiap perkara. Hal ini kerana beliau
berpendapat bahawa ‘penghasilan sesuatu yang amat hebat, setiap orang akan
ingin menggunakannya’. Malah, dedikasi beliau pada penemuan baru dan
kecemerlangan ini telah mencipta budaya yang menjadikan Apple sebagai simbol
inovasi. Menurut Rahim Aziz (2010)
bahawa Steve Jobs sering mengulangi
kenyataan Henry Ford, “Jika saya mendapatkan maklum balas daripada pengguna,
tentunya mereka menginginkan kuda yang lebih pantas.” Ini adalah alasan Steve
Jobs mengapa Apple enggan mendengar saranan pelanggannya dan tidak percaya
kepada “kumpulan fokus” untuk mencari idea mencipta produk mereka. Sebenarnya
beliau tidak mengetepikan pandangan pelanggan sebaliknya, menggunakan pandangan
tersebut sebagai inspirasi bukannya panduan untuk mencipta produk.
Selain
itu, menurut Usahawan.com, Steve Jobs seorang yang kreatif dan berfikiran ke
hadapan. Setiap produk yang dihasilkan mempunyai kreativiti yang sangat unik
dan sering mengeluarkan idea yang tidak terfikir oleh orang lain. Menurut Ahmad
Al-Rubaie (2011)., iPhone digabungkan dengan iPod
Apple pertama yang menawarkan mel suara visual dan rangkaian internet yang
dapat menjalankan versi yang berfungsi sepenuhnya seperti pengguna laman web
Apple. Menurut Rahim Aziz (2010), Steve Jobs juga tidak mengendahkan
kritikan daripada orang lain. Melalui pendekatan tersebut, Steve Jobs telah
berjaya dalam pengeluaran produk. Hal ini dapat dilihat apabila Steve Jobs
ingin mengeluarkan produk, beliau tidak mempedulikan tentang orang lain. Apabila
Steve Jobs mengumumkan akan mengeluarkan produk iPad, ramai orang yang membuat
kritikan terhadap produk tersebut kerana ianya duplikasi daripada iPhone. Steve
Jobs juga telah berjaya memulihkan Apple yang di ambang kejatuhan, menaikkan
keuntungan syarikat dan mengembalikan imej Apple. Harga saham Apple telah
meningkat lebih dari 8 kali ganda semenjak beliau menerajui Apple.
Cara Steve Jobs berkomunikasi
untuk membuat perubahan adalah ‘spray and
pray strategy’. Steve Jobs akan memberikan paduan dan mendorong kakitangan
organisasi ke arah matlamat yang ingin dicapai. Komunikasi beliau juga jelas
ketara apabila Steve Jobs cuba menyampaikan falsafah yang dipegang oleh beliau.
Beliau juga menjadi sumber inspirasi kepada pekerja dan pengguna kerana
idea-idea yang ingin diketengahkan oleh beliau adalah bersifat kreatif. Beliau
turut berpendapat bahawa dengan penggunaan teknologi, dunia boleh diubah. Cara
ini akan memberi kesan kepada masyarakat untuk berfikir luar dari kotak fikiran
manusia. Justeru, hasil daripada pemikiran beliau, ramai orang yang ingin
bekerja di bawah arahan beliau.
2.5 Jangka masa perubahan
Terdapat
beberapa tahap jangka masa perubahan yang dilakukan oleh Apple Inc. Jangkamasa perubahan Apple
jelas kelihatan bermula pada tahun 1984 dengan pelancaran Macintosh terbukti
menjadi produk asas bagi Apple. Menurut Canadian
Apple Industry Research And Development Strategy, Macintosh memulakan
revolusi penerbitan desktop dengan (graphic
user interface) GUI canggih dan laser.
Walaupun sebelum ini, Apple telah banyak mengeluarkan produknya tetapi mendapat
persaingan yang sengit daripada pesaing terutama daripada IBM. Pada tahun 1985,
Steve Jobs meninggalkan Apple Inc disebabkan perebutan kuasa yang berpihak
kepada pesaingnya dalam syarikat Apple Inc iaitu John Sculley. Di bawah
kepimpinan John Scully, Apple Inc., menjual Apple II dan Macintosh.
Beberapa
bulan selepas memperkenalkan Mac, Apple mengeluarkan versi terbaru (compact) Apple II dipanggil Apple IIC.
Pada tahun 1986, Apple memperkenalkan Apple IIgs, Apple II diletakkan sebagai
sesuatu produk hybrid. Walaupun dengan pengeluaran Macintosh pertama, komputer
Apple II kekal sebagai sumber pendapatan utama untuk Apple. Pada tahun 1996, Apple
menghadapi persaingan sengit. Banyak perubahan yang dilaksanakan oleh Steve
Jobs selepas itu. Sekitar tahun 1998 sehingga 2002 Apple menghasilkan iMac, iBook, and Power Mac G4. Manakala pada sekitar tahun 2002-2007, Apple
menghasilkan iTunes, iPods, Intel transition dan beralih kepada plastik
berwarna serta PowerPC G3. Pada 2007,
Apple Computer, Inc dipendekkan namanya kepada Apple Inc di Macworld Expo. Hal
ini adalah kerana campuran produk semasa yang terdiri daripada iPod dan telefon
pintar serta jenama Macintosh.
2.6
Kesan perubahan
Kesan perubahan yang dapat dilihat melalui
perubahan yang dilakukan ialah dari segi pengurusan. Steve Jobs telah berjaya mengubah
budaya organisasi melalui perubahan kepeimpinan yang dibawanya. Melalui
pengalaman yang diperolehi semasa merantau dibeberapa buah negara, Steve Jobs
mengadaptasikan pengalaman beliau untuk membentuk sistem pengurusannya sendiri
sehingga membentuk sebuah budaya kerja untuk pekerjanya. Selain itu, dari segi
pengurusan juga boleh dilihat beberapa kesan iaitu pertukaran peneraju di Apple
Inc menyebabkan bentuk pengurusan di organisasi tersebut berubah mengikut corak
pemimpin yang memimpin. Corak kepimpinan yang berbeza dari setiap pemimpin
mencorak pengurusan yang berbeza di Apple Inc. Setiap pemimpin mempunyai idea
yang berbeza untuk memajukan lagi Apple Inc.
Kesan perubahan yang dapat dilihat dari
segi produk pula ialah perubahan produk yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Perubahan yang dibuat mengikut perkembangan teknologi dan keperluan pengguna
pada masa kini. Sebagai contoh pengeluaran telefon pintar iPhone yang mempunyai
pelbagai versi keluaran mengikut peredaran masa dan keperluan pengguna.
Aplikasi yang ditonjolkan dalam setiap produk iPhone juga diubah disetiap
keluarannya.Persaingan dengan organisasi yang mengeluarkan produk yang sama
juga dapat dilihat contohnya Samsung. Persaingan dapat dilihat dari segi reka
cipta produk.
Kesan perubahan kepada pengguna pula ialah
terlalu banyak aplikasi yang merumitkan dan Apple Inc telah mengeluarkan buku
panduan penggunaan produk dari Apple Inc. Buku ini digunakan untuk membantu
pengguna memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan produk. Oleh itu,
perubahan yang dilaksanakan oleh Apple Inc memberi kesan kepada pengguna dari
segi memahami fungsi aplikasi teknologi yang dikeluarkan oleh Apple Inc. Namun
begitu, Apple Inc telah mengambil langkah untuk megeluarkan buku tersebut
sebagai salah satu inisiatif membantu pengguna menyesuaikan diri dengan
penggunaan produk yang dikeluarkan oleh organisasi ini.
2.7 Peranan fungsi HRM dalam
melaksanakan proses perubahan
2.7.1 Penilaian pengurusan
Peranan fungsi sumber
manusia yang seterusnya dalam menjayakan proses pelaksanaan perubahan dalam
Apple Inc adalah pembangunan sumber manusia. Melalui pembangunan sumber
manusia, Apple Inc telah melakukan penilaian pengurusan dimana syarikat
tersebut berasaskan proses berorientasikan matlamat. Selepas Steve Jobs
mengambil alih Apple, matlamat utama Apple adalah untuk mereka bentuk,
membangunkan dan membawa ke pasaran produk yang lebih baik kerana Apple percaya
bahawa pengguna akan meminati produk yang lebih baik dan menginginkannya.
Justeru, Apple akan membuat produk yang berbeza daripada pesaing dan lebih
bagus serta memberi penekanan terhadap kualiti produk Apple itu sendiri. Apple
Inc memberi penekanan terhadap terhadap produk yang lebih baik berbanding
pesaing untuk memastikan Apple mampu berdaya saing dalam jangka masa yang
panjang.
2.7.2 Pembangunan
organisasi.
Apple Inc turut menggunakan fungsi sumber
manusia untuk pembangunan organisasi. Menurut Ann Aborb (2011), Steve Jobs juga
telah membuat perubahan dalam budaya organisasi dengan menyelaraskan budaya dan
strategi. Melalui perubahan budaya yang dilakukan, Steve berjaya mencipta
budaya di mana kakitangan digalakkan untuk meningkatkan hasil kerja sebagai
faedah untuk mengejar kecemerlangan dalam usaha mereka. Dalam aspek perancangan
juga, produk yang dihasilkan haruslah mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza
daripada pesaing Apple Inc.
2.7.3 Penstafan
Salah
satu peranan fungsi sumber manusia dalam menjayakan proses pelaksanaan
perubahan dalam Apple Inc adalah penstafan.
Dalam pengambilan pekerja, inovasi menjadi teras utama Apple Inc. Apabila
pengambilan untuk jawatan dalam syarikat Apple, Steve Jobs menegaskan bahawa
kepintaran adalah menjadi asas keutamaan. Merekrut pekerja yang sangat meminati
Apple adalah lebih penting kerana jika pekerja mempunyai rasa minat yang
mendalam kepada Apple, mereka akan melakukan apa yang terbaik untuk Apple.
Menurut Mazlan Mohamad (2011), pekerja Apple Inc bukan setakat berfikir untuk
menghasilkan produk baru yang lebih baik seperti iPod dan iTunes Stores namun
mereka juga perlu mengenal pasti cara untuk membuat penambahbaikkan produk
sedia ada supaya menjadi lebih baik.Menurut Steve Denning,
sejak sekitar tahun 2005, Apple telah mula merekrut pengurus dari kedai-kedai
seperti Gap dan Banana Republic.
Menurut Steve Jobs, pekerja Apple Inc
mempunyai bakat dan kemahiran masing-masing (Aqif Azizan, 2011). Menurut Usahawan.com menyatakan bahawa pekerja dalam Apple Inc mempunyai kemahiran dan keupayaan
masing-masing. Steve jobs juga turut melantik jurutera produk dan pereka
industri yang mempunyai pengetahuan luas mengenai produk. Manakala jurutera
Apple akan menetapkan kerja-kerja elektrik dan mekanikal yang membawa produk
tersebut seperti ilustrasi hidup. Setiap pekerja Apple mempunyai fungsi tugas
mereka sendiri tetapi terdapat ‘garisan halus’ di antara fungsi-fungsi tersebut
iaitu setiap daripada mereka mesti mampu bekerjasama antara satu sama lain
walaupun mempunyai projek yang berlainan. Sebagai pereka produk Apple, mereka
mesti seorang fanatik dalam menghasilkan produk yang benar-benar sempurna
sehinggakan bentuk skru di bawah MacBook
pun dipastikan selari dengan reka bentuk keseluruhan MacBook tersebut. Apple memerlukan pereka produk yang mempunyai
kepercayaan, ‘passion’ dan komitmen dalam mencapai kesempurnaan. Bagi jawatan jurutera di Apple Inc pula bukan sahaja mencari seseorang yang mempunyai kemahiran teknikal tetapi juga mempunyai kemampuan beremosi. Kemampuan beremosi akan dapat mendorong jutera untuk mengatasi segala halangan dari segi teknikal dan reka bentuk untuk memastikan projek itu siap mengikut jadual.
3.0 Perbincangan dan Cadangan.
3.1 Perbincangan
“Change management” adalah teori yang sesuai untuk dikaitkan dengan
perubahan Apple Inc alami. Dalam ‘change management’ kepimpinan penyertaan
dapat dilihat berlaku dalam Apple Inc. Menurut Henry Hornstein (2008), menerusi Using A
Change Management Approach To Implement It Programs, kepimpinan
penyertaan merujuk kepada set nilai organisasi dan tingkah laku yang boleh
menyumbang komitmen pekerja
terhadap organisasi dan matlamat. Menurut Ahmad Al-Rubaie (2011), sekiranya
dilihat daripada kepimpinan Steve Jobs adalah sumber inspirasi kepada
pengikutnya dimana mengatasi kepentingan mereka mampu memberi impak yang
mendalam Henry juga turut menyatakan bahawa kepimpinan penyertaan ini akan
membantu untuk merapatkan jurang di antara pekerja. Sebagai seorang pemimpin
Apple Inc, Steve Jobs sangat aktif dalam memastikan hala tuju syarikat sentiasa
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Menurut Mazlan Mohamad,walaupun Steve
Jobs seorang yang tegas namun ramai yang ingin bekerja dengan beliau. Beliau
juga akan meletakkan tanda aras yang tinggi untuk memastikan produk sentiasa
sempurna dalam setiap perkara.
Salah
satu sistem pemikiran (systems thinking) turut dilakukan dalam
Apple Inc. Menurut Henry (2008), sistem pemikiran adalah sistem dinamik yang
memberikan kesan dan turut dipengaruhi oleh pengaruh luaran dan dalaman. Apple
Inc melaksanakan perubahan disebabkan oleh kepesatan teknologi. Hal ini
dipengaruhi oleh faktor luaran. Apple mula membuat pelaksanaan bermula pada
tahun 2007 setelah Steve Jobs menyandang jawatan pengawai eksekutif. Melihat
kecanggihan produk-produk Apple yang telah dinaik taraf setelah Apple
mencampurkan keluaran Apple yang mana sebelum ini ianya hanya tertumpu kepada perkomputeran
dengan adanya telefon pintar, MP3 dan iPad. Perubahan dari segi inovasi ini
telah mengubah Apple Inc untuk lebih kreatif dalam mencipta produk.Dari faktor
dalaman pula, Apple telah melalui beberapa perubahan pemimpin. Pemimpin yang
telah membawa perubahan yang drastik terhadap Apple ialah Steve Jobs. Steve
Jobs ini adalah seorang yang idealitik dalam melakukan perubahan dimana beliau
beranggapan bahawa penciptaan komputer merupakan satu alat untuk mengubah
dunia. Semasa era pentadbiran Steve Jobs, beliau telah mengubah budaya syarikat
untuk lebih efesien meningkatkan hasil kerja untuk mencapai matlamat yang
selari dengan yang telah dirancang.
Terdapat beberapa langkah
proses perubahan dalam ‘change
management’. Tetapi walaupun terdapat lapan langkah namun tidak semua Apple
Inc mengikuti langkah-langkah tersebut. Langkah yang Apple buat untuk ‘change management’ adalah ‘establish the need for urgency’. Menurut
Henry (2008), ianya untuk mengenal pasti dan membincangkan peluang utama dan
jelas sebab perlu dilaksanakan secepat yang mungkin. Pada tahun 2001, Apple
telah mula membuat peluasan inovasi dalam produknya dengan penciptaan iPod. Pada
tahun-tahun yang seterusnya, Apple terus mengeluarkan produk sperti iPhone dan
iPad. Setiap tahun Apple akan mengeluarkan produk yang baru seperti sekarang 5S
yang mana sebelum ini 4S.Selain itu, langkah proses perubahan dalam ‘change
management’ adalah memastikanterdapat satu kumpulanyang kuat
untukmembimbingperubahan. Menurut Palmer.I, Dunford. R dan Akin. G.
(2009), Managing Organizational Change,
mesti mewujudkan strukturpasukan untukmembantu memacuperubahan.
Menurut Usahawan.com, pekerja mesti berupaya untuk berkolabrasi antara satu
sama lain walaupun projek yang berlainan. Hasil daripada kolabrasi ini, Apple
berjaya mengeluarkan produk yang diminati oleh ramai pengguna. Langkah seterusnya
pula adalah membina visi. Dalam langkah ini, visi Apple “An Apple at
every desk”. Hal ini bermakna bahawa setiap produk keluaran Apple sentiasa ada
pada setiap orang.
Langkah seterusnya yang dilakukan Apple untuk proses
perubahan dalam ‘change management’ adalah memastikan
terdapatkejayaan dalam masajangka pendek. Menurut Palmer.I, Dunford. R
dan Akin. G. (2009), Managing
Organizational Change, ianya menumpukan sokongan bantuan keperluan untuk
perubahan dan ganjaran membantu untuk memberikan
motivasi. Apple telah berjaya dalam masa jangka yang pendek dengan bantuan
Steve Jobs dan juga bantuan teknologi. Apple juga akan memberikan ganjaran
kepada pekerja sebagai motivasi untuk terus meningkatkan kecekapan dalam
membuat penciptaan. Di samping itu, langkah yang dilakukan oleh Apple adalah
menerapkan perubahan dalam budaya. Berdasarkan perubahan yang ketara daripada
teknologi, Apple telah menerapkan budaya bahawa pekerja-pekerjanya harus
berinovasi untuk mencipta sesuatu produk yang baru. Akibat daripada itu,
prestasi organisasi semakin meningkat dengan keuntungan yang berjaya dicapai
oleh Apple. Hal ini kesan daripada perubahan yang dilakukan oleh Steve Jobs.
3.2 Cadangan
Apple adalah pendatang baru relatif dalam
pasaran elektronik pengguna melalui inovasi telefon pintar dan percubaan berani
mereka telah benar-benar merevolusikan bidang ini. Mereka masih kelihatan agak
kukuh dalam strategi lama mereka sebagai perkakasan PC dan pengeluar perisian
dan juga kelihatan agak berat untuk mengubah amalan perniagaan mereka, ini boleh
menjadi kelemahan yang berpotensi. Strategi ini telah berjaya dalam dekad yang
lalu sebagai media elektronik untuk pengguna tetapi kerana teknologi terus
berubah, organisasi seperti Apple Inc mudah untuk menjadi ketinggalan dari segi
teknologi berbanding persaing lain. Seterusnya, organisasi seperti Apple Inc
mempunyai peratusan yang tinggi untuk mengulangi kesilapan yang sama semasa
mereka cuba untuk menjadi salah satu organisasi yang boleh melaksanakan
pelbagai perkara.
Cadangan strategi dalam meningkatkan
produk Apple adalah mewujudkan kerjasama. Untuk membolehkan Apple bekerjasama
dengan syarikat lain, ia mungkin akan menyediakan kos perkhidmatan yang lebih
rendah, rakan kongsi dengan beberapa syarikat untuk pengedaran produk dan
sokongan. Dalam melaksanakan strategi ini Apple Inc perlu mengenalpasti
pelbagai organisasi yang mempunyai peluang perkongsian yang boleh didapati.
Strategi ini boleh dilaksanakan dengan menyelidik perkongsian produk semasa dan
syarikat-syarikat yang mungkin sesuai untuk pengedaran produk sokongan. Langkah
pertama adalah mencari syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
dan melaksanakan analisis persaingan dan penyelidikan starategi persaiangan untuk
syarikat atau syarikat yang terpilih. Pendekatan organisasi digunakan dengan menubuhkan
mesyuarat untuk mencadangkan bekerjasama untuk pelancaran produk baru.
Sebelum langkah tersebut dilaksanakan,
penilaian yang sistematik perlu dilaksanakan, Apple boleh mengumpul data
penyelidikan yang sedia ada daripada organisasi
yang ingin menjadi rakan kongsinya melalui surat khabar, jurnal perdagangan,
fail, Internet, dan mengumpul penyelidikan utama dengan menemuramah pembekal, pengedar, pelanggan
semasa dan yang lepas, dan menilai data syarikat berkumpul serta mempunyai
beberapa pilihan terbaik seperti mempunyai pengalaman pelancaran produk yang
ketara bagi rakan kongsi tersebut. Pendekatan ini untuk menubuhkan perbincangan
awal dan membuat penilaian lanjut berdasarkan kepada pengalaman yang ada pada
rakan syarikat kerjasama. Memilih calon terbaik untuk pelancaran produk
perkongsian dan mempunyai kontrak untuk dirundingkan, dari semasa ke semasa
mengkaji semula kejayaan perkongsian produk dengan mengkaji semula jumlah
jualan, perkhidmatan pelanggan, strategi pemasaran, dan faktor-faktor lain yang
berkaitan.
Strategi cadangan yang seterusnya adalah
pemasaran. Apple harus menumpukan pada membuka Brick and Mortar kedai-kedai runcit di pasaran asing bahawa Apple
setakat ini diabaikan oleh ukur negara mana Apple tidak mengisi teknologi yang
sesuai untuk piawai perkhidmatan pelanggan Apple. Pasaran ini boleh memberikan
peluang kemasukan kepada pasaran lain untuk bersaing secara langsung dengan
produk-produk tempatan. Hal ini untuk menembusi pasaran luar bagi pelaksanaan
yang dilakukan dengan membandingkan demografi sesebuah negara untuk menentukan
kesesuaian untuk memasarkan produk Apple dengan penyelidikan melalui
perdagangan PBB dan dokumen pembangunan, Jabatan Negara, dan sumber-sumber lain
dalam pasaran baru muncul dan belum ditembusi oleh pasaran Apple. Dalam
melaksanakan strategi dengan berkesan, Apple perlu memilih pasaran baru yang
mempunyai keupayaan teknologi tinggi dan budaya yang cenderung untuk
menggunakan produk mereka. Mengkaji persekitaran perdagangan dan undang-undang
di negara-negara terpilih, serta alternatif pembiayaan dan pembiayaan selamat.
Selain itu dengan mengekalkan perwakilan undang-undang dan membina hubungan
dengan agensi hartanah di negara yang dipilih boleh membantu dalam mencari
ruang runcit di kawasan yang mempunyai jumlah taburan penduduk yang tinggi.
4.0 Rumusan
Secara kesimpulannya,
Perkembangan teknologi kini selari dengan perkembangan semasa. Dengan kemajuan
teknologi, Apple berjaya melalui fasa-fasa ambang kejatuhannya. Kesan daripada
teknologi yang semakin berkembang pada masa kini Apple telah membuat Apple Inc
perubahan. Justeru, Apple telah melalui beberapa fasa perubahan iaitu bermula daripada
penubuhannya sehinggalah sekarang. Jelas ketara perubahan yang dibuat oleh
Apple melalui produknya.Perubahan yang telah membuat Apple dikenali ramai
adalah dengan inovasi produk keluarannya. Akibat perkembangan teknologi,
pekerja-pekerja Apple haruslah berkolabrasi dengan pekerja walaupun tidak
mempunyai tugasan yang sama. Semangat yang tekad dan kerjasama antara pihak
pengurusan hinggalah kumpulan khidmat pelanggan amat penting untuk berjaya
seperti Apple
Inc.
Pemimpin juga turut
menjadi penyumbang kepada perubahan yang telah dilakukan. Sebagai seorang
haruslah memainkan peranannya untuk memastikan perkembangan syarikat seiring
dengan matlamat yang telah ditetapkan. Dalam memastikan perkembangan syarikat,
pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar supaya matlamat syarikat dapat
dicapai. Steve Jobs seorang yang idealistic iaitu beliau berpendapat bahawa
inovasi dapat mengubah dunia. Dengan ciri-ciri pemimpin sedemikian, sudah tentu
organisasi dapat bergerak mencapai matlamat syarikat. Menurut Nazrul Azim
Sharuddin Dan Ashriq Fahmy Ahmad (2011), bahawa ketika Appke di bawah pimpinan
Steve Jobs, Apple telah mencipta pelbagai kejayaan cemerlang sehingga diiktiraf
sebagai syarikat berpengaruh dalam industri teknologi maklumat global. Malah,
Apple juga kini muncul sebagai syarikat kedua paling inovatif dan bernilai di
pasaran dunia.
Justeru, perubahan yang
dilakukan memberi banyak kesan terutamanya pengguna. Hal ini Steve Jobs telah
membuka ramai orang dengan kecanggihan produk-produk yang dikeluarkan oleh
Apple Inc. Steve Jobs juga tidak meletakkan
keuntungan sebagai keutamaan tetapi beliau lebih menekankan kepada reka bentuk,
pembangunan serta pasaran produk ke pasaran yang lebih baik di samping terlalu
focus terhadap kumpulan (Walter Isaacson
dipetik daripada Jash).
Apple Inc dibawah elektronik industri ataupun manufacturing indsutri?
ReplyDelete