Wednesday, 12 October 2011

masjid al aqsa


Sejarah Masjid Al-Aqsa:
1. Terletak di Baitul Muqaddis, dibina di Haram As-Syarif iaitu kawasan dimana terletaknya batu tempat Rasulullah SAW berpijak sewaktu baginda di angkat kelangit dalam peristiwa Isra' Mikraj.

2. Suasana kegemilangan Islam di Baitul-Muqaddis berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II mengisytiharkan Perang Salib yang pertama.

3. Setelah 88 tahun dijajah tentera Salib, pada tahun 1187 Masihi, Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya menakluk semula kota suci Islam ini dan sekali lagi Islam membuktikan ia bukan agama keganasan. Pembukaan kedua kota Baitul-Muqaddis ini tidak dicemari oleh sebarang pembunuhan rakyat biasa dan pilihan diberikan kepada penduduk kota ini, khususnya yang bukan Islam, samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di Baitul-Muqaddis di bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaan nyawa, harta dan tempat ibadat mereka.


4. Pada tahun 1948, dengan bantuan kuasa-kuasa Barat, Yahudi telah berjaya menubuhkan negara haram Israel dan sejak itu bumi anbiya’ ini tidak pernah kenal erti keamanan. Pada tahun 1967, tentera Yahudi laknatullah telah berjaya mencerobohi Baitul Muqaddis Timur dan telah meratakan Maghribi Quarter. 2 masjid dan 135 rumah rakyat Palestin telah diruntuhkan meninggalkan 650 orang rakyat Palestin tanpa rumah kediaman. 


5. Masjid Al-Aqsa berjaya ditawan semula oleh umat Islam hasil perjuangan penuh komitmen umat Islam Palestin yang mempertahankannya. 


6. Dengan penguasaan Baitul Muqaddis Timur ini cita-cita Yahudi untuk membina semula Haikal Yahudi Kedua (The Second Temple) semakin menjadi kenyataan kononnya, hasil doa tak putus-putus seluruh umat Yahudi, ‘Semoga Haikal Kedua dibina ketika zaman kami.,’ selama hampir 1,900 tahun. Obsesi sesetengah umat Yahudi Ortodoks dengan cita-cita ini menyebabkan mereka dengan bongkak mula mengadakan upacara sembahyang Yahudi di dalam kawasan Haram Asy-Syarif Al-Quds, walaupun ditegah oleh Ketua Majlis Rabbi Yahudi sendiri. Atas premis tidak mahu mengundang masalah lebih buruk dengan umat Islam yang amat marah dengan tindakan provokatif ini, Peguam Negara Israel pada masa tersebut telah mengharamkan perbuatan itu pada tahun 1969.


7. Empat bulan selepas itu, seluruh kawasan selatan Masjid Al-Aqsa mengalami kebakaran yang serius. Kebakaran itu dimulakan oleh seorang pelawat Yahudi Australia dan kejadian ini turut memusnahkan mihrab yang dibina oleh Sallahuddin Al-Ayyubi apabila tentera Salib dihalau keluar daripada kota suci ini lebih 700 tahun yang lalu.


8. Pada tahun 1981 pula, keangkuhan rejim Yahudi semakin menjadi-jadi apabila helikopter rejim itu telah sengaja diterbangkan pada altitud rendah sekitar kawasan Haram Asy-Syarif Al-Quds untuk menghalang dan mengganggu umat Islam beribadat di situ.


9. Kemudian, umat Islam dikejutkan pula dengan pendedahan Kementerian Hal-Ehwal Agama Palestin tentang wujudnya terowong rahsia yang dibina oleh kaum Yahudi. Terowong ini dikatakan adalah ekskavasi arkeologi pengkaji-pengkaji Yahudi yang cuba membuktikan secara saintifik sememangnya Masjid Al-Aqsa dibina di atas tapak Haikal Yahudi Kedua mereka itu. Ekskavasi haram ini mendapat kritikan ramai kerana tindakan tersebut dibimbangi boleh merosakkan struktur Masjid Al-Aqsa. Walaupun resolusi PBB dikeluarkan mengecam tindakan rejim Yahudi ini, ekskavasi tetap diteruskan tanpa sekatan.


10. Pada Januari 1983, pengawal keselamatan di Haram Asy-Syarif Al-Quds telah menemui bahan peledak di pintu masuk Haram Asy-Syarif. Pada bulan yang sama, sekumpulan ekstrimis Yahudi bersenjatakan Uzi dan M16 sambil membawa bahan peledak telah ditahan ketika cuba memasuki kawasan Haram Asy-Syarif. 


11. Pada tahun 1984 pula, rejim Israel telah mengarahkan tenteranya untuk mengawal di kawasan Haram Asy-Syarif kononnya untuk menghalang sebarang ‘acts of terrorism’ di tempat suci itu. Majlis Tertinggi Islam Palestin telah menghantar petisyen kepada Perdana Menteri Israel untuk menghentikan tindakan itu yang menghina kesucian Haram Asy-Syarif dan sepertimana yang dijangka, keangkuhan rejim Yahudi itu mengatasi segalanya. Petisyen tersebut ditolak mentah-mentah.


12. Pada tahun 2000 pula, Perdana Menteri Ariel Sharon dengan bongkak memasuki kawasan Al-Quds. Tindakan Perdana Menteri Israel yang mempunyai rekod buruk membunuh beramai-ramai wanita dan kanak-kanak Palestin di Shabra dan Shatilla telah membakar api kemarahan umat Islam dan seterusnya Intifadha Kedua dilancarkan, namun tanpa kemenangan abadi buat Islam di bumi Palestin.

No comments:

Post a Comment