Keluarga adalah unit terkecil di dalam satu-satu masyarakat namun pembangunannya secara langsung atau tidak adalah merupakan pembangunan masyarakat berkenaan. Jika diperluaskan lagi konsepnya maka pembangunan masyarakat keluarga itu akan menjadi faktor penentu dalam pembangunan satu-satu bangsa itu.
Dalam hal itu adalah penting bahawa pembangunan keluarga dirancang dan dilaksanakan supaya meliputi segala aspek dan aktiviti kehidupan manusia amnya dan keluarga khususnya, dengan tumpuan perhatian kepada aspek-aspek sosial, ekonomi juga politik.
Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang terdiri ketua keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat dibawah suatu unit kelompok kecil dalam keadaan saling bergantung antara satu sama lain. Anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian darah adaptasi atau perkawinan. Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam suatu rumah tangga dalam kedekatan yang konsisten dan hubungan yang erat.
Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang harus dipertahankan melalui peranan yang ada pada setiap ahli-ahli keluarga. Keharmonian berkeluarga boleh dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih saying, sifat hormat-menghormati, bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan, rumah dan sebagainya). Oleh itu, institusi keluarga adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat rohani dan jasmaninya, berilmu dan bermoral.
Dalam arus pembangunan masa kini, bentuk dan fungsi institusi keluarga telah banyak berubah. Peranan institusi keluarga pula dipindahkan kepada agen-agen sosialisasi lain seperti sekolah, polis, pejabat agama, pusat-pusat pemulihan, dan orang gaji. Agen-agen ini, bagaimanapun tidak dapat memenuhi peranan institusi keluarga. Perhubungan spiritual contohnya tidak mungkin dapat disempurnakan oleh institusi bukan kekeluargaan.
Dalam hal ini adalah penting pembangunan keluarga dirancang dan dilaksanakan supaya meliputi segala aspek dan aktiviti kehidupan manusia dengan tumpuan kepada aspek-aspek sosial, ekonomi juga politik serta selari dengan kehendak Ilahi, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya- Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah An-Nisa, ayat 1)
Latar Belakang Program.
Rancangan program motivasi keluarga ini adalah bertujuan membangunankan keluarga di peringkat rendah kepada peringkat yang lebih tinggi sama ada pada negeri atau negara dengan mengharapkan kemajuan ekonomi dan sosial yang positif. Perlaksanaan rancangan pembangunan telah mengubah peranan institusi keluarga ke arah yang lebih baik. Pada mulanya rancangan pembangunan yang telah dianjurkan oleh kerajaan telah membuka peluang pekerjaan kepada ahli keluarga. Ramai wanita dan rakyat di luar bandar mendapat pekerjaan dalam sektor perkilangan dan sektor awam. Penambahan pekerjaan dikalangan wanita memerlukan tugas-tugas ibu-bapa dipindahkan kepada atau dibantu oleh agen-agen sosialisasi seperti jiran, orang gaji dan ibu-bapa. Akhirnya banyak masalah sosial timbul akibat pemindahan peranan keluarga ini. Begitu juga program yang dilaksanakan melalui media massa dan elektronik. Pada awalnya program ini bermatlamat untuk menyebar maklumat-maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat. Bagaimanapun terdapat juga rancangan atau halaman yang meninggalkan kesan negatif. Rancangan berunsur keganasan contohnya, telah memberi kesan negatif kepada anak-anak. Masalah sosial akhirnya menjadi fenomena yang timbul akibat proses pembangunan yang ditumpukan kepada pembangunan fizikal. Pembangunan sosial yang dilaksanakan pula , kurang memberi kesan positif kepada masyarakat.
Sekarang kita sering mendengar bahawa terdapat kes berkenaan dengan keluarga yang terumbang ambing contohnya kes cerai, anak atau remaja lari dari rumah, keterlibatan golongan belia dalam gejala sosial, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Melalui program motivasi ini kita boleh menyelasaikan dan mengurangkan serba sedikit masalah negetif tentang kekeluargaan ini.
Keluarga adalah sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Perkembangan pemikiran, emosi dan juga tingkahlaku seseorang bermula di dalam suasana kekeluargaan sejak peringkat bayi lagi. Pembentukan moral anak-anak diperolehi melalui peniruan dan boleh juga dipelajari secara formal atau tidak formal.
Akibat pekerjaan di luar rumah, hubungan ahli keluarga pada masa ini bersifat individualistik dan egoistik kerana mengejar kejayaan kerjaya. Kos kehidupan juga meningkat sehingga kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja. Dalam banyak kes ahli keluarga juga perlu bekerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Pemeliharaan dan pendidikan anak-anak terabai.
Semua ibu dan bapa pada hakikatnya mengasihani anak-anak mereka dan menaruh cita-cita yang tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmuni dan bahagia. Senario mengejar perbelanjaan harian ini bagaimanapun telah menimbulkan tekanan emosi dikalangan ibu-bapa. Penceraian, penderaan dan kes juvana boleh berlaku akibat tekanan emosi yang tinggi di samping sikap tidak sabar di kalangan ibu-bapa.
Walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dibuat untuk mengatasi masalah dalam keluarga, statistik jelas menunjukkan keadaan sebaliknya. Kemungkinannya, program dan tindakan menangani masalah adalah terlalu umum seperti ceramah, perjumpaan dengan ibu bapa dan nasihat yang diselitkan semasa majlis diadakan. Selain daripada itu, tiada penilaian secara formal dibuat untuk mengukur keberkesanan program.
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian
Matlamat program motivasi kekeluargaan ini ialah menyediakan program-program yang sesuai untuk memantapkan institusi keluarga peserta. Pengisian program adalah berpandukan kepada kekekuatan ciri-ciri keluarga mithali. Peserta program diasaskan kepada profil utama keluarga bermasalah.
Tujuan program sebegini disarankan ialah bagi mengawal berlakunya masalah keluarga. Program pencegahan ini lebih efisen dilaksanakan kerana sudah banyak program yang pernah dilaksanakan bagi mengatasi keluarga bermasalah, namun ianya kurang berkesan.
Sehubungan dengan itu, objektif program ini adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti profil keluarga bermasalah dan cara penyelasaiannya.
ii. Mengenalpasti faktor-faktor penyumbang masalah keluarga mengikut jenis masalah yang kritikal.
iii. Mengenalpasti profil dan ciri-ciri kekuatan keluarga mithali.
iv. Mencadangkan program-program bagi memantapkan institusi keluarga.
MATLAMAT
- Mengukuhkan institusi keluarga
- Membawa wanita dalam arus pembangunan perdana
- Menangani masalah sosial.
Skop Program Motivasi.
Masalah keluarga secara umumnya bersifat berturutan. Terdapat banyak sekali masalah keluarga yang pernah diketengahkan seperti dibincangkan dalam program ini ditumpukan kepada lima masalah keluarga iaitu: Penceraian, Penderaan isteri, Penderaan anak, Keluarga tunggal, Keluarga yang terlibat dengan kes juvana.
Kepentingan Program.
Hasil penyertaan program ini dapat digunakan oleh peserta dan pelbagai pihak yang berkaitan khususnya institusi keluarga bermasalah melalui program-program yang dikemukakan. Di samping itu, ia diharap dapat membantu pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk melaksanakan program pemantapan keluarga yang berkesan.
i. Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan ketua keluarga tidak mempunyai pekerjaan tetap. Pekerjaan sampingan atau luar musim memerlukan masa yang tidak menentu sehingga pemeliharan dan pendidikan anak-anak terabai.
ii. Ahli keluarga ramai, pendapatan keluarga rendah dan kelulusan akademik tidak tinggi. Keluarga bermasalah juga tinggal dalam persekitaran yang sesak serta kurang sihat.
iii. Ketua keluarga yang berpendapatan rendah maupun berpendapatan pertengahan mengalami tekanan emosi akibat kos hidup yang tinggi di bandar, dimana mereka bekerja. Tekanan emosi dan pendapatan yang rendah menjadi punca masalah keluarga.
iv. Anak-anak keluarga bermasalah tidak mendapat sokongan spiritual yang sempurna kerana ibu-bapa sebok bekerja. Kekosongan jiwa kanak-kanak dan remaja boleh menyumbang kepada kes juvana.
v. Keluarga mithali sebaliknya mempunyai sikap positif dan tidak mengabaikan pendidikan akademik dan agama dan akhlak anak-anak.
STRATEGI
- Memberi bimbingan rohani dan jasmani kepada individu/keluarga untuk memanfaatkan kekuatan dan potensi diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapai melalui ceramah, bengkel/LDK, seminar, motivasi, khidmat nasihat dan sesi dialog.
- Mengkaji, mengawasi, menyelidik dan mengumpul maklumat serta data mengenai permasalahan kekeluargaan dan isu sosial dengan tujuan mengenalpasti tindakan dan program bagi mengatasi masalah tersebut.
- Menggembleng dan menggabungkan semua jabatan kerajaan dan badan sukarela untuk sama-sama berusaha menangani masalah sosial dalam masyarakat.
- Menyampaikan maklumat dan mempromosi program-program dan perkihdmatan yang dilaksanakan oleh YPK kepada masyarakat.
- Penghargaan dan pengiktirafan kepada individu dan organisasi di atas sumbangan dan jasa mereka dalam aktiviti sosial dan institusi keluarga.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada individu, keluarga dan masyarakat.
- Mempelbagaikan sumber pendapatan bagi membiayai program-program dan projek yang dirancang.
AKTIVITI
Program-program yang diatur dijalankan secara bersepadu dengan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan sukarela.
Program-program tersebut bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan kepada masyarakat terutama di kalangan ibu bapa dan anak-anak akan komunikasi dan cara-cara berkesan dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia dan harmoni.
Antara program/projek yang boleh dikendalikan bagi program motivasi kekeluargaan ini adalah seperti berikut:-
- Program Penghayatan Modul Keluarga SAKINAH
- Pusat Khidmat Sosial
- Bengkel Kaunseling Industri
- Bengkel Stress Wanita
- Kajian/Penyelidikan Sosial
- Seminar/Bengkel
- Pusat Maklumat dan Promosi
- Anugerah Penyayang Johor & Anugerah Keluarga Bahagia
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
- Pusat Dialisis Permas Jaya
- Dana Kebajikan Keluarga dalam masyarakat tempatan.
Jesteru itu kajian tentang keluarga bermasalah menjadi boleh mengenalpasti ciri-ciri masalah dan faktor-faktor penyumbang kepada masalah, agar langkah-langkah memantapkan institusi keluarga dapat disarankan.
Di antara fungsi dan kebaikan yang berkaitan dengan program ini ialah “ membantu dan melaksanakan matlamat bagi membentuk masyarakat harmoni, bahagia, sejahtera , penyayang dengan:
a. mengukuhkan institusi keluarga
b. membawa wanita dalam arus pembangunan dan
c. menangani masalah sosial
Para peserta motivasi ini juga akan mengetahui atau didedahkan dengan pelbagai jenis dan bentuk keluarga sebagai pengetahuan tambahan.
Bentuk-bentuk Keluarga
1) Tradisional.
(1) Nuclear Family atau Keluarga Inti.
Ayah, ibu, anak tinggal dalam satu rumah ditetapkan oleh sanksi-sanksi legal dalam suatu ikatan perkawinan, satu atau keduanya dapat bekerja di luar rumah.
(2) Reconstituted Nuclear
Pembentukan baru dari keluarga inti melalui perkawinan kembali suami atau istri. Tinggal dalam satu rumah dengan anak-anaknya baik itu bawaan dari perkawinan lama maupun hasil dari perkawinan baru.
(3) Niddle Age atau Aging Cauple
Suami sebagai pencari uang, istri di rumah atau kedua-duanya bekerja di rumah, anak-anak sudah meninggalkan rumah karena sekolah atau perkawinan / meniti karier.
(4) Keluarga Dyad / Dyadie Nuclear
Suami istri tanpa anak.
(5) Single Parent
Satu orang tua (ayah atau ibu) dengan anak.
(6) Dual Carrier
Suami istri / keluarga orang karier dan tanpa anak.
(7) Commuter Married
Suami istri / keduanya orang karier dan tinggal terpisah pada jarak tertentu, keduanya saling mencari pada waktu-waktu tertentu.
(8) Single Adult
Orang dewasa hidup sendiri dan tidak ada keinginan untuk kawin.
(9) Extended Family
1, 2, 3 geneasi bersama dalam satu rumah tangga.
(10) Keluarga Usila
Usila dengan atau tanpa pasangan, anak sudah pisah.
2) Non Tradisional
1) Commune Family
Beberapa keluarga hidup bersama dalam satu rumah, sumber yang sama, pengalaman yang sama.
2) Cohibing Coiple
Dua orang / satu pasangan yang tinggal bersama tanpa kawin.
3) Homosexual / Lesbian
Sama jenis hidup bersama sebagai suami istri.
4) Institusional
Anak-anak / orang-orang dewasa tinggal dalam suatu panti-panti.
5) Keluarga orang tua (pasangan) yang tidak kawin dengan anak
Fungsi Keluarga
6) Fungsi Biologi
(1) Untuk meneruskan keturunan
(2) Memelihara dan membesarkan anak
(3) Memenuhi kebutuhan gizi kleuarga
(4) Memelihara dan merawat anggota keluarga
7) Fungsi Psikologi
(1) Memberikan kasih sayang dan kebahagiaan
(2) Memberikan perhatian diantara anggota keluarga
(3) Membina pendewasaan kepribadian anggota keluarga
(4) Memberikan identiti keluarga
8) Fungsi Sosial
(1) Membina sosial pada anak
(2) Membina norma-norma tingkah laku sesuai dengan tingkah perkembangan anak
(3) Meneruskan nilai-nilai keluarga
9) Fungsi Ekonomi
(1) Mencari sumber-sumber penghasilan untuk memenuhi keperluan keluarga
(2) Pengaturan dan penggunaan penghasilan keluarga untuk memenuhi keperluan keluarga
(3) Menabung untuk memenuhi keperluan keluarga di masa yang akan datang. Misalnya : pendidikan anak, jaminan hari tua.
10) Fungsi Pendidikan
(1) Menyekolahkan anak untuk memberikan pengetahuan, ketrampilan dan membentuk perilaku anak sesuai dengan bakat dan minat yang dimiliki.
(2) Mempersiapkan anak untuk kehidupan dewasa yang akan datang dalam memenuhi perannya sebagai orang dewasa.
(3) Mendidik anak sesuai dengan tingkat-tingkat perkembangannya.
Menurut Friedman (1998) :
1) Fungsi Affective
(1) Menciptakan lingkungan yang menyenangkan dan sihat secara mental saling mengasuh, menghargai, terikat dan berhubungan.
(2) Mengenal identiti individu
(3) Rasa bahagia.
2) Fungsi Sosial
(1) Proses perubahan dan perkembangan individu untuk menghasilkan
interaksi sosial.
(2) Fungsi dalam masyarakat.
(3) Sasaran untuk kontak sosial didalam atau di luar rumah.
3) Fungsi Reproduksi
Menjamin kelangsungan generasi dan kelangsungan hidup masyarakat.
4) Fungsi Ekonomi
(1) Memenuhi keperluan tiap anggota keluarga
(2) Menambah penghasilan keluarga sampai dengan pengalokasian dana.
5) Fungsi Perawatan Kesihatan
Tugas-Tugas Keluarga Dalam Bidang Kesihatan Untuk dapat mencapai tujuan asuhan keperawatan keluarga, keluarga mempunyai tugas dalam penjagaan kesihatan para anggotanya. Membagi 5 tugas kesihatan yang harus dilakukan oleh keluarga yaitu :
(1) Konsep sihat sakit keluarga
(2) Pengetahuan dan keyakinan tentang sakit → tujuan kesihatan keluarga →keluarga mandiri
3) Mengenai gangguan perkembangan kesihatan setiap anggotanya.
4) Mengambil keputusan untuk melakukan tindakan yang tepat.
5) Memberikan rawatan kepada anggota keluarganya yang sakit dan yang tidak membantu dirinya karena cacat / usia yang terlalu muda.
6) Mempertahankan suasana di rumah yang menguntungkan kesehatan dan perkembangan kepribadian anggota keluarga.
7) Mempertahankan hubungan timbal balik antara keluarga dari lembaga-lembaga kesehatan yang menunjukkan pemanfaatan dengan fasilitas-fasilitas kesehatan yang ada.
No comments:
Post a Comment