Sunday, 9 October 2011

Modul Program Motivasi Pendidikan.


Pengenalan.

Motivasi belajar dan kemahiran belajar ialah dua elemen yang penting bagi melahirkan generasi pelajar yang cemerlang. Modul yang dirangka dan dihasilkan kan lebih menjurus ke arah membentuk sahsiah pelajar, mengimbangi kesepaduan ilmu Naqliyah dan Aqliyah serta memberi penekanan berkaitan dengan teknik belajar yang berkesan “Smart Learning”. Pelaksanaan program motivasi dan kemahiran belajar ini adalah berasaskan konsep gandingan di antara keilmuan Islam terdahulu yang mantap dan penggunaan teknologi moden yang bermanfaat. Konsep tersebut bertujuan memanfaatkan kembali keilmuan, motivasi dan teknik pengajian menurut Islam dengan penggunaan karangan ulama- ulama terdahulu sebagai salah satu sumber ilmu tanpa mengabaikan karangan-karangan dan teknik-teknik pembelajaran terkini.
          Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Pendidikan merupakan gagasan yang merupakan konsep, hasil penelitian dan penerapan bagi tujuan pengembangan minda bagi seseorang individu. Pendidikan juga berfungsi untuk membimbing dan meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap semua isu-isu tentang perkembangan inovasi dan teknologi globalisasi.

Pendidikan ialah usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusiaPendidikan pada masa kini mempunyai nilai yang cukup tinggi dalam masyarakat. Sekiranya program ini bermanfaat dan berguna bagi pendidikan masyarakat adalah menjadi lebih baik jika kita menggalakan pihak lain untuk mengadakan program motivasi seperti ini.

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. pendidikann proses pengubahan sikap dan tata laku seseorang atau kelompok orang dl usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pelatihan; proses, cara, pembuatan mendidik.

Menggunakan pelbagai kaedah pendekatan untuk memberi ruang kepada pelajar bagi mengaplikasikan kaedah-kaedah yang telah diberikan. Modul ini juga dapat membentuk para pelajar lebih berkeyakinan untuk menempuhi alam pembelajaran sebagai seorang insan sebenar dan khalifah Allah. Sebagai makhluk yang terbaik dan sebagai khalifah Allah sememangnya manusia layak mencapai kecemerlangan dalam hidup.

Matlamat pelaksanaan Program Kecemerlangan Pendidikan ialah bagi mempertingkatkan kecemerlangan  akademik dan sahsiah pelajar-pelajar Bumiputera di setiap peringkat persekolahan.
Program ini ialah melahirkan generasi pelajar yang cemerlang akademik tanpa mengabaikan kecemerlangan spiritual dan sahsiah. Melalui program ini pengguna diberi tunjuk ajar mencari,  menilai dan mengaplikasikan pelbagai teknik yang diterapkan secara berkesan.

Objektif
 Objektif pelaksanaan Program Kecemerlangan Pendidikan ini antara lain merangkumi perkara berikut:

1.      Meningkatkan kesedaran akan keperluan dan kewajipan menguasai ilmu dan mengamalkannya.
2.      Melahirkan generasi yang berpengetahuan dan mencintai keilmuan serta mampu mengimbangi kepentingan keilmuan Islam dan akademik dalam kehidupan.
3.      Menguasai teknik-teknik pembelajaran yang sistematik dan berkesan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.
4.      Memantapkan motivasi pembelajaran dan meningkatkan tahap keyakinan dan kemampuan diri dalam menghadapi pembelajarandan peperiksaan.
5.      Memberi pendedahan dan bimbingan kepada pelajar untuk memperolehi kemahiran berfikir dan kaedah alternatif dalam pembelajaran matapelajaran-matapelajaran kritikal.
6.      Mempertingkatkan prestasi akademik pelajar Bumiputera khususnya dalam matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.
7.      Membantu ke arah menjayakan proses anjakan paradigma masyarakat Bumiputera terhadap peranan dan tanggungjawab dalam menguasai ilmu dan pendidikan.
8.      Memberi pendedahan dan bimbingan kepada ibubapa dan guru-guru kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran alternatif dan inovatif dalam matapelajaran-matapelajaran kritikal.



NILAI
Untuk mencapai visi dan melaksanakan misi MODUL ini mengajak para peserta berpegang teguh kepada ”KHALIFAH” sebagai nilai teras. Sebagai Khalifah ada empat kewajipan makro yang patut dilaksanakan iaitu :
1. Ibadah khusus yang membabitkan hubungan manusia dengan pencipta.
2. Sistem Muhasabah yang membabitkan hubungan manusia dengan diri sendiri.
3. Sistem sosial yang membabitkan hubungan manusia dengan manusia.
4. Sistem pengurusan yang membabitkan hubungan manusia dengan alam semesta.




Kumpulan sasaran
Program Kecemerlangan Pendidikan  disasarkan kepada dua kumpulan iaitu:
1.      Pelajar
a.       Dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkan pengajian tinggi
2.      Ibu bapa
a.       Fokus kepada ibu bapa 'muda' dalam lingkungan umur tiga puluhan






Aktiviti Program

Pelbagai aktiviti diadakan dibawah Program Kecemerlangan Pendidikan. Senarai aktiviti ini akan diubahsuai berdasarkan situasi semasa dan dimantapkan dari masa kesemasa. Aktiviti yang dikenalpasti bagi tujuan kerjasama ini merangkumi

1.         Bengkel Kecemerlangan Matematik
2.         Bengkel Kecemerlangan Bahasa Inggeris
3.         Bengkel Kecemerlangan Sains
4.         Kem Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan.
5.         Seminar Keibubapaan Membimbing Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan Anak-Anak.

Teknik Penyampaian.

Penyampaian dilakukan secara interaktif melalui:
•           Tunjukcara
•           Quiz
•           Diskusi
•           Bengkel
•           Perbincangan
•           Tayangan LCD



Jadual Program.

•           Program ini memberi penekanan kepada 3 aspek kemahiran yang penting dalam menentukan kejayaan pelajar di mana didapati kemahiran ini amat kurang dikuasai oleh pelajar. 
•           Tiga aspek kemahiran ini ialah kemahiran intrapersonal (kesedaran motivasi & urusan diri) kemahiran belajar (teknik meningkatkan fokus, kesedaran tentang kepelbagaian kecerdasan - multiple intelligences, & kepelbagaian stail belajar - learning styles) serta kemahiran pengurusan masa (penjadualan belajar secara sistematik & strategik)
•           Kursus dua hari ini digabungkan dengan teori & praktikal (bengkel) untuk mempastikan pelajar mendapat kemahiran yang diajar.
•           Di akhir kursus para ibu bapa akan diberi taklimat agar pemantauan berterusan dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk mempastikan kesinambungan kursus dengan aktiviti anak-anak di rumah dapat dikekalkan ke arah kecemerlangan.

•           Memandangkan aspek motivasi diri dan kemahiran belajar ini penting bagi setiap pelajar, maka pihak kami akan mengadakan Kursus Pengurusan Pembelajaran Strategik (KPPS) di beberapa lokasi seluruh negara mulai awal bulan Mac hjingga bulan Mei ini dan ianya terbuka kepada semua pelajar rendah dan menengah. Kursus selama 2 hari ini akan dipenuhi dengan suntikan semangat, refleksi diri, strategi mengulang kaji, strategi pengurusan masa dan satu sesi majlis ilmu bersama ibu bapa iaitu strategi pemantauan pembelajaran anak-anak.
•           Kursus ini adalah penting kerana ia merupakan kemahiran asas dan bertindak selaku pembuka minda & jiwa pelajar dalam proses pembelajaran.

•           Penceramah utama yang  mengendalikan kursus ini ialah pakar motivasi dan pendidik terkenal. Fasilitator lain bertindak sebagai urusetia & pembimbing, manakala terdapat juga penceramah jemputan memberi input tambahan terutamanya dalam bidang bimbingan kerjaya dan kemasukan ke IPT.

Maklumat Perjalanan Program.
•           Kursus terbuka untuk pelajar menengah (Ting. 1 hingga 5), keutamaan diberi kepada pelajar yang akan menduduki UPSR, PMR & SPM 2007
•           Kursus dijalankan selama 2 hari (pagi hingga petang sahaja) pada hujung minggu atau di hari cuti semestar persekolahan.
•           Kursus meliputi bimbingan, serta bengkel untuk mempastikan pelajar memahami apa yang diajar serta boleh mempraktikkannya

1 comment:

  1. hello sir may i know what kind of activities that had you done in order to improve their intrapersonal, time management and kemahiran belajar? can you give us the flow of the programs and how to conduct it. it will help me to learn more from your response. tq

    ReplyDelete