Sumbangan Karyanya.
Aristotle
telah banyak memberi sumbangan melalui karya-karya yang telah dihasilkan oleh
beliau. Beberapa karya yang dihasilkan oleh Aristotle ialah dalam bentuk ilmiah
iaitu dalam bidang zoologi, biologi, dan botani melalui pengkajiannya di pantai
Asia dan Lyceum di Athens. Terdapat karya yang telah dilakukan. Iaitu W.D.Ross
membahagi tiga bidang utama karya Aristotle. Ketiga – tiga bidang itu ialah Karya
tulisan bersifat popular, Kumpulan data ilmiah, dan Bahan kuliah. Selain
itu terdapat karya – karya yang berkualiti yang telah dihasilkan oleh Aristotle
di dalam pecahan tiga bidang utama karya beliau. Contoh karya yang telah
dihasilkan ialah Categoriae, Analytica Priora, Topica, Physica,
Metaphysica,Meteorologica, Politica, Ethica Eudemia, Rhetorica, Poetica,
Logika, dan beberapa lagi karya.
Karya
beliau yang terbaik dihasilkan ialah logika kerana beliau dikatakan sebagai penemu,
pelopor atau bapa logika. Will Durant mengatakan: “The first
great distinction of Aristotle is that almost without predecessors,almost
entirely by his own hard thinking, he created a new science”. Ini kerana karya
yang dihasilkan oleh Aristotle sudah begitu sempurna dantidak perlu ditambah
sedikit pun. Kebanyakkan karya beliau telah digunakan oleh manusia untuk
rujukan serta kehidupan.
Aristotle
juga pernah menulis dalam karya
terawalnya iaitu, Exhortation to Philosophy, ‘mencari kebijaksanaan suatu
kepuasan, semua orang berasa senang dengan falsafah dan ingin menghabiskan masa
dengannya (falsafah) dan meninggalkan semua yang lain.’ Beliau mengajak manusia
untuk menjalani kehidupan seperti mana yang kita sendiri mahu. Kita tidak boleh
menjalani kehidupan atas kehendak orang lain. Kebahagiaan dalam sebuah
kehidupan amat penting. Hal ini kerana dengan kehidupan yang bahagia akan
mewujudkan jiwa yang tenteram. Hal inilah yang di maksudkan oleh Aristotle.
Jika kita hidup mengikut kehendak orang lain nescaya hati kita dan jiwa kita
akan memberontak mahukan kebebasan. Manusia yang tidak bebas dalam kehidupan akan
mudah mengalami kemurungan. Manusia yang mengalami kemurungan akan sentiasa
beranggapan dunia ini tidak menyeronokkan. Sedangkan dunia ini penuh dengan
warna-warni keceriaan. Aristotle tidak beranggapan dunia ini sesuatu yang
membosankan kerana beliau mengkaji dunia ini. Beliau yakin bahawa dunia ini
sesuatu yang menyeronokkan kerana di dalam dunia ini terkandung 1001 rahsia
yang belum kita ketahui. Oleh itu, Aristotle banyak mengkaji dunia ini untuk
menyingkap 1001 rahsia yang terkandung. Oleh itu lahirlah resipi kebahagiaan
yang Aristotle wujudkan. Resipi beliau amat mudah kerana jika mengikut resepi
beliau segala yang di fikirkan oleh manusia yang mengikut kehendak diri sendiri
akan mencapai kebahagiaan. Hal ini disebabkan manusia melakukan sesuatu pekerjaan
itu dengan keikhlasan diri sendiri dan tiada paksaan. Maka pekerjaan itu
dilakukan dengan mudah dan perasaan yang mengembirakan. Pekerjaan yang susah
juga akan menjadi senang.
Sesungguhnya,
Aristotle amat bijak dalam mengkaji ilmu pengetahuan. Kebanyakkan ilmu
falsafahnya mengenai kehidupan seharian manusia. Ilmu falsafah yang Aristotle
kemukakan diikuti oleh anak muridnya. Aristotle turut menyampaikan ilmu
falsafahnya kepada masyarakat lain tidak seperti ahli falsafah yang lebih
terdahulu sepertinya yang hanya mengkaji ilmu falsafah tetapi tidak
menyampaikan dan diikuti oleh masyarakat pada masa itu.Aristotle mengajar
masyarakat setempatnya pada masa dahulu sama-sama berfikir sepertinya. Oleh
itu, beliau akan mengajar anak muridnya yang istemewa pada waktu pagi manakala
orang awam beliau akan mengajar pada waktu petang. Kaedah pengajaran beliau
banyak berbentuk penyelidikan. Hal ini disebabkan, Aristotle mahu masyarakat
setempatnya banyak berfikir dan menghargai kehidupan di dunia ini. Beliau mahu
masyarakat mengkaji segala ilmu pengetahuan dengan mendalam dan terperinci.
Mengetahui segala ilmu dalam pelbagai aspek dan mengambil kira pandangan orang
lain untuk mengkaji sesuatu bidang ilmu.Falsafah yang dikemukakan oleh
Aristotle iaitu kebahagiaan amat disenangi oleh masyarakat. Hal ini disebabkan
Aristotle mengemukakan prinsip yang mudah. Aristotle menyeru supaya manusia
mengikut kehendak diri sendiri di samping perlu patuh kepada Tuhan. Memang
lumrah manusia mempercayai kewujudan Tuhan. Mahu mengabdikan diri kepadanya
tetapi perlu seiring dengan kehidupan di dunia. Manusia tidak perlu menumpukan
hanya kepada akhirat sahaja.
Bentuk
kajian Aristotle sangat jelas. Idea-idea yang dikemukakan oleh Aristotle
mengenai kehidupan tradisi dalam perkembangan ilmu pengetahuan amat jelas.
Setiap ilmu pengetahuan yang dikaji oleh beliau tidak hanya memandang satu
sudut sahaja. Beliau mengambil kira semua aspek dan semua pandangan orang lain.
Beliau menjelaskan bahawa kajian mengenai hakikat tentang kehidupan sukar dihuraikan
jika memandang hanya satu aspek. Oleh itu harus memandang kepada aspek
lain.Beliau menyatakan bahawa hakikat mengenai kehidupan ini tidak akan ada
masyarakat berasa puas hati jika mengkaji hanya satu aspek tanpa memandang
aspek lain. Manusia akan terus mencari sesuatu maklumat mengenai kehidupan ini
sehingga manusia itu berasa puas hati. Setiap kehidupan yang dilalui oleh
manusia adalah berbeza. Oleh itu, manusia akan memberi tafsiran mengenai
kehidupan mereka yang berwarna-warni itu. Beliau menasihati anak muridnya yang
turut sama mengkaji supaya memerhatikan pendapat-pendapat yang benar dan juga
pendapat yang palsu. Kemudian dibezakan pendapat benar dan pendapat yang palsu.
Memerhati dengan mata yang tajam perbuatan yang dilakukan oleh manusia seharian.
Setiap pemerhatian itu mempunyai kebenaran. Maka keinginan dapat dipenuhi. Oleh
itu, jika manusia mempercayai sesuatu perkara dan perkara itu adalah sesuatu
yang benar maka itulah tanda perkara yang mungkin benar dan kurangnya kepalsuan
di dalam hakikat kebenaran tersebut.
Kesimpulannya,
kajian dan karya- karya Aristotle amat mengagumkan. Aristotle meningal dunia
pada musim bunga tahun 322 S.M. Ketika itu beliau berusia 62 tahun dan berada
di kemuncak kekuatan kajiannya. Setelah kematian beliau, sahabat dan juga
muridnya Theophrastus mengambil alih tugasnya dan Lyceum kekal sebagai pusat
pengajian Sains dan falsafah yang berjaya. Tetapi pada abad ketiga S.M sinar
Aristotelianisme menjadi pudar. Mazhab-mazhab pemikiran yang lain seperti
Stoik, Epicuruiah, Skeptik telah menguasai pentas falsafah dan sains berkembang
berasingan daripada falsafah dan menjadi lapangan pakar. Sungguhpun begitu
Aristotle tidak pernah dilupakan dan sentiasa dikenang segala usaha beliau
dalam ilmu falsafah ini.
No comments:
Post a Comment