Thursday 15 December 2011

Martin Heideigger





Pengenalan
         Martin Heidegger ialah salah seorang daripada ahli-ahli falsafah yang berasal daripada abad ke-20 dan mempunyai pelbagai kontroversi. Pemikiran beliau telah menyumbang kepada bidang yang pelbagai iaitu seperti fenomenologi (Marleau-Ponty), eksistensialisme (Sarte, Ortega Gasset), hermeneutics (Gadamer, Ricoeur), teori politik (Arent, Marcuse, Herbamas), psikologi (Boss Binswanger, Rollo May), dan teologi (Bultmann, Rahner, Tillich). Kritikannya terhadap metafizik dan bantahannya untuk positivisme dan penguasaan teknologi telah dipegang oleh ahli-ahli teori utama postmodernity (Nora, Faucault, dan Lyotard). Sebaliknya, penglibatan beliau dalam penggerakkan Nazi telah mencetuskan perdebatan yang sangat hebat. Walaupun beliau tidak pernah mengakui bahawa falsafahnya berkaitan dengan politik namun pertimbangan politik telah mempengaruhi falsafah-falsafah beliau.

           Tumpuan utama, Heidegger ialah bidang kajian ontologi dan kewujudan. Dalam risalah asas, ‘kewujudan dan masa’ beliau cuba mencapai maksud kewujudan (Sein) melalui analisis fenemenologikal mengenai kewujudan manusia (Dasein) berkenaan dengan watak duniawi dan sejarah. Apabila beliau telah  merubah fikiran (pusingan), Heidegger telah memberi penekanan bahawa bahasa sebagai alat untuk merungkaikan persoalan mengenai kewujudan. Beliau merujuk kepada tafsiran teks sejarah, terutamanya Presocratics, juga dari Kant, Hegel, Nietzsche dan Holderlin.
Beliau menguasai pelbagai subjek seperti puisi, senibina, dan teknologi, serta beliau juga cuba untuk mencari penjelasan yang penuh pengertian dan cuba untuk mengejar sejenis pemikiran yang bukan lagi ‘metafizikal’. Beliau mengkritik tradisi falsafah barat yang dianggap sebagai ‘nihilistic’, beliau menyatakan bahawa persoalan mengenai kewujudan telah terhapus dari falsafah barat. Martin Heidegger juga menegaskan bahawa budaya teknologi moden telah dipengaruhi fahaman nihilisme. Melalui pemikiran permulaan Presocratic barat, beliau ingin mengulangi pengalaman awal Greek mengenai kewujudan, maka barat boleh berpaling dari pengaruh nihilisme dan memulakan pembaharuan. Hasil penulisannya yang paling dikenali iaitu ‘kewujudan dan masa’ kekal sebagai karyanya yang paling berpengaruh.
Riwayat hidup dan kerjaya Martin Heidegger (1889-1976)

              Martin Heidegger telah dilahirkan pada 26 September 1889 di Messkrich barat daya, Jerman dalam sebuah keluarga Katolik. Ayahnya bekerja sebagai penggali kubur di sebuah gereja tempatan. Pada usia awal remaja, Martin Heidegger telah dipersiapkan untuk menjadi golongan paderi. Pada tahun 1903, dia menuntut ilmu di sekolah tinggi Konstanz, di mana sebuah gereja menyokong beliau dengan memberi tanggungan biasiswa dan pada tahun 1906 pula, beliau berpindah ke Freibrug. Minat beliau di dalam bidang falsafah timbul apabila semasa sedang melakukan kajian di sekolah menengah Freiburg pada usia tujuh belas tahun, dimana beliau membaca sebuah buku hasil karya Franz Brentano yang bertajuk “berbagai-bagai makna kewujudan menurut Aristotle”.
Melalui rasa tanggungjawab dirinya sendiri, beliau telah berinspirasi untuk mencari makna mengenai kewujudan sepanjang hayatnya. Pada tahun 1909, beliau berjaya menamatkan zaman sekolah menengahnya, dan keluar dengan menjadi orang baru Jesuit (paderi pelatih), namun begitu dia disingkirkan dalam masa sebulan disebabkan masalah kesihatan. Beliau kemudiannya memasuki Universiti Freiburg dimana mempelajari ilmu teologi. Walau bagaimanapun, disebabkan masalah kesihatan yang melanda diri  serta kekurangan kekuatan semangat beliau, Martin Heidegger telah meninggalkan seminar pada 1911 berhenti dari latihan untuk menjadi paderi. Beliau mengambil kajian dalam bidang falsafah, matematik dan sains semula jadi. Pada masa itu juga beliau mula dipengaruhi oleh Edmund Husserl dan telah mengkaji mengenai “Siasatan Logik Husserl”. Pada tahun 1913 beliau berjaya menamatkan pengajian doctor falsafah dalam bidang falsafah  dengan disertasi di atas “Doktrin Penghakiman dalam Psikologisme” di bawah arahan ahli falsafah neo-Kantian Heinrich Rickert.
Perang Dunia Pertama tercetus menjejaskan sedikit karier akedemik Heidegger. Pada zaman berlakunya peperangan beliau telah dikerah menjadi tentera tetapi dua bulan selepas itu beliau dilepaskan atas sebab-sebab kesihatan beliau yang tidak menentu. Heidegger mula membuat tesis Habilistasi iaitu syarat untuk mengajar di universiti  dengan harapan agar beliau dapat mengambil alih kerusi jawatan falsafah Katolik di Freiburg. Tesisnya yang bertajuk ‘Doktrin Duns Scotus mengenai kategori dan makna’ telah siap pada 1915. Pada tahun yang sama beliau telah dilantik sebagai “Privatdozent” atau pensyarah. Beliau banyak mengajar tentang kursus-kursus dalam falsafah Aristotle, dan menganggap dirinya sebagai pendirian perkhidmatan Katolik sedunia.
                        Pada tahun 1916, Heidegger telah menjadi rakan kepada Edmund Husserl  apabila kedua-dua mereka telah menyertai fakulti Freiburg. Pada tahun yang berikutnya pula beliau telah berkahwin dengan Thea Elfride Petri iaitu seorang pelajar dari aliran Protestan yang telah menghadiri kursus itu sejak kejatuhan aliran itu pada tahun 1915. Kerjaya beliau diganggu sekali lagi oleh perkhidmatan tentera pada tahun 1918. Selepas sepuluh bulan berkhidmat beliau kembali ke Freiburg dan beberapa minggu selepas itu beliau telah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi mengikuti sistem Katolik (9 Januari 1919), beliau telah dilantik sebagai pembantu Husserl pada (21 Januari 1919), dan mula mengajar dengan cara baru yang lebih berwawasan pada (7 Februari 1919). Kuliahnya mengenai tentang fenomenologi dan tafsiran kreatif Aristotle kini telah mendapat pujian yang meluas. Namun demikian, Heidegger tidaklah menjadi pengikut setia Husserl, terutamanya terpengaruh dalam perkembangan pemikiran Husserl yang berkaitan dengan neo-Kantian terarah kepada subjektiviti yang utama tetapi terus kepada nilai kerja yang lebih awal iaitu berdasarkan siasatan logik akal. Selepas itu Heidegger memulakan pentafsirannya semula mengenai radikal fenomenologi Husserl.




            Pada tahun 1923, Heidegger dilantik sebagai profesor madya di Universiti Marburg dengan sokongan Paul Natorp. Pada tahun 1923 sehingga 1928, beliau melalui tahun-tahun yang paling cemerlang dalam keseluruhan kerjaya perguruan. Heidegger memperluaskan skop kuliahnya dan mengajar mengenai kursus sejarah falsafah, logik, masa, fenomenologi, Plato, Aristotle, Aquinas, Kant dan Leibniz. Dalam hanya beberapa tahun buku “kewujudan dan masa” telah diakui sebagai buku falsafah paling bersejarah pada abad ke-20. Hal ini telah menguntungkan Heidegger apabila beliau telah dilantik professor pada  musim luruh, 1927 dan setahun kemudian beliau menduduki kerusi falsafah Universiti Freibrug setahun selepas persaraan Husserl.
            Seterusnya, kehidupan Heidegger memasuki peringkat yang bermasalah dan kontrovesi dengan kebangkitan kuasa Hitler. Pada september 1930, pihak Adolf Hitler Kebangsaan Pekerja Sosoalis Jerman (NSDAP) menjadi parti kedua terbesar di Jerman dan pada 30 Januari 1933 pula, Hitler telah dilantik sebagai kaunselor Jerman. Selepas Heidegger melibatkan diri beliau seolah-olah yakin bahawa dia boleh memimpin pergerakan Nazi ke arah yang betul. Pada 3 Mei 1933, beliau menyertai Nazi (NSDAP). Ucapan sulongnya pada 27 Mei 1933 ditafsirkan sebagai tanda sokongan terhadap rejim Hitler. Semasa perkhidmatan beliau sebagai rektor beliau menghasilkan beberapa kata-kata dalam aliran Nazi, sebagai contoh “Pengisytiharan Sokongan untuk Adolf Hitler dan Negeri Sosialis Nasional” yang disampaikan pada bulan  November, 1933.
            Namun, selepas itu Heidegger meletakkan jawatan dari jawatannya dan tidak mengambil bahagian selanjutnya di dalam bidang politik lagi. Selepas beliau meletakkan jawatan dari bidang politik kerana ketidaksefahaman, beliau dilarang untuk mengajar pada tahun 1946 tetapi ditarik semula pada tahun 1949. Sepanjang kehidupannya tiga dekad yang lalu, dari pertengahan 1940 hingga pertengahan tahun 1970an Heidegger banyak menulis dan menerbitkan penulisannya. Kemudiannya, Heidegger meninggal dunia pada 26 Mei 1976 dan telah dikebumikan di perkuburan Kristian berdekatan dengan gereja di Messkrich.
Hasil Karya
Penerbitan awal transkrip dan syarahan beliau telah di kumpulkan dalam Gesamtausgabe (edisi lengkap kerja beliau). Gesamtausgabe diterbitkan oleh Vittorio Klostermann. Siri ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu, pertama tulisan yang diterbitkan, 1910-1976, kedua syarahan dari Marburg dan Freiburg, 1919-1944, ketiga Monograf persendirian dan kuliah, 1919-1967 dan yang keempat nota dan pecahan atau cebisannya. 
Antara yang tersenarai bahagian pertama ialah penulisan beliau yang diterbitkan adalah Sein und Zeit (1927), diterjemahkan sebagai Makhluk dan Masa oleh John Macquarrie dan Edward Robinson (Oxford: Basil Blackwell, 1978), Kant und das Problem der Metaphysik, diterjemahkan sebagai Kant dan Masalah Metafizik, oleh Richard Taft (Bloomington: Indiana University Press, 1997), "Die Zeit des Weltbildes" yang diterjemahkan sebagai "The Age Picture World" oleh William Lovitt dalam persoalan mengenai teknologi dan esei lain (NewYork: Harper & Row, 1977), "Nietzsches Wort 'Gott ist tot" yang diterjemahkan sebagai "Perkataan Nietzsche: 'Tuhan Apakah Mati" oleh William Lovitt dalam persoalan Mengenai  teknologi dan esei lain, "Wozu Dichter?" Yang diterjemahkan sebagai "Kenapa penyair ada?" Oleh Albert Hofstadter, Puisi, Bahasa, dan Pemikiran, "Das Ding" yang diterjemahkan sebagai "benda" oleh Albert Hofstadter, dalam Puisi, Bahasa, dan Pemikiran, Der Satz vom Grund (1955-1956) diterjemahkan sebagai Principle of Reason oleh Reginald Lilly (Bloomington: Indiana University Press, 1991) dan yang terakhir sekali ialah, seminare pada tahun (1951-1973).
Bahagian kedua pula ialah mengenai syarahan beliau dari Marburg dan Freiburg (1919-1944). Antaranya ialah, Beginn der neuzeitlichen Philosophic (semester musim sejuk, 1923-1924), Aristotle: Rhetorik (semester musim panas, 1924), Platon: Sophistes (semester musim sejuk, 1924-1925) diterjemahkan sebagai yang pandai memutar Plato oleh Richard Rojcewicz dan Andre Schuwer (Bloomington, Indiana University Press, 1997), Prolegomena zur Geschite des Zeitbegriffs (semester musim panas, 1925) diterjemahkan sebagai Sejarah Konsep Masa oleh Theodore Kisiel (Bloomington: Indiana University Press, 1985),
Grundbegriffe der antiken Philosophic (semester musim panas 1926), Geschichte der Philosophic von Thomas v. Aquin bis Kant (semester musim sejuk 1926-1927), Die Grundprobleme der Phänomenologie (semester musim panas 1927) diterjemahkan sebagai Masalah Asas Fenomenologi oleh Albert Hofstadter (Bloomington: Indiana University Press, 1982), dan Die Grundbegriffe der Metaphysik: Welt-Endlichkeit-Einsamkeit (semester musim sejuk, 1929-1930) diterjemahkan sebagai Konsep Asas-Metafizik oleh William McNeill dan Nicholas Walker (Bloomington: Indiana University Press, 1995).
Monograf persendirian dan kuliah (1919-1967) merupakan bahagian ketiga yang antaranya terdiri daripada Der Begriff der Zeit (1924) dan diterjemahkan sebagai Konsep Masa oleh William McNeill, (Oxford: Blackwell, 1992), Beiträge zur Philosophic (vom Ereignis) (1936-1938) dan diterjemahkan sebagai Sumbangan kepada Falsafah: (Dari Enowning) oleh Parvis Emad dan Kenneth Maly (Bloomington: Indiana University Press, 1999), Refleksi, metafizik dan nihilisme, mengatasi metafizik, intipati nihilism, Hegel, perbincangan pendekatan dalam negatif, Hegel (1938,1939,1941), pengjelasan “pengenalan” untuk ‘fenemenologi roh”, Hegel (1942), sejarah (1938-1940), persoalan kebenaran sebagai isu awalan, The Aletheia : ingatan sel permulaan pertama daripada Ousis (1937), nota kepada "sifat tanah" (1936) dan yang terahir sekali ialah ujian daripada “ sein und zeit”, (1936).
            Bahagian terakhir sekali ialah mengenai dengan  nota dan cebisan beliau, antaranya ialah ; sifat bahasa (1937), Penampilan dan realiti (1937),amalan berfikir, kedudukan asas metafizik dari segi pemikiran barat, ancaman kepada sains ( pertimbangan II-VI, pertimbangan VII-XI, pertimbangan XII-XV),  dan banyak lagi. Itulah di antara bahagian-bahagian hasil karya beliau sama ada yang telah diterjemahkan atau tidak yang dapat disenaraikan.
Idea-idea dan fahaman serta pengaruhnya
Idea-idea serta fahaman  Martin Heidegger antara salah satunya ialah berkaitan dengan fenomenologi ontologi. Heidegger mengembangkan falsafah Husserl ke level ontologi, iaitu refleksi mengenai realiti keseluruhan sebagai "Ada" atau “kewujudan”. Merujuk kepada penulisan Dorothea Frede yang berjudul  The Questions of Being: Heidegger 's Project . Heidegger adalah seorang yang sangat mahir di dalam kaedah Sokratik. Di dalam kuliah-kuliahnya, ia seringkali mengajukan soalan-soalan tajam kepada para pendengar kuliahnya, supaya mereka menjadi bingung, dan mempersoalkan semua andaian-andaian pemikiran yang mereka miliki, serta dapat memulakan perbincangan dengan pemikiran terbuka.
            Projek utama falsafah Heidegger adalah mempersoalkan makna "ada". Konsep ini sememangnya sudah menjadi sebahagian dari refleksi falsafah selama berkurun-kurun. Heidegger kemudian menggunakan konsep tersebut di dalam falsafahnya. Namun apa sesbenarnya erti kata ‘Ada’?Apa kepentingan dari konsep itu? Di dalam falsafah Heidegger, perkataan itu sendiri mempunyai pelbagai makna. Salah seorang pengulas yang bernama Hubert Dreyfus pernah berpendapat, bahawa Ada adalah latar belakang dari semua tindakan seharian manusia yang dapat difahami dengan akal budi. Thomas Sheehan, merupakan penyokong fahaman Heidegger yanglain, berpendapat bahawa konsep ‘ada’ merupakan konsep yang merangkumi keseluruhan realiti. Ada adalah konsep yang ada di dalam setiap bentuk ilmu pengetahuan manusia tanpa terkecuali.
            Setiap pemikir ternama biasanya mempunyai satu idea dasar yang bersifat revolusi. Idea asas sesuatu  idea dasar itu biasanya merupakan jawapan kepada suatu soalan yang kukuh dan sukar untuk dipengaruhi oleh sebarang perubahan. Soalan itulah yang akan membangkitkan seluruh refleksi falsafah, ahli-ahli falsafah ternama. Perkara ini berlaku di dalam falsafah Heidegger. Menurut kajian yang dibuat oleh Frede, persoalan utama di seluruh falsafah Heidegger sebenarnya adalah, apa maksud sebenar konsep Ada? Falsafah persoalan ini digunakan dalam ontologi, iaitu penyelidikan tentang Ada yang merupakan dasar dari seluruh realiti. Maka dapat juga dikatakan, bahawa falsafah Heidegger tertumpu  pada ontologi. 
Namun ontologi Heidegger tidak sama dengan ontologi yang sudah ada sebelumnya. Seiring dengan peredaran masa, pemahaman dari persoalan tentang Ada sudah pun berubah. Jika diteliti secara mendalam, konsep Ada  sebenarnya  berada di dalam setiap hal seperti  adanya  batu,   adanya   manusia, adanya haiwan, dan sebagainya. Lalu, konsep  ‘ada’  manakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Heidegger? Atau adakah ia mencari makna ‘ada’ yang mendasari seluruh realiti? Jika dilihat dari karya-karyanya, Heidegger hendak mencari makna ‘ada’ yang asas daripada  ada-ada lain, yang memang terdapat di semua hal. Maka dari itu soalan tentang ada haruslah diubah menjadi, apakah yang dimaksudkan dengan ‘ada’ yang mendasari ada-ada yang lain di dalam realiti.
            Menurut kajian Frede, minat Heidegger pada masalah ‘ada’ dan ontologi secara keseluruhan bermula, ketika beliau membaca tulisan Franz Brentano yang berjudul  On the Several Sense of Being in Aristotle . Salah seorang ahli falsafah Yunani Kuno yang terbesar, iaitu Aristotle, pernah berusaha untuk mendefinisikan ontologi, sebagai ilmu tentang ada ( science of being ). Bahkan sebelum falsafah Yunani Kuno berkembang, konsep ‘ada’ sudah menghasilkan tindak balas dalam jumlah yang besar dari golongan pemikir. Mereka kerap menyebutnya sebagai "idea utama", atau "dasar". Konsep ‘ada’ melibatkan dua perkara yang sangat penting di dalam diri seorang pemikir, iaitu kemampuan berfikir secara abstrak, iaitu mengenai apa yang sama dari segala sesuatu yang berbeza di dalam realiti, dan keupayaan memberi tindak balas atau dengan erti kata lain menilai diri sendiri dan berfikir secara mendalam. 
            Menurut Frede orang yang pertama kali mengajukan soalan tentang ‘ada’ secara sistematik adalah Plato. Beliau mengadakan perdebatan tentang konsep ‘ada’ dengan golongan sofis, iaitu golongan yang sering mengeluarkan hujah-hujah bantahan dengan tujuan atau niat untuk menyesatkan. Kaum sofis sendiri tidak percaya adanya kebenaran mutlak. Bagi mereka segala sesuatu di muka bumi ini adalah saling berkait. Maka dari itu hal yang salah boleh menjadi benar, dan sebaliknya, selama orang mampu memberikan hujah tentangnya. Bagi Plato sendiri permasalahan berkaitan dengan ‘ada’ adalah masalah  gigantotnacbia , yang bererti masalah golongan tokoh-tokoh ternama tenteng pemikiran masing-masing. 
Heidegger sendiri sedar akan hal ini. Namun pemikir yang sungguh-sungguh memberikan pengaruh besar di dalam ontologi, ilmu tentang ada, adalah Aristotle, murid Plato. Heidegger sendiri memang banyak berpijak pada pemikiran Aristotle. Ia juga berpendapat bahawa seluruh sejarah pemikiran manusia adalah sejarah “forgetfulness of being” iaitu kelupaan terhadap “ada”.
            Heidegger sendiri memerlukan masa yang lama untuk mendalami tradisi atau cara  berfikir Aristotelian ini. Bahkan menurut Frede pula, tulisan-tulisan Heidegger sebelum  Being and Time , seperti   The Doctrine of Judgment in Psychologism   dan  The Theory of Categories and Meaning of Duns Scotus , tidak menunjukkan keaslian pemikiran-pemikiran revolusi. Andaikata beliau puas dengan karya-karya itu, tentu saja namanya tidak akan dikenali sebagai salah satu ahli falsafah terbesar sepanjang sejarah. 
           Walaupun tidak dianggap sebagai sesuatu yang revolusi, pemikiran-pemikiran Heidegger muda sebenarnya juga mengandungi hujah yang kuat. Beliau berpendapat bahawa makna dari kesedaran manusia tidak akan pernah boleh didapati hanya dengan sekadar melihat realiti dengan pancaindera. Hujah ini membawanya kepada fenomenologi Edmund Husserl. Kesedaran manusia berbeza dengan apa yang disedarinya sebagai ada. Dalam hal ini kita perlu membezakan isi fikiran itu sendiri, dengan objek dari fikiran tersebut. Orang boleh berfikir tentang makanan. Namun satu hal yang pasti, bahawa fikiran itu sendiri bukanlah makanan. Ini bererti buah fikiran berbeza dengan aktiviti berfikir. Begitu pula konsep ada itu sendiri berbeza dengan ada-ada lain yang terkandung di dalam segala sesuatu yang ada di dalam realiti.
           Perkembangan pesat di dalam pemikiran Heidegger muncul, ketika dia menyelesaikan kedua-dua karyanya, iaitu mengenai tentang pemikiran Duns Scotus. Heidegger tertarik pada pemikiran Duns Scotus, kerana beliau adalah ahli falsafah pertama yang menolak sistem kategori dan bahan Aristotle. Bagi Scotus sistem Aristotle tidak mencukupi untuk memahami konsep Tuhan. Scotus adalah seorang ahli falsafah abad pertengahan yang berusaha memberikan pemahaman rasional terhadap konsep Tuhan. Baginya Tuhan tidak sama dengan bahan. Kebaikan Tuhan juga tidak sama dengan kebaikan di dalam benda-benda lain.
Menurut Heidegger pemikiran Scotus sudah membuka kemungkinan untuk membangunkan perubahan tentang ada. Dalam erti kata ini ialah  ada merupakan sesuatu yang tidak hanya berlaku untuk benda-benda, tetapi juga untuk manusia. 
Dengan kata lain ada menjadi sebahagian dari seluruh realiti, termasuk realiti hakiki manusia.  Bagi Scotus hubungan antara dunia dan manusia melibatkan konsep subjektif. Tugas ahli falsafah menurut Heidegger adalah menjelaskan rangkaian sesuatu makna. Rangkaian makna itu adalah struktur dari realiti. Itulah Ada.   
            Namun menurut Scotus konsep ada berbeza-beza untuk setiap perkara. Ia kemudian membezakan dua perkara, iaitu ada dari alam ( being of nature ) dan ada dari akal budi ( being of reason ). Dalam erti ini kebenaran yang ada di dalam akal budi tidak sama dengan kebenaran yang ada di dalam alam. Fikiran adalah penanda buku, sementara benda di alam adalah petanda. Penanda dan petanda memang berkaitan, tetapi tidak semestinya sama. Dalam hal ini Heidegger sependapat dengan Scotus. Heidegger pun menolak teori cermin tentang realiti. Ia menolak bahawa fikiran kita mencerminkan apa yang ada di dalam realiti. Satu perkara dari pemikiran Scotus yang kiranya sungguh mempengaruhi Heidegger adalah, bahawa walaupun fikiran dan realiti itu tidak selalu sama, namun kewujudan realiti itu sendiri ditentukan oleh pengertian subjek tentangnya. Inilah yang disebut sebagai subjektiviti yang objektif ( objective subjectivity ). Yang objektif adalah yang diberikan sebagai objektif ( object-givenness ) oleh bahasa kepada fikiran manusia. Di dalam karya terbesarnya yang berjudul  Being and Time , Heidegger menitikberatkan kaitan antara bahasa, penafsiran, dan alam objektif. Pemahaman manusia bukan merupakan pemahaman tentang dunia pada dirinya sendiri, kecuali ianya telah dihubungkan oleh bahasa dan tafsiran dan tafsiran mahupun bahasa memang sudah terkandung di dalam rangkaian makna budaya tertentu.
            Lalu apa beza falsafah Heidegger dengan falsafah tradisional lain yang banyak bercakap tentang ada? 12 tahun sebelum Heidegger menulis karya terbesarnya yang berjudul Being and Time  dari karya sebelumnya Husserl telah menulis tentang ada. Menurut Frede gaya berfalsafah Heidegger di dalam  Being and Time  sangat dipengaruhi oleh pemikiran Edmund Husserl. 
Namun walaupun berhutang budi pada Husserl, Heidegger tetap mempunyai banyak perbezaan hujah dengannya. Sekurang-kurangnya ada dua bentuk pengaruh Husserl yang sangat jelas di dalam pemikiran Heidegger. Yang pertama Heidegger sendiri sudah mengakui, bahawa beliau sangat terpengaruh dengan buku karangan Husserl yang berjudul  Logical Investigations
 Sewaktu  dia bertemu secara langsung dengan Husserl, Heidegger menyedari peranan fenomenologi di dalam persoalan tentang ada. Dalam erti ini boleh juga dikatakan, bahawa  Being and Time  adalah usaha Heidegger untuk melaksanakan kaedah fenomenologi untuk memahami ada. Arahan  Being and Time  mempunyai dua projek asas. Yang pertama adalah projek untuk merumuskan cara baru dalam menafsirkan seluruh sejarah falsafah. Kedua adalah penjelasan konsep ada itu sendiri. Projek yang kedua ini memang telah lama menjadi tujuan peribadi Heidegger. Dalam bahasa teknikal Heidegger, kedua-dua projek itu disebut juga sebagai Ontological Analytic of Dasein as Laying Bare the Horizon for an Interpretation of the Meaning of Being in General  dan Destroying the History of Ontology .
Menurut Heidegger seluruh sejarah metafizik dan ontologi di dalam falsafah barat mengalami apa yang disebutnya kelupaan akan ada ( forgetfulness of being). Para ahli falsafah berfikir bahawa ada itu tidak mempunyai konsep yang konkrit, dan ada juga hanya boleh difahami melalui perkara, seperti manusia, tuhan, konsep-konsep, dan sebagainya. Cara berfikir ini sebenarnya sudah bermula sejak zaman Aristotle lagi. Bagi Aristotle segala sesuatu yang tidak mempunyai kategori-kategori ada, seperti high, kuantiti, bahan, dan sebagainya, ini bererti bahawa ia adalah sesuatu tidak boleh diketahui. Oleh itu, Ada hanya dapat diketahui melalui benda-benda konkrit di dalam realiti. 
Heidegger juga tidak bersetuju dengan pandangan tradisional yang mengatakan bahawa ada merupakan konsep yang bebas dari fikiran manusia. Baginya inilah sebab kebuntuan pelbagai refleksi falsafah tentang ada di dalam sejarah, iaitu ketika ada dipandang sebagai objek yang kewujudannya dapat dilepaskan dari manusia sebagai seorang pemerhati. Falsafah Descartes dan Kant, yang memang sangat bertumpukan pada subjek, juga tidak mengurangkan kesulitan di dalam memahami ada tersebut. Manusia seolah adalah subjek yang memandang dunia sebagai objek yang terletak secara berasingan dari dirinya.
 Jika manusia adalah subjek yang berasingan dari dunia sebagai objeknya, maka bagaimana dia boleh tahu mengenai dunianya? Ini adalah salah satu tema penting di dalam epistemologi, iaitu refleksi falsafah pengetahuan. Soalan-soalan yang juga muncul dari hujah ini adalah, bagaimana kita boleh memastikan kebenaran, jika pengetahuan hanya terhasil dari pemerhatian subjek atas dunia? Kant hendak menjawab soalan itu dengan falsafahnya. Namun dia sendiri nampaknya masih terjebak kepada konsep ‘benda-pada-dirinya-sendiri’. Konsep ini seolah tidak boleh difahami, kerana berada di luar pemahaman manusia. Jadi, walaupun konsep ‘benda-pada-dirinya-sendiri’ adalah sesuatu tidak boleh diketahui, namun di dalam pemikiran Kant, konsep itu menduduki peranan yang sangat penting di dalam proses pembentukan realiti itu sendiri.  Bagi Heidegger dengan tidak jelasnya konsep itu, falsafah Kant belum lagi mampu memberikan makna yang telus di dalam ontologi dan metafizik.
Di dalam ilmu-ilmu positif, seperti psikologi positif, seorang pemerhati dianggap mempunyai status istimewa terhadap objek yang diamati. Cara pandang positif ini menganggap objek, yang sering juga adalah manusia itu sendiri, dan manusia itu pula sesuatu yang tidak memiliki dunia ( worldless ). Cara pandang seperti inilah yang ingin ditentang secara keras oleh Heidegger. Baginya manusia yang merupakan subjek pemerhati adalah sebahagian daripada dunia yang sama dari objek yang diamati, iaitu dunia itu sendiri. Manusia adalah makhluk yang selalu ada di dunia ( being in the world ) bersama-sama dengan benda-benda fizikal mahupun makhluk hidup yang lain. Kesimpulannya, manusia adalah makhluk yang ada bersama ( being among ) dan terlibat ( involve ) dengan dunia yang sudah selalu ada.    
Namun sampai akhir hidupnya, Heidegger tidak pernah menyelesaikan projek destruksi metafisikanya. Buku yang membuat pemikirannya dikenali ramai orang,  Being and Time , tidak pernah selesai. Niat Heidegger untuk melakukan pemusnahan terhadap metafizik-ontologi, dan sekaligus mengemukakan suatu cara baru untuk memahami Ada nampaknya memang tidak akan pernah tercapai. Pada bahagian kedua  Being and Time , dia sendiri berniat untuk membalikkan projek buku itu, iaitu menjadi  Time and Being . Namun nampaknya dia tidak pernah boleh menyelesaikan proses penulisannya, dan akan beralih ke tema-tema falsafah lain.

        Di dalam  Being and Time, Heidegger hendak memahami ada dari seluruh realiti dalam ertinya yang paling dinamik, sesuai dengan perkembangan dan perubahan realiti itu sendiri. Di dalam metafizik-ontologi tradisional, konsep ada tidak difahami dalam sesuatu jangka masa.  Padahal konsep masa seperti yang selalu ditekankan Heidegger sangat berkaitan dengan konsep ada itu sendiri. Untuk menukar pemahaman tentang ada itu sendiri, Heidegger  lalu cuba memahami ada melalui makhluk yang mampu memikirkan dan bertanya ada, iaitu manusia sendiri. Bagi Heidegger manusia bukanlah entiti yang terpencil, ataupun tidak  mempunyai dunia sebagai latar belakangnya. Manusia adalah makhluk yang dari dasar dan hakikatnya sudah dibentuk oleh dunia.
Pandangan
Martin Heidegger ialah seorang ahli-ahli falsafah yang aktif di dalam kerjaya. Bagi saya seorang tokoh yang ingin berjaya perlulah berkaliber di dalam menguruskan kerjayanya. Beliau seseorang yang sangat berkeyakinan diri dan sentiasa percaya dengan setiap apa yang ingin dilakukan. Heidegger merupakan salah satu tokoh yang perlu dicontohi oleh kebanyakan orang. Di mana sikap kepimpinan yang sentiasa terbina dalam dirinya dan tidak perlu diberikan semangat motivasi kepadanya kerana ia lahir secara semula jadi. Heidegger adalah seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan sikapnya adalah sangat positif di mana salah satu contohnya ialah beliau tidak pernah patah semangat untuk mendapatkan kerusi jawatan falsafah Katolik di Universiti Freiburg. Ini adalah salah satu sikap yang perlu kita contohi beliau. Saya sendiri amat kagum dengan kesungguhan beliau. Martin Heidegger juga dikatakan gemar untuk mencari sesuatu pembaharuan di dalam analisis kajian beliau dan mempertimbangkan dengan pemikiran sendiri.
Namun begitu, terdapat juga perkara-perkara buruk yang berkenaan dengan Martin Heidegger. Salah satunya ialah berkenaan dengan kesihatan beliau. Beliau seorang yang tidak mampu bertahan terhadap tekanan. Tekanan yang dimaksudkan di sini ialah dari segi fizikalnya, contohnya apabila dipaksa dan dikerahkan tenaganya di dalam ketenteraan kesihatan beliau mulai terjejas. Di sini dapat dilihat bahawa Heidegger tidak boleh diberikan penekanan yang terlalu dan ini akan memberikan kesan kepada kesihatan. Hal ini menunjukkan bahawa, Heidegger hanya lebih cenderung kepada perkara-perkara dalam melibatkan permikiran. Sekiranya Heidegger mampu melakukan semua perkara di luar bidangnya beliau mungkin lebih akan diangkat sebagai tokoh yang lebih terulung dan mempunyai pengaruh yang banyak. Heidegger mempunyai potensi diri untuk bersaing dengan tokoh lain seperti Hitler ketika beliau melibatkan diri dalam politik Nazi.  
            Heidegger juga seorang tokoh yang mempunyai kemahiran dalam mengajar dan beliau  gemar mengajar mengikut sistem katolik tetapi beliau tidak mengekalkan pengajaran mengikuti sistem ini, kerana beliau telah mengumumkan bahawa beliau tidak mahu mengikut sistem Katolik ini lagi. Di dalam pemerhatian saya, Heidegger merupakan seseorang yang amat cemerlang dan sentiasa meningkatkan kemajuan dalam diri beliau. Contohnya, beliau dapat mengajar dengan cara baru yang lebih berwawasan dan kuliahnya juga yang mengenai fenomologi dan tafsiran kreatif Aristotle mendapat pujian yang meluas. Selain itu, beliau juga pernah melalui tahun-tahun yang paling cemerlang di dalam keseluruhan kerjaya perguruannya. Heidegger merupakan seorang yang sangat memuja buku Edmund Husserl iaitu yang berjudul Logische Untersuchungen. Buku itu menjadi sulit dan hampir tidak di pinjam oleh mahasiswa namun, beliau telah membaca dan mengkaji buku  tersebut sehingga beliau menghafal setiap perincian yang ada dalam buku itu.
Seperti biasa tokoh-tokoh yang ternama mempunyai falsafah atau idea-idea utama mereka sendiri. Idea ini menjadi pegangan setiap tokoh dalam proses sepanjang hayatnya mencari jawapan bagi persoalan-persoalan utama sepanjang pengkajian mereka. Begitu juga dengan Heidegger dengan falsafah beliau dalam bidang ontologi yang mempersoalkan mengenai kewujudan dan masa.  Persoalan yang paling penting dalam falsafah beliau ialah apa maksud sebenar. Isu yang timbul adalah, persoalan utama beliau  telah pun dikaji sebelum ini oleh seorang tokoh sebelum beliau. Namun Heidegger mempunyai teras-teras idea dalam bentuk hujah-hujah tersendiri yang membezakan beliau dengan tokoh-tokoh yang mengkaji bidang ontologi sebelum beliau. Hal ini menunjukkan bahawa Heidegger merupakan seorang tokoh pemikir yang  berwibawa dan tidak sekadar meniru mana-mana tokoh yang telah datang sebelum beliau. Beliau amat mementingkan keaslian idea walaupun berdiri ni atas landasan pemikiran yang sama dengan tokoh sebelumnya. Hasilnya beliau telah dikenali sehingga kini sebagai pemikir utama terhadap ontologi.
   Kesimpulannya, perjalanan Heidegger sebagai seorang pemikir yang ternama wajar dikaji oleh generasi intelek masa kini kerana beliau seorang yang wajar dicontohi, terutama dari segi cara berfikir dan menghasilkan idea-idea tanpa dipengaruhi  oleh tokoh lain walau berada pada landasan yang sama dengan tokoh-tokoh seperti Aristotle dan Edmund Husserl.















No comments:

Post a Comment