Saturday, 24 December 2011

komunikasi



Difinasi komunikasi
Terdapat beberapa  sarjana yang memberi difinisi berkait dengan komunikasi. Menurut James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud .
Bagi S.Bernard Rosenblatt yang di tulis dalam bukunya iaitu Communication in Business,(l983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.
Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang.
Sulaiman Masri (l997) pula merumuskan bahawa , komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.


ELEMEN-ELEMEN UTAMA
KOMUNIKASI

 Penghantaran mesej.
Penghantar akan mengenkod mesej iaitu proses menterjemahkan pemikiran atau perasaan
ke dalam perantaraan(medium) samada dalam bentuk bertulis atau lisan bagi menyalurkan
mesej yang telah dikenalpasti.
 Penerima mesej
Penerima mesej merupakan individu yang menerima dan mendekod atau mentafsir mesej
penghantar.
Mesej.
Merupakan simbol-simbol samada dalam bentuk lisan,bertulis atau isyarat bukan lisan yang mewakili maklumat yang ingin disalurkan oleh penghantar
kepada penerima.

a. Mesej bukan lisan – mesej yang disalurkan melalui gerak-geri atau ekspresi muka,pergerakan posisi badan dan perhubungan fizikal.Terdapat 3 mesej bukan lisan seperti berikut:-
Jarak :- merupakan kaedah individu menggunakan ruang fizikal bagi menyalurkan mesej mengenai diri mereka.
Rupa diri:- Cara pemakaian juga mengkomunikasikan mesej-mesej tertentu.
Bahasa diri:- Ia merupakan gerak-geri muka dan mata. Melalui pergerakan diri juga dapat
menyalurkan mesej atau penghantaran mesej.
b. Mesej Lisan
- Bersemuka secara informal dengan seseorang
- Temuduga secara formal dan tidak formal
- Perbualan berkumpulan secara tidak formal dan
formal
- Memberi ucapan di perjumpaan formal
- Perbualan telefon
- Pesanan suara
- Telesidang
􀂋 c. Mesej Bertulis
- Memo,surat,laporan dan menganalisis data
kewangan
- Notis di papan kenyataan,artikel, jurnal dan
buletin
- E- Mail
- Internet



Saluran
Merupakan laluan yang dilalui oleh mesej daripada penghantar kepada penerima dengan memastikan tidak ada gangguan ke atas maklumat.Saluran komunikasi terbahagi kepada dua jenis:-
- Saluran komunikasi formal:- disalurkan seperti melalui carta atau hierarki dalam organisai
- Saluran organisasi tidak formal:- Wujud melalui perhubungan sosial dan persahabatan atau ‘grapevine’

 Saluran Komunikasi Formal
i. Saluran ke bawah:-Digunakan oleh pengurus untuk menghantar mesej kepada subordinate
ii. Saluran ke atas:-Subordinate menghantar mesej kepada ketua mereka.
iii. Saluran mendatar:-Pertukaran maklumat antara rakan sekerja atau ahli-ahli dalam sesuatu organisasi dsb.

􀂋Maklumbalas
- Persepsi:- Makna yang diberikan kepada sesuatu mesej samada oleh penghantar atau
penerima.Persepsi individu dipengaruhi oleh keperluan,pengalaman lalu, nilai, sikap,jangkaan dsb.
- Salah faham:- Salah persepsi, salah tafsiran dan salah penilaian terhadap sesuatu mesej.
􀂋 Gangguan
Halangan yang berlaku dalam proses penghantaran mesej oleh pengirim kepada
penerima.


komunikasi

Bidang komunikasi mula dianggap penting apabila ianya menjadi tumpuan pada abad ke-20. Terdapat dua aspek utama yang dilihat secara tidak langsung telah meletakkan bidang ini sebagai satu bidang pengajian yang baru. Aspek pertama ialah perkembangan dari beberapa sudut atau perkara seperti teknologi komunikasi, perindustrian dan politik dunia. Teknologi komunikasi contohnya radio, televisyen, telefon, setelit, rangkaian komputer  telah membuahkan idea untuk mengetahui apakah kesan perkembangan teknologi komunikasi terhadap individu, masyarakat dan penduduk disesebuah negara. Perkembangan politik dunia, memperlihatkah bagaimanakah kesan ucapan-ucapan politik terhadap publik amnya sehingga menimbulkan propadanda dan pendapat umum.
Seterusnya perkembangan perindustrian seperti perkilangan dan perkapalan menuntut betapa perlunya komunikasi yang berkesan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti bagi mencapai maksud atau misi organisasi tersebut. Aspek kedua ialah dari sudut kajian di mana para sarjana dan penyelidik mula menaruh minat untuk mengkaji bidang-bidang yang berkaitan dengan komunikasi seperti mereka yang dari bidang psikologi sosial mengkaji penggunaan teknologi baru terhadap kesan tayangan wayang gambar kepada kanak-kanak, propaganda dan pembujukan dan dinamik kelompok.
 Kajian ke atas politik dunia seperti menganalisa propaganda Nazi yang mampu mempengaruhi pendengar sehingga mereka patuh dan bersatu. Seterusnya kajian awal penyelidik ke atas perindustrian yang pada separuh pertama abad ke-20 tertumpu kepada memenuhi keinginan sektor pemasaran untuk mengetahui komunikasi dengan lebih dekat setelah pengiklanan menampakkan kepentingannya.Oleh itu, bidang komunikasi mengorak langkah dan maju kehadapan setelah berlakunya pengembangan dari sudut teknologi komunikasi, perindustrian dan politik dunia serta kajian-kajian terhadapnya dilakukan. Sehingga bidang komunikasi menjadi bidang pengajian yang baru dan mula diminati ramai. Namun, bidang yang menjadi asas kepada bidang komunikasi ialah bidang-bidang sains sosial seperti sosiologi, pendidikan, psikologi sosial, pengurusan, antropologi dan psikologi.

Teori komunikasi adalah gabungan dua kata dasar iaitu teori dan komunikasi. Teori mengikut Littlejohn (1996) adalah satu konsep yang cuba menerangkan sesuatu pengalaman, idea tentang suatu fenomena yang berlaku atau peristiwa manakala komunikasi menurut bahasa ialah kenyataan atau perhubungan sementara menurut Miller(1996) satu situasi di mana sumber memancarkan mesej kepada penerima dengan secara sedar bertujuan mempengaruhi perlakuan penerima. Ini bermakna gabungan dua kata dasar teori komunikasi adalah satu percubaan menerangkan, menjelaskan, membuat ramalan dan menjadi panduan untuk memahami sesuatu situasi fenomena komunikasi
Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal. Kedua –dua jenis komunikasi ini mempunyai sifat dan ciri yang dengan jelas membezakan bentuk komunikasi yang berlaku. Komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang. Komunikasi ini dibentuk di dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat. Menurut Capstone (2001)maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan dan maklumat yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi secara tidak lisan ialah keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Manakala komunikasi secara lisan terbahagi kepada tiga iaitu sintatik, semantik dan pragmatik. Sintatik komunukasi yang dibentuk oleh perhubungan di antara perkataan, semantik pula ialah hubungan di antara perkataan dengan objek yang diwakili oleh perkataan manakala pragmatik pula perhubungan di antara perkataan dan tingkahlaku. Sebagai penyampai maklumat dalam proses komunikasi maklumat akan diurus dalam bentuk lisan dan tidak lisan dalam membentuk makna pada kontek yang ada. Sebagai contoh komunikasi intrapersonal ialah reaksi muka seseorang terhadap tingkahlaku orang lain.
Manakala komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang melibatkan proses interaksi di antara dua orang samada dalam bentuk bersemuka atau dalam bentuk meditasi. Menurut Capstone (2001) komunikasi interpersonal wujud dalam empat perspektif iaitu komunikasi hubungan, komunikasi kontek, komunikasi kuantitatif dan komunikasi strategi. Dalam komunikasi hubungan, penghantar dan penerima maklumat bekerjasama serentak dalam membentuk kefahaman komunikasi. Manakala dalam komunikasi kontek perhubungan yang berlaku di antara dua orang berlaku dalam situasi yang tertentu. Dalam komunikasi kuantitatif pula wujud perhubungan yang akrab dalam proses komunikasi seterusnya dalam komunikasi strategi komunikasi wujud dalam proses untuk mencapai objektif interpersonal.

Teori Komunikasi
Teori adalah merupakan satu pandangan dan strategi yang akan membentuk hala tuju dan rangka kerja untuk sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan. Dalam proses komunikasi teori akan membina bentuk dan kaedah komunikasi yang hendak dibuat. Melalui penulisan ini pembentangan akan dibuat terhadap beberapa teori penting berkenaan komunikasi. Di antara beberapa teori yang akan dijelaskan adalah seperti di bawah:
a
    Teori penyebaran
Teori ini mempunyai hubungan yang kuat dengan inovasi di dalam teknologi pendidikan. Apabila sesuatu komuniti masyarakat telah dapat menerima sesuatu inovasi yang baru maka perlulah ada jalan dimana inovasi itu tadi akan dapat disalurkan kepada masyarakat. Teori ini secara umumnya menekankan proses penyebaran maklumat setelah berlaku inovasi di dalam teknologi pendidikan. Menurut  Rogers (1995) ada empat faktor utama yang mempengaruhi proses penyebaran iaitu inovasi itu sendiri, bagaimana untuk menyebarkan maklumat tentang inovasi yang telah dibuat, masa penyebaran dan struktur masyarakat di mana inovasi itu disebarkan. Manakala Schiffman (1991) menyatakan guru yang memahami proses inovasi dan teori penyebaran inovasi dan dapat bekerja dengan lebih berkesan kepada pelajar mereka . Faktor paling dalam proses untuk memahami teori ini ialah ianya tidak dibina sebagai satu teori tetapi adalah merupakan satu teori yang komprehensif dan merupakan gabunga dari berbagai disiplin yang memberikan pengkhususan kepada elemen yang berbeza di dalam proses inovasi. Rogers (1995) ada menyatakan teori penyebaran ini adalah merupakan gabungan daripada empat elemen penting iaitu proses membuat keputusan, proses inovasi individu, kadar penerimaan dan penerimaan keaslian.
b 
Tteori Struktur Penyesuaian

Teori dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian berkomunikasi di dalam sesuatu
kumpulan. Poole et al. (1986) menyatakan teori ini dibentuk berdasarkan kepada struktur penyesuaian maklumat yang berkomunikasi di dalam sesuatu kumpulan. Poole et al. (1986) juga menyatakan teori ini akan memudahkan penyesuaian komunikasi di dalam satu kumpulan yang berkomunikasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Teori ini bergantung kepada kebenaran dalam proses komunikasi dan berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan. Semasa proses komunikasi peraturan akan ditetapkan untuk memudahkan proses penyesuaian. Fokus utama semasa proses komunikasi ialah maklumat yang berdasarkan fakta dan boleh berubah berdasarkan keadaan yang sesuai. Walaubagaimanapun semasa proses komunikasi setiap kumpulan tidak perlu terlalu berpegang kepada peraturan yang telah ditetapkan. Pengubahsuaian terhadap peraturan boleh dibuat semasa proses komunikasi bagi memastikan matlamat perbincangan tercapai

c)      Teori Tipu Helah Peribadi

Menurut Buller et al. (1996) teori ini berdasarkan kepada manipulasi maklumat oleh penyampai semasa proses komunikasi di mana penyampai khuatir terhadap pemalsuan maklumat yang telah dibuat akan dapat dikesan.. Buller et al. (1996)juga menyatakan ini aka menyebabkan penerima maklumat akan cuba memastikan setiap maklumat yang diterima adalah sahih dan tidak akan terdapat pemalsuan maklumat oleh penyampai. Menurut Buller et al. (1996) terdapat tiga aspek penting untuk maklumat yang biasanya dipalsukan iaitu pada kebiasaannya maklumat yang biasanya dipalsukan ialah maklumat yang dibina komunikasinya secara lisan. Selain dari itu maklumat tambahan semasa proses komunikasi samada secara lisan atau tidak akan mendedahkan kebenaran sesuatu maklumat.  Buller et al. (1996) seterusnya menjelaskan tingkah laku yang meragukan semasa proses penyampaian maklumat boleh mendedahkan secara tidak langsung proses pemalsuan maklumat.

d)     Teori Persamaan Media

Melalui teori ini Reeves et al. (1996) ada menjelaskan bagaimana andaian boleh dibuat terhadap tindakbalas secara tidak sedar ke atas media komunikasi dengan menjadikannya seperti manusia yang sebenar. Teori ini juga melihat komunikasi interpersonal yang berlaku di antara media dan seseorang individu. Kita berkomunikasi dengan komputer dengan teknik dan pendekatan yang sama apabila kita berkomunikasi dengan seseorang. Secara tidak disedari kita berkomunikasi dalam keadaan di mana komputer dianggap seperti manusia biasa. Menurut utRe eves et al. (1996) teori ini membentuk satu fenomena baru dalam komunikasi interpersonal. Menurut Griffin (2000) terdapat beberapa ciri penting di dalam cara
berkomunikasi dengan menggunakan pendekatan teori ini iaitu :  

a. Mereka yang berkomunikasi dengan media akan menganggap ianya sebagai manusia biasa.
b.Satu bentuk komunikasi yang mudah untuk difahami
c.Secara umum ianya adalah konsisten dari sudut saintifik.
d.Boleh menyusun pengetahuan tentang tingkah laku pemerhati.
Seterusnya teori ini juga dapat membantu penerima maklumat mengenalpasti maklumat yang sahih dan dapat membantu penerima maklumat mengenalpasti ciri – ciri maklumat yang telah dipalsukan. Melalui tingkahlaku seseorang semasa proses komunikasi samada secara lisan atau tidak akan dapat membantu untuk mengesahkan setiap maklumat yang diterima oleh si penerima maklumat.

e)      Teori Komunikasi Kecekapan

Spitzberg et al. (1984) menjelaskan teori ini menyediakan keupayaan untuk memilih tingkahlaku yang sesuai dan berkesan pada situasi yang diberi dalam proses komunikasi. Kecekapan interpersonal memberi peluang kepada seseorang untuk mencapai matlamat komunikasi tanpa melukakan perasaan pasangan yang terlibat dalam proses komunikasi tersebut. Menurut Spitzberg et al. (1984) terdapat tiga komponen utama di dalam proses komunikasi yang berdasarkan teori ini iaitu, pengetahuan, kemahiran dan motivasi. Pengetahuan menjurus kepada keupayaan untuk mengetahui tingkahlaku yang paling sesuai semasa proses komunikasi dalam situasi yang diberi. Manakala kemahiran pula ialah keupayaan untuk menggunakan situasi yang diberi. Seterusnya motivasi ialah mempunyai keinginan untuk berkomunikasi secara bersaing.

f)       Teori Konstruktivism

Teori ini berdasarkan kepada pendapat Jesse Delia dan dibina pada tahun 1982. Menurut Delia (1982) konstruktivism menekankan kepada perubahan yang berlaku semasa proses komunikasi. Bagi mengukur dan memerhatikan perubahan adalah merupakan satu tugas yang sukar. Delia (1982) juga berpendapat mereka yang berjaya untuk mengubah bentuk komunikasi mereka pada situasi yang berbeza akan menjadi lebih berjaya dalam proses komunikasi.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang teori ini Griffin (2000) menyatakan teori ini berdasarkan kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang komplek di dalam persepsinya terhadap orang lain dan akan mempunyai keupayaan yang lebih baik di dalam komunikasi yang canggih untuk mengeluarkan hasil yang positif dari komunikasi tersebut. Mereka juga akan berupaya untuk merekabentuk logik maklumat yang retorik yang akan menjadikan seseorang itu sebagai pusat maklumat dalam proses komunikasi dan seterusnya mencapai matlamat komunikasi yang besar. Pendekatan komunikasi dengan teori ini akan menyebabkan seseorang itu akan lebih berjaya dalam komunikasi interpersonal dalam rangka untuk mencapai matlamatnya


Kesimpulan

Dalam upaya memperoleh pemahaman mengenai ilmu dan teori komunikasi kita perlu memahami mengenai apa itu ilmu secara umum. Banyak pengertian yang biasa dikemukakan mengenai ilmu. Ilmu adalah pengetahuan yang bersifat umum dan sistematik, pengetahuan dari mana dapat disimpulkan dalil-dalil tertentu menurut kaedah-kaedah umum. ilmu pada dasarnya adalah pengetahuan tentang sesuatu hal atau fenomena, baik yang berkaitan
alam atau sosial (kehidupan masyarakat), yang diperoleh manusia melalui proses berfikir. Ini ber erti bahwa setiap ilmu merupakan pengetahun tentang sesuatu yang menjadi objek kajian dari ilmu yang berkaitan.

Perkembangan bidang komunikasi dunia adalah berdasarkan kepada beberapa aspek. Secara am ianya merangkumi  perkembangan teknologi komunikasi, perindustrian dan politik dunia serta minat para  penyelidik di dalam mengkaji bidang komuniksi dengan lebih spesifik lagi.  Kepelbagaian teori komunikasi mendefinasikan komunikasi sebagai sesuatu yang  komplek dan tidak ada satu teori komunikasi yang terbaik yang dapat menerangkan  fenomena komunikasi dengan tepat. Kajian yang lebih terperinci perlu dibuat oleh  pengkaji dalam proses untuk menentukan teori komunikasi yang sesuai yang dapat digunakan semasa berkomunikasi.





Rujukan :

TP25143 psikologi komunikasi
Schiffman, S. S. 1991. Instructional systems design: Five views of the field. In G. J.
http://www.uky.edu/~drlane/capstone/persuasion/ (28 Jun 2001). (28 Jun 2001). http://www.uky.edu/~drlane/capstone/interpersonal/construct.html (28 Jun 2001).
Narimah Ismail, Ph.d (1999) KOM3002 Pengenalan Kepada Teori Komunikasi. Kuala Lumpur; Cetakrapi Sdn.Bhd.
Noran fauziah Yaakub (1987). Penghantar Sosiologi. Kuala Lumpur; Fajar Bakti Sdn.Bhd.
James A.F. Stoner. Charles Wankel (1989). Pengurusan Edisi Ketiga.Petaling jaya; Amiza Publising Sdn.Bhd.
Muhd.Mansur Abdullah (1998). Komunikasi Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hawa Munji & Ma'rof Redzuan (1990). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Everett M.Rogers (1991). Teknologi Komunikasi Media Baru Dalam Masyarakat. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gerald M.Goldhaber (1990). Komunikasi Dalam Organisasi. Kuala Lumpur;Dewan Bahasa dan Pustaka

No comments:

Post a Comment