Tuesday, 27 December 2011

William James




Pendahuluan
William James merupakan seorang ahli falsafah  dan psikologi Amerika Syarikat yang terkenal. Pemikirannya banyak dipengaruhi oleh ahli pemikir Henry Bergson ( 1859 – 1941 ). Pragmatisme adalah suatu aliran yang mengajarkan bahwa yang benar apa yang membuktikan dirinya sebagai benar dengan perantaraan akibat-akibatnya yang bermanfaat secara praktis. Aliran yang seangkatan bersama dengan William James ialah John Dewey dan Charles S. Pierce. Istilah pragmaticisme ini diangkat pada tahun 1865 oleh Charles S. Pierce. Beliau diberikan gelaran sebagai Bapak Pendidikan Psikologi Modern. William James mengatakan bahawa pragmatism yang diajar oleh beliau merupakan nama baru bagi sejumlah cara untuk berfikir  lama dimana beliau sendiri beranggapan pemikirannya sebagai lanjutan daripada empirisme Inggeris. 

Latar belakang William James.
Dilahirkan pada 11 januari 1842 di NewYork. Beliau banyak menghabiskan masa kanak – kanaknya di Eropah. Tahap awal pendidikan tidaklah seperti orang lain kerana sering berpindah dari satu kota ke kota lain. Ayahnya Henry James Sr seorang penulis falsafah ahli teologi dan mencintai kebudayaan dimana beliau menekankan sikap demokratik dalam mengasuh anaknya. Adik beliau ialah Henry James Jr merupakan pennulis novel terkenal. Beliau menghabiskan pendidikannya di sekolah umum dan daripada guru bimbingan peribadinya di Swiss, Perancis, Inggeris dan Amerika. Selama bertahun – tahun dia hanya boleh membayangkan bagaimana kehidupan di sekolah sebemarnya. Sesudah mendalami selama bertahun lamanya dia menyedari bahawa seni bukan bidangnya. Sewaktu berusia 35 tahun, dia telah menjadi pensyarah di Universiti Harvard. Beliau ialah guru besar falsafah selama 9 tahun dan juga merupakan guru besar psikologi selama 10 tahun. James juga merupakan penulis dalam bidang falsafah, psikologi dan pendidikan. Masa mudanya beliau bercita – cita untuk menjadi pelukis yang terkenal. Asuhan yang diterapkan oleh ayahnya telah mempengaruhi kehidupan dan sikap peribadi James dimana beliau tidak menyukai pembatasan peraturan yang formal dan bersifat authoritarian. Beliau juga tidak menyukai pembatasan yang terlalu berfokus antara disiplin ilmu dan peranan agama yang menganggap dirinya berkuasa sebagai perantaraan rohani antara Tuhan dan manusia. Karya yang dihasilkan oleh James adalah “ The Principles of Psychology”, “the Will to Believe and Other Essays in Popular Philosphy”, The Vareities of Religious Experience”, “Pragmatisme : A New Name for Some Old Ways of Thinking” dan lain – lain. 

Karya – karya
The Varieties of Religious Experience ( 1902 )
Buku ini dijadikan rujukan utama dalam penelitian dan merupakan sebuah pendekatan psikologi terhadap agama. James memfokuskan kehidupan agama terhadap pengalaman beragama yang dialami oleh individu. Persoalan dalam buku ini adalah ‘religious feeling, ‘religious impulses’ dan other subjective phenomenan of religion’. James menekan bahawa terdapat kehidupan beragama didasarkan pada sebuah kepercayaan terhadap peraturan yang tidak terlihat oleh perasaan akan kehadiran yang objektif dengan sebuah tanggapan bahawa ada sesuatu dalam kehidupan. James mengatakan : They are as convincing to those who have there as any direct sensible experience can be and they are as a rule, much more convincing than result established by more logic ever are. Kepercayaan akan perkara – perkara tersebut yang dimiliki oleh mereka sangat menyakinkan seperti pengalaman akan sensibiliti langsung dan sebagai sebuah peraturan yang semakin menyakinkan daripada hasil logik. James membuat kesimpulan dalam karya ini bahawa ciri – ciri beragama adalah kepercayaan terhadap ketuhanan yang berfungsi atau berguna dalam kehidupan individu.
The will to believe and other essays in philosophy ( 1989 )
Dalam buku ini James ingin menyediakan satu hujah terhadap hak kita menagadaptasi tentang sebuah pendirian akan keyakinan terhadap ketaksuban walaupun berdasarkan fakta bahawa pemikiran logik mungkin tidak disertakan. James juga mengkritik keinginan daripada orang – orang ( kaum evidentalism dan intelektualism ) yang bertanggapan bahawa pemikiran logik adalah suatu kebenaran dalam mengadili agama dan yang berhadapaan dengan agama. James menolak dengan berpendapat bahawa sah untuk memperoleh sumber – sumber non – intelektual seperti kehendak atau keinginan besar sewaktu berhadapan dengan menilai keyakinan beragama. James juga menekankan bahawa keyakinan terhadap agama tidak sama dengan keyakinan intelektual yang berasaskan bukti yang nyata dimana buktinya bahawa agama melakukan dalam pengalaman individu terlebih dahulu menyakini bukan menyakini bukti terlebih dahulu. Beliau juga menekankan kebenaran untuk sesiapapun untuk bertahan menyakini sesuatu walaupun belum yakin akan bukti sesuatu iaitu bekerja bersungguh – sungguh. James tidak membicarakan tentang benar atau salahnya keyakinan terhadap agama. Hujahan James juga tidak ditujukan kepada para atheis dengan tujuan supaya percaya pada Tuhan melainkan bagi mereka yang menyakini agama tertentu. 

Idea dan pemikiran William James
James mengemukakan bahawa tiada kebenaran yang mutlak, yang berlaku umum, yang bersifat tetap, yang berdiri sendiri dan terlepas dari segala akal. Sebab pengalaman kita berjalan terus dan segala yang kita anggap benar dalam pengembangan itu senantiasa berubah, kerana di dalam praktiknya apa yang kita anggap benar dapat diperbaiki oleh pengalaman berikutnya. Oleh kerana itu, tidak ada kebenaran mutlak, yang ada adalah kebenaran-kebenaran (ertinya, dalam bentuk jamak) iaitu apa yang benar dalam pengalaman-pengalaman khusus yang setiap kali dapat diubah oleh pengalaman berikutnya. Pada tahap awal James berfalsafah, beliau menitikberatkan perhatian terhadap persoalan asas manusia yang diketengahkan oleh pandangan evolusi mengenai dunia. Tanggapan James tidak hanya mencakupi Voluntarisme begitu juga dengan pragmatisma dimana berkisarkan tentang teori tentang kebenaran dan pemikiran tentang pengalaman. Pemikiran James digolongkan sebagai volutarisme iaitu doktrin yang menyatakan bahawa usaha, aktiviti dan keinginan mempunyai kelebihan berbanding dengan usaha untuk memperoleh teori dan penilaian. Hal  ini dapat berlaku jika berkelayakan sebagaimana yang telah ditetapkan. Dalam pemikiran James Voluntarisme dimana takrifan, langkah dan rencana serta cita – cita manusia adalah kekuatan utama dalam dunianya. Didalam hal ini, James sebenarnya mengkritik fahaman rasionalisme dan intelektualisme dimana kelangsungan hidup dalam suatu lingkungan yang tidak sanggup memenuhi kewujudan semua makhluk hidup, menuntut perkembangan dari organisma yang mempunyai ciri – ciri khusus tertentu yang mungkin dapat mengatasi kekuatan yang akan merosakkan kehidupan.
Justeru, struktur dan ciri – ciri yang mempertahankan kehidupan perlu mempunyai fungsi dalam beberapa cara untuk memberikan sesuatu demi pemeliharaan. James tidak menerima tanggapan yang mengatakan bahawa fungsi pemikiran manusia semata – mata untuk membantu mempertahankan kelangsungan hidup dengan penyesuaian diri dengan lingkungan yang berada di luar tapi ia mendedahkan prinsip teologi yang tersirat dalam suatu teori misalnya dalam esei Herbert Spencer tentang definisi pemikiran dimana James bersetuju bahawa kesedaran membuahkan sesuatu tujuan terakhir tapi beliau menentang bahawa fungsinya semata – mata untuk membantu mempertahankan kelangsungan hidup. Kesedaran tersebut membawa  tujuannya sendiri secara teliti dan disebabkan hal ini keperluan pemikiran yang berkualiti dan tujuan hidup di luar eksistensi ( kewujudan ) hidup. Masalah terpenting adalah sifat yang tidak dapat mengelakkan  gagasan teologi tersebut walaupun kita hanya melihat kesedaran dari aspek usaha untuk mempertahankan hidup. James mengatakan bahawa kita masih perlu mempersoalkan sumbangan diberikan pada beberapa tujuan atau sasaran. Dalam buku yang dihasilkan beliau ia menyatakan pendirian jika pemikiran manusia tidak diketepikan sebagai suatu organ yang tidak berguna maka ia harus memainkan peranan yang sejati yang tidak dapat digantikan dalam tindakan manusia tetapi juga perjalanan sejarah dunia. Mengikut tanggapan James, kita memerlukan suatu pandangan tentang kesedaran manusia yang akan memungkinkan terdapat kuasa pengubah nyata dalam dunia ini dan suatu pandangan dunia fleksibel dan terbuka untuk memungkinkan kemasukan campur tangan idea – idea manusia pada dasarnya pengalaman orang – orang Amerika yang paling dalam merupakan suatu keyakinan bahawa wajah dunia dapat ditonjolkan melalui kebijaksanaan dan usaha manusia. Suatu teori tentang kesedaran yang sama sekali tidak menyediakan ruang baik bagi tujuan ataupun bagi usaha yang tidak mungkin mampu untuk memenuhi keperluan tersebut.
James juga mengutarakan ketidakpuasan terhadap teori kesedaran masa kini dari kalangan kaum mekanikal dan epifenomenalis yang lebih cendurung untuk mebuat pandangan fikiran manusia tidak lebih sekadar penonton pasif iaitu hasil kekuatan fizik yang tidak penting. Fikiran kehendak manusia iaitu pengalaman sesuatu aktiviti sebaliknya merupakan kekuatan yang tepat bersesuaian dengan campur tangan aktiviti dalam proses duniawi. Peranan seterusnya bukan hanya melihat dunia ini berlalu melainkan membantu membuat perubahan. James juga menyatakan kesedaran manusia hanya sekadar proses saraf dalam otak manusia dan tidak mempengaruhi tubuh melainkan dalam keadaan yang neutral dan pasif. Kesedaran juga tidak mempunyai daya penyebab apapun dari dirinya sendiri melainkan hanya menyedari dirinya memikirkan idea – idea umum, mengingati kembali dan menjangka, menyalin tujuan – tujuan dan mencari jalan untuk mewujudkannya semata – mata untuk seorang penonton. Menurut beliau juga, kesedaran merupakan fungsi atau proses bekerja itu sendiri yang membuat manusia menyesuaikan diri dengan cepat pada lingkungan baru. Kesedaran adalah proses memilih dari satu keputusan pada keputusan lain, satu tindakan atau tindakan lain. oleh itu, kesedaran manusia terhadap sesuatu terdapat penyebab dari dirinya sendiri.

Pragmatisme
Pragmatisme William James menekankan sebuah konsep baru dalam memandang kebenaran. Ia menolak kebenaran sebagai sesuatu yang bersifat statik yang dibawa oleh suatu gagasan. Hal ini menimbulkan implikasi bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak melainkan berubah-ubah. Pandangan ini juga mengarahkan cara pandangan kita untuk menganggap gagasan-gagasan hanya sebagai instrumen atau alat untuk mencapai maksud dan tujuan kita.
James memandang pemikirannya sendiri sebagai lanjutan daripada empirisme Inggris namun empirismenya bukan merupakan upaya untuk menyusun kenyataan berdasarkan atas fakta-fakta lepas sebagai hasil pengamatan. James membezakan dua bentuk pengetahuan, pertama: pengetahuan yang diperoleh dengan jalan pengamatan, kedua: pengetahuan yang tidak langsung diperoleh dengan melalui pengertian.
Pemikiran yang dicetuskannya adalah aliran atau ideologi yang menitikberatkan bahawa kebenaran adalah apa yang membuktikan dirinya sebagai yang benar dengan memperhatikan kegunaanya secara praktis.
Di dalam bukunya, The Varietes of Riligious Experience, James mengemukakan bahawa gejala-gejala keagamaan itu berasal daripada kehendak - kehendak perseorangan yang tidak disedari yang mengungkapkan diri di dalam kesedaran dengan cara yang berlainan.
Tentang definisi agama, James mengambil definisi psikologi, bahwa agama merupakan perasaan, tindakan, dan pengalaman manusia individu dalam kesunyian bersama Yang Maha Tinggi. Ia mengatakan bahawa agama itu perlu ada kerana berguna bagi kehidupan manusia dimana membuat orang jadi lebih bai
Bagi James, pengertian atau keputusan itu benar,  keputusan yang tak dapat dipergunakan itu mengelirukan. Pengertian atau keputusan itu benar, tidak saja jika terbukti ertinya dalam keadaan jasmani ini akan tetapi jika bertindak (dapat dipergunakan) dalam ilmu, seni, dan agama. 
Fungsionalisme
William James (1842-1910)
James termasuk pendukung aliran evolusionalisme dan bersama dengan John Dewey merupakan pemikir aliran fungsionalisme. James tergolong seorang yang berfikiran bebas iaitu bebas mengeluarkan dan memperkembangkan idea atau kritik yang tulen. Salah satu ciri jalan pemikirannya adalah berusaha sejauh mungkin dengan kenyataan.

Teori emosi
•Menjelaskan tentang hubungan antara perubahan fisiologis dengan emosi
• Emosi identik dengan perubahan-perubahan peredaran darah
• Emosi adalah hasil dari persepsi seseorang tentang perubahan-perubahan yang
terjadi pada tubuh terhadap rangsang dari luar
• Membantah pernyataan bahwa emosilah yang menyebabkan perubahan pada
tubuh. 
Pemikiran William James tentang Karyanya
Sikap yang dianuti James digambarkan di dalam esainya “The Will to Believe”. Di dalam esai ini, ia menegaskan bahawa ada waktunya ketika kita dihadapkan pada situasi di mana kita harus membuat keputusan tanpa memiliki semua bukti yang mungkin kita kuasai. Kehidupan tidak selalu memberi kita kemewahan sehingga kita mendapatkan data yang meyakinkan yang mendukung jalan tindakan yang benar. Tujuan James adalah menggambarkan beberapa ciri – ciri  dasar situasi sedemikian rupa dan mempertahankan pandangannya bahawa arah tindakan rasional di dalam lingkungan ini tidak bererti melarikan diri dari realiti dengan mendakwa perlu mempunyai kewajipan menunggu bukti yang lebih objektif sebelum memutuskan apa yang harus dilakukan.
The Varieties of Religious Experiences memuatkan usaha besar James untuk menilai erti agama dalam kehidupan manusia. Seperti Nietzsche, James menilai agama dari segi sumbangannya pada keutamaan manusia, tetapi kesimpulan yang diambil James berbeza daripada para falsafah Jerman. Perbezaan ini sebahagian besar disebabkan fakta bahawa James lebih demokratik dibandingkan Nietzsche. James tentu memuji nilai individu-individu yang istimewa, tetapi ia memberi penekanan yang lebih jelas dan lebih kuat pada  kepentingan dan integriti setiap kehidupan manusia dimana keperluan manusia bekerja bersama menghasilkan yang terbaik, dan keperluan untuk menetapkan sebuah lingkungan di mana kebebasan peribadi dan kesatuan sosial melengkapi satu sama lain.
Di dalam bukunya Pragmatism, James membicarakan konsep pragmatis tentang kebenaran dalam satu bab. Di dalam The Meaning of Truth ia menjelaskan bahawa sekurang-kurangnya  terdapat lapan perkara yang disalahfahami orang tentang ajarannya. Suatu kritik misalnya, mengatakan bahawa pragmatisme hanya menerangkan bagaimana kebenaran datang tidak menjelaskan tentang kebenaran itu sesungguhnya.
Karangannya Essay in Radical Empirism a Pluralistic Universe dan karyanya Some Problems of Philosophy membicarakan pertumbuhan pandangannya tentang pragmatisme di dalam metafizik dan epistemologi. Pragmatisme, menurut pendapatnya, memberikan suatu jalan untuk membicarakan falsafah dengan melalui pemecahan lewat pengalaman indera. Akan tetapi, ini ternyata tidak mencukupi untuk James kerana ia menyedari bahawa pragmatisme juga mampu menghubungkan satu dengan lain. Jawapan yang harus diberikan adalah mengenai pandangan yang pasti tentang alam semesta yang dikenali metafizik.
Pemikiran William James adalah empirisme yang radikal atau empirisis yang pragmatis. Kepribadiannya dan pandangannya tentang manusia memerlukan suatu falsafah yang dapat berlaku adil pada perasaan keagamaan, moral dan kepentingan manusia paling dalam. Ia memerlukan suatu falsafah yang pantas yang dapat menghadapi kenyataan secara terus terang. Ia mencurigai setiap sistem falsafah yang murni intelektual atau yang mengaku benar secara mutlak. Falsafah yang tidak selesai serta tidak mutlak merupakan falsafah yang diakuinya tetapi falsafah itu harus menyertai kehidupan manusia dan masa depannya. Falsafah harus membantu manusia menyelesaikan masalah yang dihadapinya memberikan kepada manusia harapan yang optimistic dalam kehidupan yang penting.

Pemikirannya terhadap pendidikan dan tanggapanya  terhadap cara kerja tenaga pengajar dapat dilihat dalam karyanya yang terkenal Talks to Teacher. Baginya pendidikan lebih cenderung kepada “ organisasi yang ketertarikan mendalam terhadap tingkah laku dan ketertarikan akan kebiasaan dalam tingkah laku dan aksi yang menempatkan individu pada lingkungannya”. Teori perkembangan diertikannya sebagai susunan dasar dari pengalaman mental untuk bertahan hidup. Pemikirannya ini dipengaruhi oleh naluri dan pengalamannya mempelajari psikologi haiwan dan doktrin teori evolusi biologi.
Ketertarikan James akan naluri dan pemberian tempat untuk itu dalam pendidikan menjadikan para pembaca bukunya percaya akan salah satu tujuan terpenting didalam pendidikan adalah memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk mengikuti nalurinya. Pembaca yang lebih teliti dapat menemukan tulisan yang lebih menguatkan akan hal ini tetapi ketidakraguannya ditunjukkannya melalui pernyataan-pernyataannya bahawa persatuan para psikologi telah salah mengenali kekuatan naluri didalam kehidupan manusia. Teori James akan naluri sangat bersifat individual dan sangat kolot pada pelaksanaannya dimana beliau mengetepikan pernyataannya mengenai perubahan naluri, yang berlawanan dengan perbincangannya pada “Iron Law of Habit/Hukum Utama Kebiasaan” dan kepercayaannya akan tujuan dasar pendidikan sebagai perkembangan awal kebiasaan individu dan kelompok dalam pembentukan masyarakat yang lebih sempurna. Singkatnya, James menegaskan, dasar daripada semua pendidikan adalah mengumpulkan semua naluri asal yang dikenali oleh anak-anak dan tujuan pendidikan adalah organisasi pengenalan kebiasaan sebagai sebahagian dari diri untuk menjadikan peribadi yang lebih baik.

Teori Naluri ( Instink )
Pada 1880, William James mengemukakan teori yang berkaitan dengan hubungan antara stimulus emosional dengan response. Menurut James response emosional itu bersifat instinktif, perasaan, sensasi dan tingkah laku emosional itu adalah tindak balas bawaan tergadap stimulus tertentu. James mengumpulkan daftar stimulus yang jelas membangkitkan emosi. Misalnya, takut dianggap reaksi bawaan terhadap orang yang belum dikenali, dan bersendirian.

Interaksionis simbolik
Interaksi simbolik ini dapat dikatakan sebagai sebuah tubuh dari teori dan penelitian interaksi yang simbolik. Beberapa pemikir awal adalah William James, Charles Horton Cooley, John Dewey, James Mark Balduin, William I. Thomas dan George Herbert Mead. Perspektif interaksionis simbolik ini beruasaha untuk memahami perilaku manusia dari sudut pandang subjek. Perspektif ini menyarankan bahawa harus dilihat sebagai proses yang memungkinkan manusia membentuk dan mengatur tingkah laku  mereka dengan mempertimbangkan jangkaan orang lain yang menjadi rakan interaksi mereka.


Pengaruh dan sumbangan William James  
Psikologi Pendidikan
Menurut falsafah Pragmatisme benar atau tidak suatu ucapan, dalil atau teori semata-mata bergantung pada manusia dalam bertindak. Istilah pragmatisme ini diangkat pada tahun 1865 oleh Charles S. Pierce (1839-1914) sebagai doktrin pragmatisme. Doktrin dimaksud selanjutnya diumumkan pada tahun 1978. Diakui atau tidak, fahaman pragmatisme menjadi sangat berpengaruh dalam pemikiran bangsa Amerika Syarikat. Pengaruh pragmatisme menjalar di segala aspek kehidupan, tidak terkecuali di dunia pendidikan. Salah satu tokoh  yang sangat berjasa dalam pengembangan pragmatisme pendidikan adalah John Dewey (1859 – 1952). Pragmatisme Dewey merupakan sintensis pemikiran-pemikiran Charles S. Pierce dan William James. Dewey mencapai populariti di bidang logik, etika epistemologi, falsafah politik, dan pendidikan. Sumbangan James yang paling berpengaruh terhadap metode pendidikan adalah hubungannya dengan susunan kebiasaan. James mengatakan bahawa “Hal yang paling utama, disemua tingkat pendidikan adalah untuk membuat ketakutan kita menjadi sekutu bukan menjadi lawan. Untuk itu kita harus biasa, secepat mungkin, semampu kita, dan menjaga diri dari jalan yang memberi kerugian kepada kita, seperti kita menjaga diri dari penyakit. Dalam pembahasan mengenai kaedah susunan kebiasaan, James memberikan 4 peraturan dasar:

1. Lengkapi dirimu dengan kekuatan dan ambillah keputusan secepat mungkin.
2. Tidak ada pengecualian dalam kesempatan sampai kebiasaan baru telah tertanam dihidupmu. 3. Ambillah kesempatan yang paling pertama saat mengambil tindakan.
4. Jagalah kebiasaan itu agar tetap ada dengan memberikan dorongan

Pemikiran William James di bidang psikologi agama juga menyanggah pandangan-pandangan tradisional terhadap agama. Bahawa agama merupakan sesuatu yang objektif, disanggah dengan pemikiran yang juga menginstrumentalisasikan agama. Dengan demikian, konsep mengenai Tuhan yang autonomi dan Maha kuasa juga tertolak. Oleh karena keyakinan kepada Tuhan juga dipandang sebagai alat semata-mata untuk meraih tujuan yang lain.
Pragmatisme dilandaskan pada pemikiran dasar (Aqidah) pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme). Hal ini nampak dari perkembangan sejarah kemunculan pragmatisme yang merupakan perkembangan lebih lanjut dari empirisme. Dengan demikian, dalam konteks ideologis, Pragmatisme bererti menolak agama sebagai sumber ilmu pengetahuan.
Jadi, pemikiran pemisahan agama dari kehidupan merupakan jalan tengah di antara dua sisi pemikiran tadi. Penyelesaian jalan tengah, sebenarnya mungkin wujud di antara dua pemikiran yang kontra. Sebab dalam hal ini hanya ada dua kemungkinan iaitu yang pertama mengakui keberadaan Al Khaliq yang menciptakan manusia, alam semesta dan kehidupan. Dan dari sinilah dibahas, apakah Al Khaliq telah menentukan suatu peraturan tertentu lalu manusia diwajibkan untuk melaksanakannya dalam kehidupan, dan apakah Al Khaliq akan menghisab manusia setelah mati mengenai keterikatannya terhadap peraturan Al Khaliq ini.
Kedua adalah mengingkari kewujudan Al Khaliq. Dan dari sinilah dapat dicapai suatu kesimpulan, bahawa agama tidak perlu lagi dipisahkan dari kehidupan tapi bahkan harus dibuang dari kehidupan. Kritik daripada segi kaedah pemikiran pragmatisme yang tercabang dari Empirisme nampak jelas menggunakan kaedah Ilmiah yang dijadikan sebagai asas berfikir untuk segala bidang pemikiran baik yang berkenaan dengan sains dan teknologi mahupun ilmu-ilmu sosial kemasyarakatan.
Ajaran pragmatise lebih mengutamakan penggunaan kaedah pemecahan masalah serta kaedah penyelidikan. Dalam praktiknya memerlukan guru yang memiliki sifat pemberi kesempatan, sahabat, seorang pembimbing, berpandangan terbuka, kreatif, sabar, bekerjasama dan bersungguh – sungguh agar belajar berdasarkan pengalaman yang diaplikasikan oleh siswa.


Penutup
Ideologi pragmatisme merupakan kepercayaan bahawa kebenaran atau nilai sesuatu teori, ajaran dan doktrin bergantung terhadap penggunannya secara praktik. Fahaman yang dibawa oleh William James ini telah mempengaruhi dalam bidang psikologi, agama dan pendidikan.  Pragmatisme telah berhasil mendorong berfikir yang liberal, bebas dan selalu menyangsikan segala yang ada. Barangkali dari sikap dengan keyakinan tersebut. pragmatisme telah mampu mendorong dan memberi semangat pada seseorang untuk berlumba-lumba membuktikan suatu konsep lewat penelitian-penelitian, pembuktian-pembuktian dan eksperimen-eksperimen sehingga munculllah penemuan baru dalam dunia ilmu pengetahuan yang mampu mendorong secara dahsyat terhadap kemajuan di bidang sosial dan ekonomi.

No comments:

Post a Comment