PENGENALAN
Plato
merupakan ahli falsafah Yunani klasik, ahli matematik, penulis dialog
falsafah,pelajar Scorates dan pengasas Akademik di Athens yang merupakan
institusi pengajian tinggi pertama di dunia barat. Plato juga menghasilkan
banyak karya, ada yang beberapa karya sendiri mahupun karya yang dibuat oleh
para muridnya. Cita-cita Plato dahulunya ingin menjadi seorang ahli politik
tetapi kerana kejadian bahawa Socrates mati dihukum minum racun maka pupuslah
sudah cita-citanya. Plato mengurungkan niatnya menjadi ahli politik kerana
Socrates itulah yang merupakan gurunya selama 8 tahun.
Plato
membantu meletakkan dasar-dasar falsafah dan sains barat. Kecanggihan plato
sebagai penulis adalah jelas dalam Dialog Socrates,36 dialog dan surat tiga
belas tahun telah menyatakan kepadanya. Tulisan-tulisan Plato telah disiarkan dalam beberapa fesyen
ini telah membawa kepada beberapa konvensyen mengenai penamaan dan rujukan teks
Plato. Dialog Plato telah digunakan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran
termasuk falsafah logik, etika, retorik dan matematik.
SEJARAH PLATO
Plato dilahirkan dari kalangan keluarga
kenamaan Athen. Sekitar tahun 427 SM. Di masa remaja dia berkenalan dengan
Socrates yang jadi guru sekaligus sahabatnya. Tahun 399 SM semasa Socrates
berumur tujuh puluh tahun, dia dibawa ke muka pengadilan dengan tuduhan mengajarajaran
sesat dan merosakan akhlak golongan muda Athen. Scorates dikutuk dan dihukum mati. Pelaksanaan hukum mati
terhadap Socrates yang disebut Plato orang terbijaksana, terjujur, terbaik semua
manusia yang pernah kenal membuatkan Plato benci kepada pemerintahan demokrasi.
Tak lama sudah Socrates mati, Plato pergi meninggalkan Athen dan mengembara
selama sepuluh hingga dua belas tahun.
Sekitar tahun 387 SM dia kembali ke Athen dan
mendirikan sekolah di sana, sebuah akademi yang berjalan lebih dari 900 tahun.
Plato menghabiskan sisa umurnya yang empat puluh tahun di Athen, mengajar dan
menulis soal berkaitan falsafah. Muridnya yang termasyhur Aristotle yang
menjadi murid akademi sewaktu berumur tujuh belas tahun sedangkan Plato waktu
itu sudah menjangkau umur enam puluh tahun. Plato meninggal pada usia tujuh
puluh.
Plato menulis tidak kurang dari tiga puluh
enam buku kebanyakan berkaitan dengan masalah
politik dan etika selain metafisik dan teologi. Tentu saja mustahil
mengikhtisarkan isi semua buku itu hanya dalam beberapa kalimat. Buku yang
tersohor Republik yang mewakili fikiran-fikirannya tentang bentuk masyarakat
yang ideal.
Bentuk
terbaik dari suatu pemerintahan mengikut Plato adalah pemerintahan yang dipegang oleh kaum
Aristokrat. Yang dimaksud Aristokrat di sini bukannya Aristokrat yang lahir
dari keluarga pemerintah yang berkuasa di negara itu. Orang-orang ini mesti
dipilih bukan melalui pungutan suara rakyat tetapi melalui proses keputusan
bersama golongan cerdik pandai yang lain. Orang yang sudah jadi anggota
penguasa atau disebut guardian harus
menambah orang-orang yang setaraf dengannya semata-mata atas dasar pertimbangan
kualiti atau kebolehan. Plato percaya bahawa bagi semua orang sama ada
lelaki atau perempuan mesti diberikan kesempatan memperlihatkan
kebolehannya selaku anggota guardian.
Plato merupakan ahli falsafah utama yang pertama dan yang mengusulkan persamaan
kesempatan tanpa memandang jantina.
Untuk membuktikan persamaan peluang diantara
jantina, Plato menganjurkan agar pendidikan anak-anak dikelolakan oleh negara.
Anak-anak pada mulanya memperoleh latihan fizikal yang menyeluruh tetapi pada
masa yang sama aspek seni musik, matematik dan lain-lain disiplin akademik
tidak boleh diabaikan. Pada beberapa tahap ujian yang menyeluruh harus
dilaksanakan. Mereka yang kurang berjaya harus disalurkan untuk ikut serta
terlibat dalam kegiatan ekonomi masyarakat, sedangkan orang-orang yang berjaya
harus terus melanjutkan dan menerima pelbagai latihan. Penambahan pendidikan ini
bukan sahaja pada mata pelajaran akademik biasa tetapi juga mendalami falsafah
sebagaimana pemikiran oleh Plato sendiri.
Pada usia tiga puluh lima tahun, mereka ini
yang memang sudah betul-betul mampu menunjukkan penguasaannya di bidang
teori-teori dasar harus menjalani lagi latihan tambahan selama lima belas tahun
termasuk bekerja mencari pengalaman. Hanya orang-orang yang mampu
memperlihatkan bahawa mereka dapat merealisasikan dalam bentuk kerja sebenar
dari buku-buku yang dipelajarinya dapat digolongkan ke dalam kelas guardian.
Hanya orang-orang yang menunjukkan bahawa minat utamanya adalah mengabdi kepada
kepentingan masyarakatlah yang bisa diterima ke dalam. "kelas
guardian."
Keanggotaan
guardian tidak dengan menarik perhatian masyarakat. Sebab pendapatan sebagai
guardian tidaklah banyak. Mereka hanya dibolehkan memiliki harta peribadi dalam
jumlah terbatas dan tak boleh mempunyai tanah buat rumah peribadinya. Mereka
menerima gaji tertentu dan tetap (itu pun dalam jumlah yang tak seberapa), dan tidak
dibolehkan menyimpan emas atau perak. Anggota guardian tidak dibolehkan
mempunyai keluarga yang terpisah tempatnya, mereka harus makan bersama
keluarga. Ganjaran bagi ahli falsafah ini bukannya kekayaan melainkan kepuasan
dalam memberi khidmat kepada rakyat.
Republik
terbaca luas selama berabad-abad. Tetapi harus dicatat, sistem politik yang
dianjurkan didalamnya belum pernah secara nyata dipraktikkan sebagai model oleh
mana-mana pemerintahan.
SUMBANGAN PLATO
AKADEMI
Akademik
didirikan oleh Plato pada tahun 378 SM di Athen. Aristotles belajar di akademi tersebut. Plato selama 20
tahun (367 SM-347 SM ) sebelum ia mendirikan sekolahnya sendiri. Akademi ini
berdiri selama “period Helenistik” hingga kematian philo dari Larissa tahun 835 SM. Apa yang diketahui
adalah Akademi Plato mungkin berasal sekitar waktu Plato memperolehi harta
warisan pada usia tiga puluh. Pada awalnya lokasi pertemuan adalah milik Plato yang
juga terdapat gymnasium ini sepanjang abad ke-4.
Meskipun
kelab akademi sangat ekslusif, ia tidak terbuka untuk orang awam pada zama
Plato serta ia mengenakan biaya untuk keanggotaan. Oleh itu, ada mungkin pada
waktu tersebut sebuah sekolah mempunyai perbezaan antara guru daqn siswa atau
dalam kurikulum formal. Namun ada juga perbazaan antara anggota senior dan
junior. Pada zaman Plato, sekolah tidak memiliki dasar-dasar tertentu untuk
mengajar melainkan Plato mengajar masalah yang harus dipelajari dan
diselesaikan oleh orang lain. Terdapat bukti dari kelas kuliah yang diadakan
terutama kuliah Plato. Dia atas pintu masuk ke akademik itu juga ada tertulis
kalimat “biarkan tidak ada tapi masuklah ke sini”
Banyak
yang membayangkan bahawa kurikulum akademi ini akan mirip dengan di republik
Plato. Para pensyarah meneliti hamper pasti termasuk matematik serta topik-topik
falsafah dengan dialog kesepakatan Platonis. Ada berapa bukti yang dianggap
amat ketat dalam penelitian ilmiah dan Plato menjelaskan kepada anggota lain
untuk menemukan penjelasan paling sederhana dari gerakan yang tidak teratur
dari benda-benda langit.
Akademi
Plato sering dikatakan telah menghasilkan calon politik di dunia kuno dan telah
memiliki banyak alumni yang terkenal. Dalam sebuah kajian terbaru Malcolm
Schofield telah berpendapat bahawa sulit untuk mengetahui sampai manakah
akademi ini tertarik dengan praktik politik.
MATEMATIK
Matematik
wujud secara bebas daripada minda manusia. Oleh itu manusia tidak mencipta
matematik tetapi mendapatkannya. Dalam sudut pandangan ini adalah benar-benar
satu jenis matematik yang boleh ditemui iaitu segi tiga. Banyak kerja yang
telah oleh ahli matematik dengan melihat diri mereka sebagai penemu objek yang
terjadi secara semula jadi. Plato percaya dalam realiti objektif matematik yang
boleh ditanggap dengan cara yang seakan-akan tanggapan pancaindera. Plato
mencadangkan bahawa kaedah kuasa empirik boleh digunakan untuk menyediakan
bukti yang cukup untuk mendapat munasabah apa-apa sangkaan semata-mata.
Platonisme
matematik yang mencadangkan bahawa entiti matematik yang abstrak tidak mempunyai
sifat-sifat sementara atau sebab munasabah. Platonisme matematik digunakan
kerana pandangan sedemikian adalah dilihat untuk Teori Bentuk Plato. Idea-idea
Plato didahului dan mungkin dipengaruhi oleh Pythagoras yang sangat popular di
Greece. Plato menemui kebenaran tentang matematik yang merupakan satu teori
yang wujud secara fizikal di dalam alam semaesta mereka sendiri.
KARYA PLATO
REPUBLIK
Anak
murid Socrates dan telah menghasilkan buku Republik. Buku ini menerangkan
struktur kerajaan yang terbaik untuk rakyat. Plato berpendapat bahawa ahli
falsafah boleh menjadi pemimpin yang baik kerana mereka dapat memerintah dengan
adil dan saksama. Republik merupakan dialog Socrates yang ditulis oleh Plato di
sekitar 380 sm yang berkaitan dengan takrif keadilam dan perintah ciri-ciri
bandar negeri. Dialog tentang tarikh
dramatic telah didebat dan ia mengambil masa yang agak lama semasa peperangan
Peloponesia. Republik ini adalah kerja yang paling terkenal untuk Plato dan
telah dibukti menjadi salah satu kerja yang paling intelektual dan sejarah
falsafah dan teori politik yang berpengaruh.
Di
dalam, Socrates bersama dengan pelbagai orang Athen membahas makna keadilan dan
mengambil kira satu bandar-bandar yang berlainan mula wujud dalam ucapan yang
diperintah oleh ahli falsafah dan raja-raja serta memeriksa sifat rejim yang
sedia ada. Para peserta juga membincangkan teori borang, kekalan jiwa serta
peranan yang dimainkan oleh ahli falsafah dan puisi dalam masyarakat. Walaupun
Plato menghabiskan banyak tentang Republik melalui perbualan mengenai bandar
dan perbincangan itu akhirnya bertukar kepada empat rejim yang wujud dalam
reliti. Iaitu Timokrasi, Oligarki, Demikrasi dan Autokrasi.
TEORI SEJAGAT (UNIVERSAL)
Plato
menjelaskan konsep bentuk sebagai jawapan kepada masalah sejagat. Ia juga
mengambarkan perbezaan Plato tentang dunia penampilam dan dunia sebenar serta
untuk membantu membenarkan ahli falsafah dalam masyarakat sebagai raja. Plato
membayangkan satu kumpulan orang yang telah hidup sebagai banduan dan dirantai
di bawah tanah supaya mereka tidak dapat melihat dunia luar di belakang mereka.
Plato kemudian menerangkan bagaimana ahli falsafah itu serupa dengan banduan
yang dibebaskan dari gua. Banduan itu adalah buta cahaya. Walaubagaimanpun dia sudah
sesuaikan diri terhadap kecerahan dia melihat api dan patung-patung dan
bagaimana imej-imej yang disaksikan di gua itu. Bayang-bayang yang disaksikan
di dalam gua sesuai ke tahap yang paling rendah dan sangkaan semata-mata. Pada
akhir Plato menegaskan bahawa ia adalah beban ahli falsafah untuk kembali ke
gua. Orang-orang yang telah melihat dunia yang ideal harus wajib untuk mendidik
orang di dalam dunia material. Ahli falsafah mengakui apa yang benar baik hanya
akan patut untuk memerintah masyarakat mengikut fahaman Plato.
TEORI BENTUK (FORM)
Teori
bentuk atau teori Plato menegaskan bahawa abstrak bukan material bentuk dan
perubahan material di dunia dikenali melalu sensasi dan mempunyai jenis yang
tertinggi dan paling asas. Plato bercakap antiti ini hanya melalaui watak-watak
dialog beliau yang kadang-kadang mencadangkan bahawa bentuk-bentuk ini adalah
benar dalam pengajian yang boleh menyediakan kita dengan pengetahuan yang tulen.
Plato sering mempersembah sesuatu yang lain untuk mengambarkan cara di mana
bentuk dikatakan wujud. Plato juga menerangkan dunia tentang bentuk sebagai
rantau murni alam semesta fizikal yang terletak di atas permukaan bumi. Ia
adalah satu kesilapan untuk mengambil imej Plato sebagai kedudukan dunia
difahami sebagai ruang literal fizikal. Bentuk bukan makhluk yang meluas dalam
ruang tetapi wujud apa-apa bentuk.
KESIMPULAN (PANDANGAN)
Pada
pandangan saya, Plato adalah tokoh yang disegani. Beliau menegaskan
kecenderungan manusia terhadap rasuah politik yang disebabkan oleh kerajaan.
Plato juga berpendapat mereka memerintah bukan untuk keseronokan peribadi
tetapi untuk kebaikan negara kota. Selain itu Plato mengkritikkan pelbagai
bentuk pemerintahan. Beliau mula mengetepikan Timokrasi yang merupakan sejenis
rejim Autoritarism yang lebih kurang sama dengan pemerintahan diktator tentera.
Menurut Plato rejim yang terburuk ialah
kezaliman yang mana keinginan pemerintah mengikut hati menjadi undang-undang
dan tiada penghalang untuk sembarangan.
Akademi
merupakan sebuah sekolah yang pertama di Athen yang melatih serta mendidik
golongan belia. Jadi beliau telah member peluang kepada golongan beliau untuk
menambah ilmu pengetahuan serta dalam bidang politik.
Beliau
juga telah membari sumbangan kepada bidang matematik. Cara-cara beliau telah
diguna pakai dalam matematik harian pada masa kini. Beliau sendiri juga telah
mengubahsuaikan konsep matematik iaitu dalam teoram pithogras. Akhirnya
sumbangan dan karyanya sangat berguna pada masa kini dan kesemuanaya masih
digunakan.
RUJUKAN
1. PLATO
WWW history mathematicians. Diakses pada 16 Disember, 2011, dari http://www.gap-system.org/~history/Mathematicians/Plato.html
2. Richard
Krant, (2003, February 17). Plato . diakses pada 13 Disember, 2011, pada http://plato.stanford.edu/entries/plato/
3. Dillon, J. (2003). A study of the Old Academy. The Heirs of Plato, 347-274 BC.
4. Melling,
D. (1988). Understanding Plato. Oxford.
5. Rowman
& Littlefield. (1997). Critical Essays. Plato`s
Republic.
No comments:
Post a Comment